Tentang Kami
Unit Pemulihan TesTKa
Unit Pemulihan di Sekolah Rendah adalah program yang membantu murid yang lemah dalam membaca, menulis, dan mengira (3M). Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan literasi dan numerasi, membina keyakinan diri murid, dan menggalakkan pembelajaran berterusan.
Pendekatan dan Strategi:
Pengajaran berbeza mengikut keupayaan murid.
Pembelajaran aktif dan interaktif.
Penilaian berterusan untuk menilai kemajuan.
Kerjasama dengan ibu bapa untuk sokongan tambahan di rumah.
ARAHAN
Modul ini merupakan modul bacaan bagi murid pemulihan di rumah
Ibu bapa abang kakak memantau bacaan murid dan menanda ruangan yang telah disediakan sama ada boleh membaca atau sebaliknya
Guru akan menyemak bacaan murid dari masa ke semasa
Kerjasama daripada keluarga amat di harapkan untuk kemenjadian anak anak .
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KALONG telah dinobatkan sebagai SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
pada tahun 2015 dan merupakan sekolah rintis bagi Kelas Maya, I-Think, Frog VLE dan BELT Di Negeri Terengganu Darul Iman.