Informasi MM KKSB
Informasi MM KKSB
Market Market Kolej Komuniti Sabak Bernam (MM KKSB) merupakan ruang yang disediakan bagi menggalakkan setiap pengguna menghasilkan sesuatu, berkolaborasi, berkongsi idea dan mengembangkan idea bersama individu yang lain. Setiap pertemuan yang dijalankan secara individu, berkumpulan atau bersama industri memberi impak kepada hasil produk atau perkhidmatan yang berpotensi untuk dipasarkan.
Konsep Maker Market melibatkan Meet, Make & Market.
Meet: Ruang Maker Market sebagai platform interaksi bagi perkongsian idea oleh pelajar, pensyarah atau komuniti
Make: Mengaplikasikan pelbagai bidang kemahiran bagi merealisasikan proses penghasilan produk
Market: Peluang pemasaran produk inovasi kepada pengguna akhir