"Kau ada diri kau je dalam hidup ni.. Takkan nak harapkan keluarga, rakan-rakan untuk bantu kau keluar dari 'kitaran tikus' ini"
Jan 10, 2020
Selepas saya 'azri-walter' kan diri sikit dengan quote atas, dengan banyak permohonan kerja ditolak. Saya kene belajar berniaga.
Dapat lah pengalaman berniaga manis-manisan dan jual air jus. Kemudiannya, menerapkan diri dalam industri hartanah dan unit trust. Sales bukan senang.
Macam mana nak improve branding kita supaya beza daripada orang lain?
Penat urus operasi bisnes @sweet.hauz ni
Banyak demand dessert ni. Sayang supplier dah tukar industry.
"Boleh ke kau kerja bawah orang?"
December 15, 2021
Dalam fikiran memang ada ragu-ragu. Bila gaji dah RM2,000 sahaja ketika itu. Dengan nak bayar sewa (RM1300). Baki RM700 ni nk allocate macam mana?
Tak semua boleh kerja untuk orang. Namun, bila ada komitmen, kita kena lawan mindset ni. Kita mesti belajar stabilkan kewangan dahulu.
Peluang baharu diberi kepada saya: Takaful. Moga saya dapat beri banyak nilai dan manfaat kepada klien-klien saya🤲
November 16, 2024