"Delivering Happiness"
Memberi senyuman Mengirim sukacita
Kotak Pemurah adalah satu daripada produk kebajikan di bawah rangkaian Komuniti Benevolent Malaysia atau Komuniti Malaysia Pemurah yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM-013-10-28062022).
Kongres menoktah kemiskinan ajuran daripada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang diadakan pada 20 Disember 2023 di Dewan Seri Sarjana, UNITEN, telah menghasilkan resolusi yang relevan dengan peranan sektor
ketiga dalam menangani kemiskinan di Malaysia. Kongres ini hasil gabungan 37 organisasi kerajaan, swasta dan NGO serta pemimpin masyarakat.
Berdasarkan statistik di atas, menunjukkan berlaku penurunan kemiskinan tegar pada tahun 2022 dimana bilangan isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,198 menurun kepada 0.2 peratus (18,445 isi rumah) berbanding 0.4 peratus (2019).
Benevolent sebagai entiti keusahawanan sosial yang meletakkan kebajikan dan sosial sebagai orientasi utamanya, kotak pemurah adalah inisiatif Benevolent Malaysia untuk meringankan beban dan memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada golongan yang memerlukan.
Seiring hasrat mewujudkan masyarakat berkebajikan, kelompok yang berkemampuan amatlah dialukan menyumbang sadaqah, derma kepada inisiatif ini untuk memastikan lebih ramai keluarga memerlukan dapat disantuni.
Kotak Pemurah adalah satu daripada produk kebajikan di bawah rangkaian Komuniti Benevolent Malaysia atau Malaysia Pemurah yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM-013-10-28062022). Sebagai entiti keusahawanan sosial yang meletakkan kebajikan dan sosial sebagai orientasi utamanya, kotak pemurah adalah inisiatif Benevolent Malaysia untuk memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada masyarakat yang memerlukan. Seiring hasrat mewujudkan masyarakat berkebajikan, kelompok yang berkemampuan lebih amatlah dialukan menyumbang sadaqah, derma kepada inisiatif ini untuk memastikan lebih ramai keluarga memerlukan dapat disantuni.Β
Bantuan keperluan barangΒ makanan asasΒ secara bulanan kepada golongan asnaf dan fakir miskin.
Bantuan keperluan barang makanan asas dan juga barangan persiapan untuk persekolahan seperti kasut dan bagΒ
Bantuan keperluan barangan makanan asas dan juga bantuan seperti lampin dan ubat-ubatan.
Β
Bantuan Keperluan barangan makanan asas dan juga juadah, biskut atau pakaian hari raya kepada penerima yang berstatus OKU sahaja.
Bantuan keperluan barangan seperti baju dan makanan asas untuk mereka yang berstatus gelandangan.
Β
Bantuan Keperluan barangan makanan asas dan juga juadah, biskut serta duit untuk menyara keluarga dan duit untuk membeli keperluan yang lain.
PAKEJ RM 70
PAKEJ RM 100
PAKEJ RM 150
PAKEJ RM 200
Benevolent Malaysia akan mengagihkan Kotak Pemurah melalui program-program sumbangan berkala yang disusun secara dalaman dan juga akan mengagihkan sendiri kepada penerima sasaran.
Benevolent Malaysia menawarkan Kotak Pemurah kepada mana-mana syarikat, agensi kerajaan, pihak NGO, persatuan mahasiswa, individu perseorangan dan mana-mana pihak yang memerlukan perkhidmatan kami.
Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati mengajak anda semua untuk turut menyumbang dalam menjayakan edaran Kotak Pemurah ini. Mari sisihkan sebahagian rezeki kita bagi mereka yang memerlukan.Β
βSesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyakβ [Al Hadid : 18]
Ramadhan, bulan untuk kita menjadi lebih Pemurah tiba lagi!
πππ³π»ββDaripada Ibn Abbas r.a, katanya: βNabi SAW adalah manusia yang paling pemurah. Kemuncak sifat pemurahnya di bulan Ramadhan, .Sungguh Rasulullah SAW sangat pemurah dalam hal kebaikan daripada angin yang bertiup kencang.β (Riwayat al-Bukhari)Β
πBenevolent Malaysia mengambil inisiatif menggerakkan misi jualan/sumbangan Kotak Pemurah untuk diagih kepada asnaf dan golongan yg memerlukan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.Kotak Pemurah adalah satu daripada produk kebajikan di bawah rangkaian π©πππππππππ π΄πππππππ atau π²πππππππ π΄πππππππ π·ππππππ yang berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (πππ-πππ-ππ-ππππππππ).Β
ππ©πππππππππ π΄πππππππ sebuah gerakan sosial yang meletakkan kebajikan dan sosial sebagai orientasi utama. Inisiao kotak pemurah menyediakan perkhidmatan jualan/sumbangan pakej untuk disalurkan kepada yang memerlukan.Β
Kami adalah wakil anda untuk menyampaikan sumbangan tersebut ππ
Jika pihak tuan/puan yang dermawan ingin menyampaikan kotak pemurah kepada yang memerlukanΒ klik pada link di bawah ini. ππ»Β
https://sites.google.com/view/misimalaysiapemurah/home
Untuk maklumat lanjut
wasap.my/60103708500 (admin Benevolent Malaysia)
#benevolentmalaysia #malaysiapemurah #kotakpemurah #rezekidikongsiramadhandirai
MISI KEBAJIKAN KOMUNITI MALAYSIA PEMURAH
15 April 2023 | Masjid Sungai Buah, DengkilΒ
Selesai edaran sumbangan kepada 70 keluarga asnaf di Qariah Masjid Sungai Buah, Dengkil, Selangor.
Kami sampaikan amanah yang dilalukan daripada beberapa rakan kerjasamaΒ BMW Rider, IEEE Photonics Society Malaysia, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM,Team Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dengkil dan Team Selangor.
Sekalung penghargaan kepada Ustaz Ridzuan Supardin, Nazir Masjid, Prof. Madya Ir. Dr Norhana Arsad, IEEE Photonics Society Malaysia dan Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM, YBhg Dato' Romly Ishak, Penyelaras DUN Dengkil, Team Selangor dan semua yang menjayakan.
Program begini adalah tanggungjawab moral kami di Benevolent Malaysia untuk berkongsi inisiatif untuk meringankan beban mereka yang memerlukan. Semoga ianya jadi ladang amal soleh yang akan dihitung hendaknya.
#malaysiapemurahΒ
Presiden Benevolent Malaysia,Muhamad Hanapi Bin Jamaludin menyerahkan duit raya kepada wakil keluarga asnaf di Qariah Masjid Sungai Buah,Dengkil
Staff Benevolent Malaysia bersama-sama memasak bubur lambuk untuk disedekahkan kepada keluarga asnaf untuk juadah berbuka puasa.
MISI KEBAJIKAN KOMUNITI MALAYSIA PEMURAH
17 April 2023 / 26 Ramadan 1444H
Kampung Parit Jidin & Kampung Lama Orang Asli Leboh, Batu Pahat, Johor.
Misi Kemanusiaan kali ini menyasarkan mereka yang terkesan akibat banjir yang melanda di kawasan Batu Pahat, Johor pada beberapa bulan yang lepas.Pihak Benevolent Malaysia dengan kerjasama Yayasan TaqwaΒ berjaya menyalurkan sumbangan untuk mangsa banjir dan bantuan raya kepada penduduk kampung-kampung terpilih antara yang terjejas paling teruk dalam banjir tersebut iaitu Kampung Parit Jidin dan Kampung Lama Orang Asli Leboh, Batu Pahat, Johor.
Kami telah menyerahkan pek kotak pemurah secara terus kepada beberapa keluarga dan menyerahkan selebihnya kepada wakil ketua keluarga penduduk kampung untuk beliau mengagihkan mengikut pertimbangannya kepada baki keluarga mangsa banjir. Kita juga berbesar hati dapat melaksanakan misi ini ketika masih berada dalam bulan Ramadan, lagi-lagi dalam sepuluh hari terakhir bulan yang mulia ini. Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan selamat menjalani pecutan akhir ibadah sehinggalah kita kembali ke fitrah pada menyambut hari raya nanti.
Teruskan menyokong gerakan sosial Malaysia Pemurah dengan like, komen & share Benevolent Malaysia..
Staff Benevolent dan Penduduk Kampung Lama Orang Asli Leboh,Batu Pahat Johor bergambar bersama selepas mereka menerima sumbangan dan bantuan raya daripada pihak Benevolent Malaysia dan Yayasan Taqwa.
Bantuan Keperluan barangan makanan asas dan juga juadah, biskut atau pakaian hari raya yang diberikan dan disumbangkanΒ kepada penduduk Kampung lama Orang Asli Leboh,Batu Pahat,Johor.
BENEVOLENT MALAYSIA
"REKAYASA WARGA BERKEBAJIKAN PINTAR"
Kami menawarkan kepada kepada para Budiman dan dermawan di luar yang sudi bersama kami menjayakan hasrat untuk mengirimkan sukacita (delivering happiness) kepada mereka yang memerlukan.Β
*Nama anda akan diletakkan di kotak pemurah sumbangan anda. JikaΒ untuk sedekah bagi pihak arwah, pastikan untuk niatkan pahala sedekah anda kepada arwah.Β