Saya MOHAMMAD ZUBAIDI , seorang perunding takaful yang komited membantu anda merancang kewangan dengan perlindungan terbaik.
Dengan pengalaman dalam 6 tahun dalam industri, saya telah membantu ramai individu dan keluarga mendapatkan perlindungan kewangan yang sesuai dengan keperluan mereka
Sebanyak 8 pampasan sakit kritikal diantara nya Sarcoma Cancer , Sakit Jantung & Buah pinggang telah saya uruskan dan berjaya membuat tuntutan.
Lebih dari 50 pelanggan yang telah menggunakan khidmat saya untuk plan Kad perubatan dari pelbagai jenis Sakit.
Hibah adalah Hadiah yang akan diberikan secara percuma kepada waris yang masih hidup . dengan tujuan untuk kesinambungan hidup waris yang di tinggalkan , seperti hadis Rasullulah bersabda :
" Sesungguhnya, jika kamu meninggalkan warismu dalam keadaan kaya, itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta kepada orang lain."
— (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Pampasan Sakit Kritikal merujuk kepada tuntutan kewangan yang boleh dibuat oleh pemegang polisi takaful apabila disahkan menghidap salah satu daripada penyakit kritikal yang dilindungi dalam pelan takaful .
Medical card sangat penting kerana ia membantu menampung kos rawatan perubatan, terutamanya jika berlaku kecemasan atau penyakit serius.
Medical card bukan sekadar perlindungan, tetapi juga pelan kewangan jangka panjang untuk memastikan anda dan keluarga tidak terbeban dengan kos perubatan.