Morib fc
Program Morib Football Legacy diperingkat akar umbi adalah satu usaha melahirkan pemain yang berkualiti dan mempunyai kemahiran bermain dengan latihan dari jurulatih yang bertauliah. Program ini adalah langkah positif ke arah meningkatkan lagi taraf permainan bola sepak dikalangan anak-anak muda. Anak muda masa kini perlu diberi dorongan menjalani aktiviti-aktiviti latihan yang dianjurkan bagi memastikan bakat yang dimiliki boleh dimanfaatkan untuk kemajuan bola sepak tempatan. Ini adalah bertepatan dengan seruan Majlis Sukan Negara dimana telah banyak menubuhkan program-program pembangunan bola sepak diseluruh Negara. Program Morib Football Legacy ini juga akan memilih pemain yang berbakat untuk mewakili Kelab Bola Sepak Morib dalam apa jua pertandingan diperingkat daerah atau pun diperingkat negeri. Dengan tertubuhnya program Morib Football Legacy ibubapa yang menghantar anak- anak mereka ke latihan akan diberikan cadangan keatas potensi anak-anak mereka keperingkat lebih tinggi seperti Akademi Tunas, Akedemi Mokhtar Dahari atau Pusat Latihan Daerah. Pihak Sekolah juga akan terkena tempias kerana memiliki pelajar yang berkebolehan bermain bola sepak dan mewakili sekolah dalam mana-mana kejohanan diperingkat Sekolah atau Daerah. Dalam era bola sepak moden hari ini masyarakat perlu sedar akan kepentingan program-program pembangunan bola sepak dari akar umbi untuk melahirkan pemain yang boleh meningkatkan mutu permainan bola sepak setaraf antarabangsa. Semoga program ini menjadi satu usaha awal ke arah melahirkan pemain berkualiti terutama di kawasan Morib dan Daerah Kuala Langat demi mewuiudkan sebuah latihan bola sepak.