Tamu Miyolon Ensambiyan Aidilfitri tahunan kini kembali lagi pada tahun 2026
Acara tradisi ratusan tahunan ini melibatkan aktiviti tukar-barang (sistem barter) antara komuniti Bajau Samah dan Kadazandusun. Pertukaran yang melibatkan hasil kedua komuniti masing-masing dari kuih-muih tradisi hinggalah ke hasil hutan. Selain meneruskan tradisi turun temurun, acara ini secara tidak langsung adalah simbol perpaduan antara etnik di Sabah.
Acara ini terbuka kepada semua dan berbagai aktiviti dan cabutan bertuah akan turut diadakan!!
Acara ini akan diadakan dengan ketetapan berikut:
Tarikh: Hari Raya Aidilfitri Kedua (tertakluk kepada pengumuman rasmi)
Masa : 6:00 pagi - 1:00 petang
Tempat : Kampung Darau Laut, Jalan Tuaran Bypass (Lokasi di Google Map: https://maps.app.goo.gl/Wsizq8vccHxCcU8V9)