25 januari 2017
bismillahirahmanirahim. sebuah perniagaan bumiputera islam berbentuk hartanah bakal diwujudkan. bermula dengan membuka tanah lot dan dijual sterusnya berbekal modal perniagaan ini akan terus menapak sebagai satu badan syarikat hartanah yang bakal membawa satu inspirasi kejayaan dunia dan akhirat. in shaa allah :)
4 fabuari
1. Setelah mengenalpasti tanah yang hendak dibeli melalui iklan-iklan (Mudah.my, akhbar, flyers ataupun rakan-rakan), cuba hubungi individu ‘incharge’. Tanya serba sedikit mengenai tanah tersebut (lokasi, saiz, harga dsb). Kemudian aturkan temujanji untuk melawat tapak.
2. Melawat tapak tanah lot tersebut semasa sesi temujanji untuk memastikan tapak tersebut wujud.
3. Semasa sesi temujanji tersebut pastikan anda berjumpa berjumpa tuan tanah / wakil penjual tanah yang diiklankan. Pada masa ini tuan tanah / wakil penjual tadi sudah semestinya akan membawa dokumen (geran, contoh S&P, pelan dan lain-lain dokumen) untuk ditunjukkan kepada anda.
4. Semak geran yang original, pastikan tanah yang anda lihat itu sama kedudukan atau lokasi didalam geran. Kemudian semaklah pula nama pemilik tanah dan no kad pengenalan tuan tanah. Pada masa ini tanyalah apa sahaja berkaitan tanah tersebut, pastinya orang yang anda jumpa itu dapat menjawabnya.
5. Jika anda masih ragu-ragu, ambil no Geran dan no Lot tanah tersebut. Kemudian anda pergi sendiri ke Pejabat Tanah yang berkaitan dengan tanah tersebut untuk membuat Carian. Jika tanah di kawasan Klang maka pergilah Pejabat Tanah Klang untuk buat carian. Ini bagi memastikan geran yang ditunjukkan kepada anda adalah original dan pemilik yang sah.
(Langkah 5 ini digunapakai jika anda ragu-ragu pada Langkah 4 tadi)
6. Pastikan samada tanah tersebut tanah lot geran individu / surat ikatan amanah. Tiada masalah pada kedua-duanya, ini adalah proses pembelian tanah lot. Jangan risau, samada lot geran individu / surat ikatan amanah, kedua-duanya sah menjadi tanah anda serta mengikat waris (keturunan) anda dan tanah ini boleh dibeli dan dijual semula pada bila-bila masa. Cuma proses yang berbeza ini adalah mengikut keadaan tertentu tanah tersebut. Aku akan perincikan pada post yang akan datang.
7. Jika telah bersetuju proses seterusnya adalah untuk membayar ‘booking’ atau deposit. Pada masa ini anda perlu meminta dokumen pembayaran / resit (yang menyatakan no Geran, no Lot dan butiran didalam geran, salinan kad pengenalan penerima wang anda dan salinan geran.
8. Seterusnya proses tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P). Jika anda pernah berurusan dengan kami, pada kebiasaannya kami akan terus menyiapkan dokumen S&P ini pada Langkah 7 tadi. Bayar deposit dan terus tandatangan S&P. Ini untuk memastikan pihak pembeli terus mendapat perjanjian Jual Beli tersebut dan pembeli akan berasa lebih terjamin kerana didalam perjanjian itu segala butiran jual beli, bayaran deposit, baki bayaran ada dinyatakan (lebih selamat dan sudah ‘legal’).
9. Dalam tempoh tertentu bayaran penuh perlu dibuat. Siapkanlah ‘banker cheque’ untuk membuat bayaran penuh dan terus buat penyaksian Pindah Hakmilik pada hari yang sama di Pejabat Tanah yang berkenaan dan terus daftarkan permohonan tersebut. Proses keluar geran baru mengambil masa tidak lebih dari seminggu jika di Selangor. Tetapi biasanya kami perlukan masa 2 minggu untuk penyerahan geran terbaru takut-takut kekangan masa. Jangan risau pastikan anda buat proses Pindah Hakmilik dan didaftarkan. Setelah didaftarkan sudah pastinya tanah itu menjadi milik anda.
10. Akhir sekali minta salinan Geran / Surat Ikatan Amanah yang sudah didaftarkan dan pelan juruukur. Tanah ini sudah menjadi milik anda dan anda mempunya dokumen yang sah. Anda kini bebas untuk membuat apa sahaja di tanah anda. Nak bercucuk tanam, membina rumah atau sebagainya, terpulang kepada anda.
Itu sahaja sedikit perkongsian berkenaan cara membeli tanah lot. Jangan malu untuk bertanya kepada sesiapa yang tahu tentang perkara ini, Malu Bertanya Sesat Jalan. Pastikan hak anda terjamin
Anda rasa tanah lot banglo yang kami sedang bangunkan ini mampu menjadi milik anda atau tidak?
.
Tujuan kami bangunkan tanah lot ini adalah bagi membantu bangsa melayu dan golongan orang kita yang sekian lama mencari tanah untuk mendirikan rumah. Hal ini , ketika zaman ekonomi yang tidak menentu, harga rumah subsale dan under construction semakin naik, bagi golongan yang tidak berkemampuan, impian mereka untuk memiliki rumah boleh dianggap angan-angan sahaja.
.
Jadi, kami dari pihak RMK Land Property mengambil inisiatif untuk membantu golongan seperti ini dengan menyediakan tanah lot atau tapak rumah yang berkeluasan 41X88 bagi memenuhi impian bangsa melayu untuk duduk di atas tanah sendiri.
.
Kemahuan anda tanggungjawab kami.
Sekian
Bila menyebut pajakan 99 tahun ianya merujuk kepada jenis pemilikan tanah di bawah kanun tanah negara, samada hak milik bebas (pepertuity) atau pajakan (leasehold)
.
Biasanya pajakan telah ditetapkan untuk tempoh 99 tahun atau tempoh yg lebih rendah 60 atau 30 tahun. Hakmilik pajakan hanya boleh dikeluarkan bagi tanah kerajaan (state land) yang baru. Ia nya tidak boleh dikeluarkan hakmilik pajakan bagi tanah yg telah dikeluarkan hakmilik kekal sebelumnya..
.
Sebagai contoh lot perumahan dari master title yg asalnya hakmilik bebas, tidak boleh dikeluarkan hakmilik baru lot pecah sempadan secara pajakan.
Apabila tamat tempoh pajakan tanah akan kembali kepada pemilikan kerajaan negeri, namun kebiasaannya dilanjutkan semula pajakan dengan dikenakan premium norminal ikut kelusan pihak berkuasa negeri.
.
Rasional hakmilik pajakan adalah untuk memudahkan kerajaan menggunapakai tanah berkenaan apabila diperlukan, tanpa perlu membayar pampasan yang tinggi..
- Redz Idrus
Tanah dan orang Melayu sukar dipisahkan. Kisah tanah sering mewarnai kehidupan dan perhubungan sesama Melayu di negara ini sejak ribuan tahun lalu.
.
Tanah sangat penting kerana dengan tanahlah orang Melayu dapat mendirikan rumah kediaman, menuai padi, berdusun, berternak dan mengatur kehidupan seharian.
.
Menerusi tanah juga, orang Melayu membina kekuasaan sehingga terdirinya kerajaan beraja dan kemudian membentuk tamadun.
Mungkin kerana itulah hal ehwal tanah kekal di bawah kuasa negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana negeri pun kalau boleh memang tak nak menyerahkan seinci pun tanah mereka kepada orang lain. Tanah Simpanan Melayu dan tanah adat khusus untuk orang Melayu pula diwujudkan bagi memastikan orang Melayu kekal bertanah.
.
Begitulah pentingnya tanah kepada orang Melayu. Hakikatnya, kekayaan dan kekuasaan orang Melayu itu dinilai melalui pemilikan tanah.
Mahu miliki tanah lot, boleh Pm kami. Tq
Jgn pandang remeh urusan politik. Jgn dah merempat baru nak sedar !!!
Surat saya kpd Kementerian Perumah Dan Kerajaan Tempatan.
Kapada,
YB Dato .....
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Precinct 5, Putrajaya,
68600 Wilayah Persekutuan
YB Dato',
Per: TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA DENGAN MEMANIPULASIKAN DISKAUN.
1. Saya Hassan Md. Ali, pernah bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 1979-1985 dan juga sebagai pemaju perumahan dari 1985-1995.
2. Baru baru ini saya keProperty Fair di Subang Parade, Subang, Selangor.
Tertarik dgn sebuah tawaran dari syarikat pembangunan perumahan yang sedang memajukan Tanjung Puteri, Johor.
Diskaun yg ditawarkan adalah spt berikut;
Utk bumiputra: 15% Bukan Bumi: 6%.
Keluasan unit: 700ksp.
Harga unit: RM1.0 juta.
Pinjaman akan diusaha sehingga 90%.
Bagi pembeli bumiputra, hanya perlukan sediakan 10% shj sebagai downpayment. Bermakna pembeli bumiputra perlu membayar RM85,000.
Bagi bukan bumiputra downpayment 4% (6% discount is taken as part payment of 10% d/pymt).
Bermakna hanya RM40,000.
3. Sebagai seorang pemaju perumahan, saya menyiasat lebih lanjut lagi.
Selain dari membayar downpayment sebanyak RM 85,000, pembeli bumiputra dikhendaki membayar segala kos spt (legal fee, stamp fee, loan fee) yg jumlahnya lebih kurang RM42,000.
Sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya perlu meyedikan RM40,000 dan lain2 kos akan ditanggung olih Pemaju.
4.Tidak meyedari saya membuat pengiraan dan membuat perbandingan 'entry cost' antara bumiputra dan bukan bumiptra,
ternyata pembeli bumiputra terpaksa meyediakan sejumlah RM127,000 sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya memerlukan RM40,000 untuk membelinya.
Seolah2 kaum bumiputra yg memberi subsidi kapada pembeli bukan bumiputra sebanyak RM45,000.
Bermakna walaupun harga bagi bumiputra dikurangkan sebanyak $150,000 dari harga asal, tetapi perbedzaan harga sebenar diantara bumi dan bukan bumi hanya RM37,000 atau 4% sahaja.
5. Bagi pembeli bumiputra utk membayar downpayment sebanyak RM127,000 bagi unit seluas 700ksp adalah
terlalu mahal dan sudah tentu unit2 yg diperuntukan utk bumiputra susah dijual kelak kerana unit tersebut hanya bolih dijual kpd pembeli bumiputra sahaja.
Olih kerana 'entry kosnya' hampir 3 kali lebih besar dari kaum bukan bumiputra maka sudah tentulah unit2 bumiputra tidak laku dijual dan pemaju mempunyai alasan yg kukuh untuk memohon perlepasan dari Kementerian YB. Dato' supaya unit tersebut dibebaskan dari peruntukan bumiputra.
6. Sekali pandang seolah mereka bersama2 kerajaan yg ingin menolong kaum bumiputra memiliki harta di negara ini, tetapi apabila diperincikan kira2nya, pembelian unit bumiputra yg adalah lebih mahal dari yg sepatutnya dan penglibatan pemaju untuk membantu kaum bumiputra utk memiliki harta saperti yang disarankan olih kerajaan adalah satu gimmik dan dijadikan perolok2kan olih pemaju.
7. Saya sempat membentangkan kira2 diatas kpd wakil pemaju hartanah tetsebut dan dgn sinis dia menjawab "Every chinese developer are doing this just to make sure every Melayu and Bumiputera won't have any chance of acquiring new property so your child will stick to the old house or staying back to kampung"
Saudara2ku,
Semenjak kita berWhatsapp, sudah berapa kali saya ungkapkan perkara2 spt ini.
NEGARA KITA TELAH TERJUAL.
Ternyata org cina dah sampai peringkat tak memerlukan keujudan org melayu dinegara Melayu kerana sumbangan org melayu terhadap ekonomi negara ini terlalu kecil.
Bank saperti;
Public Bank,
Hong Leong Bank, Stanchart,
Citibank, HSBC bolih hidup tanpa pelanggan melayu.
Pemimpin melayu banyak buat duit dgn memberi pelepasan unit2 bumiputra kpd unit bebas.
promosi RM 53,000 !!
LOKASI
=======
BERHADAPAN SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA PARIT MAHANG, IJOK KUALA SELANGOR.
size tanah : 41 x 88 (3608 sq.ft)
=================================
*** 30 MINIT KE KUALA LUMPUR (5 MINIT HIGWAY LATAR)
*** 10 MINIT KE PUNCAK ALAM (UITM)
*** 20 MINIT KE BESTARI JAYA (UNISEL)
*** 10 MINIT KE PANTAI JERAM
*** 20 MINIT KE BANDAR KUALA SELANGOR.
*** 30MINIT KE SETIA CITY MALL/SETIA ALAM
=======================================
harga termasuk >>>>>
#### KOS GUAMAN
#### KOS TAMBAK TANAH & LONGKANG
#### KOS JURUKUR
#### KOS TAMBAK JALAN
((((GERAN BERSAMA / PEMEGANG AMANAH – Nama pemegang amanah atas geran))))
UNTUK BOOKING RM1000,
.
ibaratnya mudah, kami punya tanah yang luas dan kami bersedia berkongsi tapak dengan sesiapa sahaja yang berminat (melayu)
.
niatnya hanya satu adalah untuk membantu masyarakt kita memiliki tapak rumah sendiri bersama penawaran harga yang murah.
.
mana-mana indivitu yang merasa tidak layak dibantu tidak salah untuk memilih tanah lot yang bergeran individu, malah tidak dinafikan keselesaan itu lebih baik, serta harganya juga begitu tinggi. namun mana-mana risiko pun tetap ada yang penting cara kita mengandalikan sesuatu perkara yang memungkinkan tidak berlaku kesusahan di masa akan datang.
.
kerana itu segala perjalanan proses pemilikan tanah lot geran bersama ini diteiti dengan baik:-
1-KEMASUKAN NAMA DIDALAM GERAN,
2-PROSES JUAL BELI YANG DIJAMIN BADAN GUAMAN
3-RENTETAN PEMILIKAN HAK TANAH DIURUSKAN SENDIRI OLEH MKR LAND(TUAN TANAH) JIKA BERLAKU URUSAN PAMPASAN, JUAL BELI SEMULA TANAH DAN SEBAGAINYA PADA MASA AKAN DATANG.
.
kami berkongsi dan membantu anda memliki tapak rumah mana yang sudi berkongsi dan rela dibantu kami usaha sebaiknya demi menyelamatkan tanah-tanah ini dimiliki bangsa asing. wallahualam.
7 tips dalam mengelakkan berlaku penipuan didalan urusan pembelian tanah lot:-
1-pastikan tapak lot wujud, turun sendiri melihat dgn mata kepala keberadaan tanah.
2-teliti geran, pastikan nombor lot tanah tepat, penama dalam geran adalah penjual, dan tanah tiada masalah(rujuk pejabat tanah) bawa salinan geran
3-memastikan ukuran plot atau petak lot yang ditunjukkan sama dengan keluasan tanah yang telah ditawarkan.
4-selidik latar belakang penjual(owner tanah) pastikan jumpa sendiri owner untuk perbincangan urusan pembelian jika berminat.
5-pastikan agent yg dilantik oleh penjual mempunyai surat perjanjian yang telah termetrai antara penjual dan agent.
6-teliti satu persatu tawaran yang disediakan contohnya tanggungan kos guaman, jurukur, pembinaan longkang dan lain2 supaya tidak berlaku pertikaian di kemudian hari.
7-urusan jual beli mestilah rasmi, jika menggunakan khidmat lowyer itu lebih baik dan terjamin.
mkr land resources pemaju hartanah & menawarkan lot banglo sekitar puncak alam jeram dan ijok.
1. Capital Gain
Harga tanah terus menerus mengalami kenaikan. Minima 20 sampai 25% per tahun. Inilah keuntungan utama dari pelaburan tanah.
Bahkan, jika Anda menggunakan teknik yang tepat keuntungannya boleh mencapai 200% hanya dalam dua atau tiga tahun.
2. Tidak Ada Biaya Perawatan
Tidak seperti properti yang lain kelebihan dari pelaburan tanah ialah tidak ada biaya perawatan.
Hal ini berbeza dengan pelaburan rumah atau apartemen. Pasti saja mempunyai kos Karena jika tidak dijaga rumah pasti rosak.
3. Relatif Mudah Mengurusnya
Dapat dikatakan, pelaburan tanah tidak memerlukan perawatan. Dengan begitu, Anda tidak perlu memikirkan bagaimana mengurusnya.
Anda sibuk dengan pekerjaan tanpa harus dibebani untuk memikirkan menguruskan tanah. Biarkan tanah tersebut bekerja menghasilkan duit untuk Anda.
4. Tapak kediaman rumah impian anda
kerana harga rumah kini terlalu mahal, lebih berbaloi baloi untuk mencari tanah untuk mendirikan rumah Anda sendiri.
As salam. Di MKR Land anda berurusan terus dengan owner. segala urusan diantara pembeli dan tuan tanah,bermula daripada berwhatapp ataupun call ataupun apa sahaja talian yang dibenarkan sehingga terakadnya jual beli tapak lot kediaman idaman anda.
.
segala pertanyaan didalam buku hati, akal dan fikiran terus dituju kepada kami iaitu tuan tanah. segala kemusykilan akibat daripada viralnya segala jenis penipuan, fakta-fakta yang membuat kan anda ragu-ragu akan hartanah maka kami sendiri akan menjawab dan menjelaskan.
.
konsep kami, anda perlu faham dan jelas akan aturan dan perjalanan jual beli ini, dan akur tentang kekangan yang dihadapi dalam realiti kehidupan kini. anda setuju dengan penjelasan kami maka kita teruskan matlamat kita hingga tercapai.
ikhlas dari kami MKR Land Property :)
Padanlah orang KL, Rawang, Gombak, PJ, SG Buloh, dan Puncak Alam berlari cari tanah di Ijok.
mereka yang masih berjalan tunggu selangor habis tanah ke ?
Lot Banglo MKR Land Resources.
anda masih belum terlambat