Majlis Perwakilan Pelajar di Malaysia adalah suatu badan tertinggi pelajar yang diiktiraf sebagai medium rasmi kebajikan pelajar di universiti / kolej di Malaysia dan dinyatakan secara jelas dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Keahlian MPP dipilih melalui sistem demokrasi pilihan raya kampus / kolej dan meletakkan mahasiswa / pelajar sebagai calon dan warga pemilihnya. MPP diketuai oleh Yang Dipertua yang kebiasaannya dipilih dalam kalangan mahasiswa yang menang pilihan raya kampus / kolej. Pilihan raya kampus / kolej adalah satu wadah demokrasi yang diraikan dalam kalangan mahasiswa.
Memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Kolej
Tertakluk kepada arahan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Kolej termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman.
Membuat rayuan kepada Timbalan Pengarah Sokongan Akademik mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Kolej.
Diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh Pengurusan bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Kolej.
Menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh pengurusan dari semasa ke semasa.Â
Majlis Perwakilan Pelajar dilantik melalui proses Pilihanraya Kolej. Pelajar yang bertanding akan berkempen dan memberikan manifesto kepada pelajar. Pilihanraya Kolej dijalankan dalam kerahsiaan berlandaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 (Pindaan 2019). Pelajar yang menang pilihanraya akan dilantik Timbalan Pengarah Sokongan Akademik menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Majlis Perwakilan Pelajar terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Majlis Mesyuarat. MPP diterajui oleh Yang Di Pertua, Naib Yang Di Pertua, Setiausaha, Naib Setiausaha dan Bendahari Kehormat. Majlis Mesyuarat akan membentuk biro khas untuk melaksanakan tugas. MPP yang dilantik akan berkhidmat selama 1 tahun. Di akhir sesi, TPSA akan membubarkan Majlis Perwakilan Pelajar sedia ada dan akan mengumumkan pilihan raya kolej seterusnya untuk memberi peluang kepada pelajar memilih pemimpin yang berkriteria dan mampu mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar.