Sekolah Seni Malaysia Sarawak
(SSeMS)
Sekolah Seni Malaysia Sarawak
(SSeMS)
Sekolah Seni Malaysia telah diwujudkan pada tahun 2007 di bawah rancangan Malaysia ke-9. Setakat ini terdapat lima buah Sekolah Seni di Malaysia yakni Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS), Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJB), Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL), Sekolah Seni Malaysia Sabah (SMK Elopura) dan Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMP). Dengan membawa misi ‘Pewaris Budaya Bangsa’, kurikulum sekolah seni telah digubal untuk merealisasikan misi tersebut. Sehingga ke hari ini, Sekolah Seni Malaysia Sarawak telah beroperasi dengan jayanya dan banyak kejayaan dalam bentuk kesenian telah disumbangkan baik kepada sektor-sektor kerajaan mahupun sektor swasta di sekitar Bandaraya Kuching. Sekolah Seni Kuching mula beroperasi pada 01 Januari 2007 dan pengambilan pelajar pertamanya pada 14 Januari 2007. Pada tahun 2014, Sekolah Seni Kuching dengan rasminya bertukar nama kepada Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS). Sekolah Seni ini beroperasi di premis sementaranya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg, Kuching dari awal pembukaannya sehingga Jun 2016. Pada Jun 2016, Sekolah Seni Malaysia Sarawak telah berpindah ke premis sendirinya di Santubong, Kuching, Sarawak.
Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS),
Lot 7794, Blok 9, Salak Land District, Jalan Sultan Tengah,
93050 Santubong, Kuching, Sarawak.
Tel : 082-510356 / 536185
Faks : 082-513917
Emel : ssemks@gmail.com
Sekolah Seni Malaysia Sarawak Penjana Pewaris Budaya Bangsa
Membangun dan menggilap potensi dan bakat murid dalam bidang kesenian ke tahap optimum melalui pendidikan berkualiti.
Melahirkan insan cemerlang sahsiah, kesenian, akademik dan kokurikulum ke arah kegemilangan seni budaya nasional.
LAGU: REDUAN BIN TAHA
LIRIK: ABDUL WAHAB BIN BUJANG
TAHUN 2008, DIUBAHSUAI PADA 2016
SEKOLAH SENI MALAYSIA SARAWAK
SEKOLAH KITA
SEKOLAH BERBUDAYA
MENJUNJUNG BUDI MENJULANG BANGSA
MEMARTABATKAN SENI NEGARA
SEKOLAH SENI MALAYSIA SARAWAK
SEKOLAH KITA
SEKOLAH YANG KUCINTA
CEMERLANG ILMU
GEMILANG BUDAYA
WAWASAN KAMI SEMUA
SYUKUR PADAMU TUHAN
SEKOLAH SENI KAMI GEMILANG
CEKAL SEMANGAT MENGHADAPI CABARAN
MENCAPAI CITA MENUJU WAWASAN
MENJUNJUNG BUDI
MENJULANG BANGSA
MEMARTABATKAN SENI WAWASAN KAMI SEMUA