Kami berpendapat bahawa undang-undang yang sedia ada patut disemak semula, dikemaskini dan dikuatkuasakan, iaitu Akta Orang Kurang Upaya 2008. Walaupun akta tersebut telah digubal untuk kian lama, kita masih lagi mendengar diskriminasi terhadap orang kurang upaya, terutamanya dari segi peluang pekerjaan, pendidikan, tempat kerja, pengangkutan awam dan banyak lagi.
Selain itu, kewujudan dan penggubalan satu akta yang melindungi orang kurang upaya dari segala bentuk diskriminasi patut dilaksanakan. Malah, Perkara 8(2) Kesamarataan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak mempunyai perkataan ''ketidakupayaan.'' Justeru, penggubal undang-undang harus memperkasakan hak-hak orang kurang upaya, dan perlindungan ke atas orang kurang upaya seharusnya diperluaskan kepada akta-akta yang lain.
Penggunaan falsafah reka bentuk sejagat patut digunapakai di pelbagai tempat dan institusi. Contohnya, tempat letak kereta khas untuk individu OKU, tanjakan, lif-mesra OKU, laluan ''fast-lane'' dan banyak lagi. Kami berpendapat bahawa subsidi harus dilaksanakan bagi renovasi bangunan sedia ada untuk membangunkan kemudahan mesra OKU. Tambahan pula, bangunan yang baru seharusnya mempunyai reka bentuk yang mesra OKU dan hendaklah mempunyai kemudahan mesra OKU yang cukup.
Kami percaya bahawa perwakilan individu orang kurang upaya amatlah penting dalam membuat keputusan yang merangkumi semua lapisan masyrakat, mahupun keputusan yang melibatkan orang kurang upaya. Justeru, kami berpendapat bahawa individu kurang upaya patut dilantik bagi jawatan-jawatan yang penting. Perkara ini juga melibatkan jawatan di organisasi yang lebih kecil dan terperinci.
Penglibatan dan perwakilan orang kurang upaya di arena politik juga penting. Hal ini harus dipertengahkan supaya isu-isu berkenaan hak orang kurang upaya tidak dipandang remeh dan diketepikan.
Dana bagi penyelidikan dan pembangunan harus ditingkatkan bagi membolehkan data ke atas orang kurang upaya diperluaskan. Data yang komprehensif dan luas membolehkan pembinaan dasar yang efektif.
Kami menyeru agar masyarakat haruslah bersikap inklusif dalam kehidupan seharian mereka. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah;
Perbanyakkan acara dan penyertaan yang melibatkan orang kurang upaya di peringkat daerah hingga ke peringkat kebangsaan
Program ''outreach'' ke kawasan pedalaman untuk berkhidmat kepada orang kurang upaya
Tingkatkan liputan dan kemampuan kesihatan bagi individu OKU
''Disability Training'' bagi pekerja kesihatan
Tambah baik program intervensi awal bagi kanak-kanak OKU
Untuk meluaskan akses peluang bagi individu orang kurang upaya, berikut adalah beberapa langkah yang boleh dikuatkuasakan;
Menyediakan biasiswa khas untuk golongan kurang upaya
Menentukan dan mengembangkan kemahiran yang khusus di mana individu OKU boleh mempersembahkan kebolehan mereka
Semak semula, kemas kini, dan kuatkuasakan peraturan dan garis panduan bagi pengambilan pekerja bagi golongan kurang upaya yang bekerja
Pemberian platform dan pentas untuk berkongsi kisah kejayaan
Akses kepada perkhidmatan kesihatan mental
Dengan kewujudan Suruhanjaya Orang Kurang Upaya ini juga, kami percaya mereka mampu memperkasakan Matlamat Pembangunan Mampan (#Envision2030) yang telah dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui kerjasama menyeluruh bersama kementerian yang terlibat dengan pembangunan dasar orang kurang upaya. Pembincangan, pertukaran idea, dan proses semak dan imbang yang melibatkan kesemua stakeholder amatlah penting dalam menjayakan suruhanjaya tersebut.
Dari kami di Kementerian Kesihatan DMM, terdapat 3 matlamat yang mampu kami sokong dan bantu bangunkan jika SOKU diwujudkan. Antara matlamat tersebut ialah;
Matlamat #2: Kelaparan Sifar -
''Menamatkan kelaparan, mencapai jaminan makanan dan nutrisi yang lebih baik serta menggalakkan pertanian mampan.''
Matlamat #3: Kesihatan Baik & Kesejahteraan -
''Memastikan kehidupaan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua dalam semua lapisan umur.''
Matlamat #6: Air Bersih & Sanitasi -
''Memastikan kecapaian dan pengurusan mampan air dan sanitasi kepada semua.''
Sebilangan besar individu OKU tergolong dibawah garis kemiskinan, justeru akses kepada makanan yang sihat adalah sukar
Di beberapa negara, lebih daripada 80% golongan kurang upaya mempunyai kesukaran menerima bantuan kebajikan sosial
29% kelahiran anak oleh ibu kurang upaya tidak melibatkan pekerja kesihatan yang mahir
Individidu kurang upaya adalah 3 kali lebih berkebarangkalian untuk tidak mendapat penjagaan kesihatan apabila mereka memerlukan
Di beberapa negara, lebih daripada 50% individu OKU mempunyai keperluan yang tidak dipenuhi bagi perkhidmatan pemulihan (contoh: fisioterapi)
Lebih daripada 1 dalam 7 orang kurang upaya mempunyai kesukaran menggunakan/mempunyai akses kepada tandas
Data dari sumber ramai menyatakan bahawa hanya 69% tandas awam adalah mesra OKU bagi pengguna kerusi roda
Sumber: United Nations Department of Economic and Social Affairs
Layari laman sesawang yang berikut untuk info lebih lanjut mengenai Matlamat Pembangunan Mampan:
“All men are created equal” - Thomas Jefferson, Founding Father of USA
The role of government is to ensure that society is nurtured, safeguarded and most importantly, developed in various facets over a duration of time. The development of a society has to occur radially and concurrently throughout the nation, to ensure there is no one left behind regardless of where they are born. Without a robust and attentive healthcare system, we will witness society fail to achieve the bare minimum to sustain a dignified life.
Although Malaysia has been touted as one of the nations that has the affordable healthcare systems in the world, the COVID-19 pandemic highlighted significant cracks in the delivery of our services. Among them include a rise in obesity and NCDs, underappreciation of medical personnel and a lack of capacity in healthcare institutions.
The Dewan Muda Malaysia’s (DMM), Ministry of Health (MoH) have identified the lack of attention paid to People with Disabilities. This is mainly due to the fact that aid reaching this specific target group has been fractured through various different ministries and initiatives, which in turn dilutes the impact or has limited impact to the said target group. Having a disability is alike to having a medical condition, as it impairs individuals’ physical and mental ability.
By establishing a Commission of Persons with Disabilities (PWDs), which focuses on ensuring the groups needs are well attended to, will improve the quality of life for PWDs. This commission will function around the theme of the inclusion, attention and development of the PWDs in Malaysia.
Dewan Muda Malaysia
Ministry of Health
04 November 2021
''Semua manusia diciptakan setara'' - Thomas Jefferson, bapa pendiri America Syarikat
Tugas sebuah kerajaan adalah memastikan masyarakatnya adalah sentiasa dipupuk, dilindungi, dan yang paling penting dibangunkan dalam pelbagai aspek dalam jangka masa tertentu. Pembangunan sesebuah masyarakat perlu berlaku secara jejari dan serentak di seluruh negara, bagi memastikan tidak ada individu yang tertinggal tidak kira di mana mereka dilahirkan. Tanpa sistem penjagaan kesihatan yang mantap dan penuh perhatian, kita akan menyaksikan masyarakat gagal mencapai tahap minimum untuk mengekalkan kehidupan yang bermaruah.
Walapun Malaysia telah dilabel sebagai salah satu negara yang mempunyai sistem kesihatan yang mampu milik di peringkat global, pandemik COVID-19 telah menyerlahkan keretakan yang ketara dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan. Antaranya termasuk peningkatan obesiti dan NCD, kurang perhargaaan terhadap kakitangan perubatan, dan kekurangan kapasiti dalam institusi penjagaan kesihatan.
Kementerian Kesihatan di Dewan Muda Malaysia telah mengenal pasti kurangnya perhatian yang diberikan kepada Orang Kurang Upaya. Ini terutamanya disebabkan oleh fakta bahawa bantuan yang sampai kepada kumpulan sasaran khusus ini telah dipecahkan melalui pelbagai kementerian dan inisiatif yang berbeza, yang seterusnya mengurangkan impak atau kesan terhadap kumpulan sasaran tersebut. Mempunyai sebarang kekurangan upaya adalah sama seperti mempunyai ''medical condition,'' kerana ia menjejaskan keupayaan fizikal dan mental individu.
Dengan menubuhkan Suruhanjaya Orang Kurang Upaya (SOKU), yang memberi tumpuan kepada memastikan keperlukan kumpulan sasar dipenuhi dengan baik, akan meningkatkan kualiti hidup OKU. Suruhanjaya ini akan berfungsi mengikut tema kemasukan, perhatian dan pembangunan OKU di Malaysia.
Dewan Muda Malaysia
Kementerian Kesihatan
04 November 2021