AHMAD HADIF NAQIUDDIN BIN ZAHARI
Siswa Guru IPGM Kampus Pendidikan Islam
Pengkhususan Pendidikan Islam
Ambilan Jun 2023/2028
Selamat Datang ke Negeri Pahang!!!
Malaysia sangat terkenal dengan kepelbagaian makanan unik dan lazat yang berbeza di setiap negeri. Setiap negeri memiliki makanan atau masakan tradisional tersendiri termasuklah negeri Pahang. Antara makanan tradisional negeri Pahang adalah seperti yang berikut:
Ketika musim durian ini, dapat makan tempoyak memang sedap. Apatah lagi apabila dijadikan ramuan dalam masakan. Apabila sebut sajian masakan menggunakan tempoyak sudah tentulah ikan patin masak tempoyak dari negeri Pahang menjuarai carta kelazatannya. Masakan tradisional negeri Pahang, gulai tempoyak ikan patin telah diiktiraf Jabatan Warisan Negara sebagai Objek Warisan Tidak Ketara Warisan Kebangsaan sejak 2009.
1 ekor ikan patin
6 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
3 sudu besar tempoyak
1 bunga kantan - belah 4
Sedikit daun kesum
2 batang serai
1 asam keping
Garam
Tumbuk cili padi dan kunyit.
Masukkan dalam periuk dan masak hingga kering air.
Tempoyak diblender dengan air secukupnya
Kemudian masukkan bersama lada yang dimasak.
Kemudian masukkan ikan patin, daun kesum, bunga kantan dan serai.
Masak sehingga sebati semuanya,dan kemudian masukkan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa
sedia untuk dihidang
Jata Negeri Pahang
Berdasarkan catatan Muzium Warisan Kuala Lipis, Nasi Kebuli Pahang pernah dihidangkan kepada Sultan Pahang sekitar tahun 1940-an. Ceritanya dikatakan bermula apabila Sultan bersama 60 rombongan telah singgah di Kampung Jeram Landak, Kuala Lipis. Penduduk kampung kemudiannya sepakat bergotong-royong menyediakan masakan tersebut yang merupakan singkatan bagi Kebawah Duli (Keduli) Yang Maha Mulia.
Nasi
3 cawan beras basmathi
air secukupnya
2 sudu kecil garam
Bahan Tumis
2 inci lengkuas - dihiris nipis
2 inci halia - dihiris nipis
2 sudu besar ketumbar - ditumbuk
5 biji bawang merah - dihiris nipis
1/2 biji bawang holland - dihiris nipis
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam @ secukupnya
Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan sehingga wangi.
Kemudian masukkan ayam, masak sehingga ayam sedikit garing kemudian tambah air dan garam lalu masak sehingga ayam empuk.
Apabila ayam sudah empuk, keluarkan ayam, letakkan ketepi dan masukkan beras lalu gaul rata.
Kemudian masukkan beras yang telah digaul, bersama ayam ke dalam periuk biasa dan tambah air secukupnya
Masak sehingga nasi matang dan siap untuk dihidang
Peta daerah dalam negeri Pahang
Puding Raja adalah makanan tradisional negeri Pahang terutamanya di daerah Pekan kerana asal-usul Puding Raja adalah hidangan pencuci mulut yang hanya menjadi juadah santapan di dalam istana sahaja. Puding Raja ni sememangnya cukup istimewa sehingga menjadi antara pencuci mulut paling popular di bulan Ramadan.
BAHAN-BAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN:
Bahan Pisang:
Pisang lemak manis – sesisir (belah 2)
Marjerin – 1 sudu
Bahan Jala Emas:
Gula – 1 cawan
Air – 1 cawan
Daun pandan – sehelai
Kuning telur – 5 biji
Bahan Kastard:
Susu cair – 1/2 tin
Tepung kastard – 1/2 sudu teh
Gula – 1/2 cawan
Air – 1/2 cawan
Esen vanilla
Daun pandan
Bahan Hiasan:
Gajus
Kismis
Ceri hijau
Ceri merah
Cara penyediaan Puding Raja:
Penyediaan Pisang:
Goreng pisang dalam minyak yang dicampurkan marjerin sehingga keperangan lalu angkat dan ketepikan.
Penyediaan Jala Emas:
Kacau kuning telur hingga rata, selepas itu tapiskan supaya lebih halus.
Dalam periuk, didihkan air bersama dengan gula dan juga daun pandan yang disimpulkan. Apabila sudah mendidih, keluarkan daun pandan.
tuang kuning telur tadi secara melingkar dalam air rebusan menggunakan botol roti jala dan biarkannya masak.
Selepas itu angkat dan sejukkan.
Penyediaan Kuah Kastard:
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masakkan seketika sehingga pekat.
Penyediaan hidangan:
Dalam bekas atau mangkuk, susun pisang di dasarnya.
Kemudian masukkan jala emas melingkar di atas pisang.
Susun bahan hiasan atau taburkan di atas jala emas.
Akhir sekali, siramkan dengan kuah kastard.
Video Tiktok Kedai Puding Raja Suehainis
video cara masakan
Lokasi tempat makan popular bagi makanan tradisional di atas
Gerai Ikan Patin Pak Usop, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang
Restoran Ratu Rasa, 27600 Raub, Pahang
Tinjauan dan Maklum Balas
Terima Kasih dan Jumpa Lagi!