PMB AN-NUR WAQF INCOME FUND
SETIAP WAQAF MENJANA KEBAIKAN
HUBUNGI PERUNDING
SETIAP WAQAF MENJANA KEBAIKAN
PMB An-Nur Waqf Income Fund merupakan satu inisiatif inovasi pewakafan yang dijangka mampu menarik lebih ramai masyarakat untuk berwakaf. Melalui setiap pelaburan dana ini, orang ramai secara tidak langsung berwakaf dengan Waqaf An-Nur apabila dividen hasil pelaburan yang diterima bukan sahaja memberi pulangan kepada pelanggan malah dividen tersebut turut diwakafkan kepada Waqaf An-Nur.
Waqaf An-Nur yang menguruskan pewakafan tersebut akan menggunakan dividen yang diwakafkan ini bagi tujuan pembelian saham-saham patuh syariah untuk menyuburkan lagi pewakafan. Hasil daripada pembelian saham-saham tersebut akan disalurkan bagi manfaat masyarakat secara berterusan.
Waqaf An-Nur menguruskan pelbagai aktiviti hasil daripada manfaat wakaf yang diterima, antara aktiviti yang dijalankan adalah menerusi agihan sumbangan bagi pembangunan dan penyeleggaraan masjid, pusat pendidikan, rumah kebajikan dan program kemanusiaan diseluruh Malaysia menerusi dana kebajikan Am, perkhidmatan kesihatan dan dialisis melalui Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur di seluruh Malaysia, pengurusan 6 buah Rangkaian Masjid An-Nur, pembiayaan mikrokredit menerusi Dana Niaga serta penyediaan latihan kemahiran menerusi Pusat Waqaf Komuniti.
PMB AN-NUR WAQF INCOME FUND
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
KEMANAKAH WAQAF ANDA DIGUNAKAN
Rangkaian Masjid An-Nur merupakan masjid yang dibina dan diwakafkan oleh JCorp dan diuruskan oleh Waqaf An-Nur. JCorp membina dan menguruskan 6 buah Masjid
Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn,
Masjid An-Nur Kotaraya,
Masjid An-Nur Kompleks Pusat Bandar,
Masjid An-Nur Larkin Sentral,
Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang
Masjid An-Nur Taman Cendana.
Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) ditubuhkan oleh JCorp melalui Waqaf An-Nur. Operasi klinik ini disokong sepenuhnya oleh hospital-hospital pakar di bawah KPJ Healthcare Berhad. Ia juga dibina dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.
Pengurusan KWAN telah diserahkan kepada pihak KPJ dan pengurusan operasi hospital dan klinik-klinik di selaraskan bawah Jawatankuasa Penyelarasan yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan KPJ.
Dana Niaga telah diperkenalkan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad pada 5 Mei 2007. Dana Niaga merupakan kemudahan kredit Mikro Islamik berkonsepkan Qardhul Hassan (tanpa faedah) dan Murabahah Tawarruq (dengan keuntungan) kepada Usahawan Mikro.
Briged Waqaf Merupakan Barisan Hadapan Bagi Waqaf An-Nur Dan Kumpulan Jcorp Yang Memainkan Peranan Menghulurkan Bantuan Apabila Berlaku Sesuatu Bencana Yang Menimpa Masyarakat Setempat.
Bantuan Kemanusiaan Yang Diberikan Adalah Bergantung Kepada Kepakaran Dan Kemampuan Yang Dimiliki Oleh Kompeni-Kompeni Di Dalam Briged Waqaf.
AGIHAN PENDAPATAN
Pengumuman agihan pendapatan bagi dana; PMB-An-Nur Waqf Income Fund bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2022
PRESTASI DANA SEMASA
OBJEKTIF PELABURAN
Objektif Dana adalah untuk menyediakan pendapatan serta menyediakan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam portfolio pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah dan untuk membolehkan Pemegang Unit menyalurkan semua atau sebahagian daripada pengagihan. untuk tujuan wakaf.
PROFIL PELABUR
Dana ini sesuai untuk pelabur yang mempunyai tahap toleransi risiko sederhana dan lebih suka melabur dalam dana yang mematuhi prinsip Syariah dan pada masa yang sama mencari pendapatan dan pertumbuhan modal dalam tempoh jangka sederhana hingga panjang sambil menyumbang secara aktif untuk tujuan wakaf.
STRATEGI PELABURAN
Dana melabur terutamanya dalam sekuriti patuh Syariah yang termasuk ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah yang disenaraikan di pasaran yang layak, terutamanya Bursa Malaysia dan sekuriti pendapatan tetap Islam termasuk sukuk, instrumen pasaran wang Islam dan penempatan deposit Islam. Di mana iklim pasaran ekuiti dijangka atau dianggap tidak menggalakkan dan lemah, Dana akan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap Islam. Memandangkan objektif pelaburannya, pengurus dana yang ditetapkan akan menggunakan pendekatan pengurusan pelaburan yang aktif dan kekerapan perdagangan sekuriti akan sangat bergantung pada keadaan pasaran.
PERLABURAN BERKONSEPKAN WAQAF
LIPUTAN MEDIA