MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PRAKATA PENGARAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membangunkan pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta modul penerangan am berkaitan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum sebagai rujukan guru dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Siri Bahan Sokongan BPK (BSBPK) 2022 kali ini merupakan kompilasi modul pedagogi terbitan 2001 yang telah ditambah baik dan beberapa modul baharu berkonsepkan mesra pengguna bagi menyokong serta memudahkan pelaksanaan kurikulum di sekolah.

Siri BSBPK 2022 terdiri daripada lima bahan sokongan PdP dan dua bahan penerangan am. Bahan sokongan PdP tersebut ialah: Modul Pedagogi Terbeza; Modul Pembelajaran Masteri; Modul Pembelajaran Teradun; Modul Pembelajaran Berasaskan Projek; dan Modul Kecerdasan Pelbagai. Bahan sokongan PdP yang dirangka merangkumi....(baca selanjutnya)

PENGENALAN MODUL

Modul PBP ini adalah untuk kegunaan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berpusatkan murid dengan meraikan kebolehan, kecenderungan dan kemahiran berfikir serta bakat murid PBP membolehkan pembelajaran secara mendalam dengan memberi peluang kepada murid untuk membuat penerokaan dan penyiasatan serta penilaian kendiri dan refleksi Proses pembelajaran ini penting kerana murid dapat menyatakan...(baca selanjutnya)

KANDUNGAN MODUL

MATLAMAT DAN OBJEKTIF MODUL

Modul ini dibangunkan untuk membantu dan membimbing para guru untuk melaksanakan strategi Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Maklumat dan penerangan dalam modul diharapkan dapat memberi panduan kepada guru untuk merancang dan melaksanakan strategi PBP supaya dapat memberi pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kepada murid

Objektif modul ini adalah untuk membolehkan guru:

  • memahami ciri-ciri dan kepentingan PBP dalam PdP;

  • melaksanakan tiga Fasa PBP dalam PdP supaya pembelajaran lebih bermakna; dan

  • melaksanakan pentaksiran dalam PBP.