Research
Research
MATLAMAT:
Matlamat utama KEBUN KOMUNITI BANDAR PERUMAHAN AWAM SP2 adalah bagi melihat masyarakat bersatu serta dapat menjana pendapatan penduduk melalui hasil jualan tanaman yang diusahakan mereka selain dapat mengamalkan gaya hidup sihat.
OBJEKTIF:
Pelaksanaan Kebun Komuniti Bandar Perumahan Awam Sri Perlis 2 dilaksanakan adalah untuk memenuhi beberapa objektif berikut iaitu:
Menggalakkan penduduk setempat untuk menanam dan mengeluarkan sendiri bahan makanan bagi menampung keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup. Menambahkan pendapatan sampingan komuniti bandar melalui lebihan pengeluaran hasil pertanian. Menyokong usaha Kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan Negara. Memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran komuniti bandar. Memberi kesedaran dan pengetahuan kepemtingan Sistem 3R yang diamalkan untuk penghijuaan dan keselamatan alam sekitar.
JAWATANKUASA KEBUN KOMUNITI BANDAR PERUMAHAN AWAM SRI PERLIS 2
PENCAPAIAN KEBUN KOMUNITI BANDAR PERUMAHAN AWAM SRI PERLIS 2
JOHAN
PERINGKAT LEMBAH KELANG
PERTANDINGAN KEBUN KOMUNITI PERTANIAN BANDAR 2016
PERINGKAT LEMBAH KELANG
ANJURAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTERIAN ASAS TANI DAN JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
PADA 07 DISEMBER 2016
DI MAEPS SERDANG, SELANGOR.
PLOT TANAMAN DI KEBUN KOMUNITI BANDAR PERUMAHAN AWAM SRI PERLIS 2
Kebun Plot 1
Kebun Plot 1 ini diusahakan oleh Encik Jaafar Alias (kiri), Puan Norazai Mamat (tengah) dan Haji Latiff (kanan)
Kebun Plot 2
Kebun plot 2 diusahakan oleh Hajah Zaleha Ahmad
Kebun Plot 3
Kebun Plot 4
Kebun plot 4 ini diusahakan oleh Puan Norhasyimah (kiri), Encik Hj Mohd Ali (tengah) dan Puan Abawiyah (kanan)
Kebun Plot 5
Plot ini diusahakan oleh Mohamad Ridzwan (kanan) dan Mohd Nor Ahmad (kiri)
Kebun Plot 6
Kebun Plot 7
AMALAN PERTANIAN BAIK DI KEBUN KOMUNITI BANDAR P.A SRI PERLIS 2
PENGGUNAAN BAJA ORGANIK
Penggunaan baja organik seperti kulit telur ayam dalam menyuburkan daun pokok yang kekuningan. Kulit telur mempunyai unsur-unsur zink, aluminium, kalsium, nitrogen, fosforus dan kalium. Semua unsur tersebut adalah sangat penting bagi tumbuhan. Ia merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan mineral ini ke dalam tanah. Kulit telur juga akan dapat mengurangkan keasidan tanah dan akan membantu untuk nutrealise keadaan tanah.
SISTEM PENGUMPULAN & PENGGUNAAN AIR HUJAN
PENGOMPOSAN SISA TANAMAN DAN MAKANAN
PROGRAM/AKTIVITI DI KEBUN KOMUNITI BANDAR P.A SRI PERLIS 2
KUNJUNGAN MENTERI PERTANIAN MALAYSIA 16.06.2019
KUNJUNGAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR PADA 07.02.2021
KUNJUNGAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR PADA 07.02.2021
MENJADI URUSETIA PROGRAM LOCAL AGENDA 21 KUALA LUMPUR
PASAR TANI FAMA MINDEF DI MASJID KHALID AL WALID SETIAP PAGI AHAD
MENJADI URUSETIA PROGRAM LOCAL AGENDA 21 KUALA LUMPUR
PENGGAMBARAN DARIPADA RADIO TELEVISYEN MALAYSIA
PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
PESERTA PROJEK KEBUN MENYERTAI KURSUS TANAMAN
PERKONGSIAN ILMU/PENGALAMAN KEPADA KOMUNITI PELAJAR
PENYELIDIK BERSAMA PESERTA PROJEK KEBUN KOMUNITI
SUMBANGAN KEBUN KOMUNITI BANDAR PERUMAHAN AWAM SRI PERLIS 2 KEPADA KOMUNITI
Mengurangkan perbelanjaan keperluan dapur peserta projek
Memanfaatkan kawasan lapang di sekeliling rumah
Mengindahkan landskap kawasan
Menimbulkan minat untuk bertani dan menjadikan bertani sebagai satu hobi yang berfaedah.
Membantu menjamin keselamatan makanan.
Menjana pendapatan sampingan kepada penguasa kebun kejiranan
Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja dan belia kerana mereka turut membantu meluangkan masa melakukan aktiviti pertanian
Menjana pendapatan sampingan kepada penguasa kebun kejiranan – tukar kepada pengusaha.
Kebun Komuniti USJ6 mula diusahakan pada Jun 2015 oleh PPUSJ6 dengan kebenaran Majlis Perbandaran Subang Jaya sebagai sebahagian daripada programnya untuk menggalakkan penduduk-penduduk Subang Jaya menanam sayur-sayuran untuk menjimat wang serta menjaga persekitaran. Menurut Naib Presiden MPSJ, Encik Abdullah Marjunid, dengan menanam sayur-sayuran, penduduk-penduduk bukan sahaja mengindahkan kawasan mereka tetapi mereka juga boleh menggunakan tanaman itu sebagai sumber nutrisi dan sumber ekonomi. (The Star Online, Jumaat 11 Oktober 2013). Dalam program ini, kotak-kotak penanaman berukuran dua meter kali dua meter dibekalkan kepada penduduk-penduduk untuk menandakan kawasan penanaman masing-masing. Pelbagai jenis benih sayuran juga dibekalkan beserta bahan-bahan semburan mesra alam untuk mencegah serangan perosak.
Pegawai-pegawai dari Bahagian Hortikultur di Jabatan Pertanian Malaysia juga memberi bantuan nasihat kepada penduduk-penduduk tentang cara menjaga tanaman yang diusuahakan itu. Ahli-ahli Kebun Komuniti USJ6 telah mengambil initiatif untuk mendapatkan baja-baja organik dan kompos bersama pelbagai jenis bahan penananman daripada pelbagai sumber. Air untuk siraman pokok diperoleh dari seorang penduduk dan tangki air telah dibekalkan oleh MPSJ. Apabila kebun komuniti ini semakin maju, ia telah menarik perhatian penduduk-penduduk lain. Dengan itu, lebih ramai penduduk memohon untuk menyertai program ini. Kebun ini di padang yang disempadankan oleh jalan USJ 6/7, USJ 6/6E dan USJ 6/6D semakin besar untuk menampung peserta-peserta baharu ini. Walau bagaimanapun, usaha ini tidak boleh berjaya tanpa sokongan dan dorongan daripada ahli-ahli komuniti mereka.
Hadiah Tempat Kedua Pertandingan Pertanian Bandar Kategori Komuniti Perumahan Peringkat Lembah Klang 2016
Hadiah Johan Pertandingan Kebun Komuniti Peringkat MPSJ 2017
Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2017 pada 6 Jun 2017
Rakaman RTM 1 pada 8 April 2017 untuk rancangan Agrotek RTM Episod Kebun Komuniti Bandar Julai 16 2017 6.00 petang
Kebersamaan atau menyatupadukan komuniti - Makan sambil bermesra!, Meraikan pertengahan musim luruh Cina, Tarian barisan!, Meraikan Hari Raya Aidil Fitri.
Membekalkan keperluan bahan makanan harian kepada penduduk sekitar yang secara tidak langsung dapat menjimatkan perbelanjaan dapur harian. Selain itu bahan makanan juga bebas daripada racun serangga kerana ianya ditanam secara organik.
Kebun komuniti mengindahkan persekitaran kawasan perumahan
Menjadi tempat tumpuan pelawat dari dalam dan luar kawasan terutamanya mereka yang datang untuk beriadah/bersenam
Menjadi medium untuk memperoleh ketenangan dan kebahagiaan kerana kehijauan yang terdapat di kawasan kebun komuniti.
Rama-rama diatas adalah bukti kebun ini mesra alam! Hingga kini, gambar hampir 20 jenis rama-rama telah ditangkap! Ini membuktikan kebun kami memang mesra alam untuk menarik serangga-serangga yang cantik ini!
Kebun ini menanam pelbagai jenis tanaman serta bunga. Bahan penanaman dalam bentuk benih dan anak pokok diperoleh daripada MPSJ dan melalui usaha sendiri ahli-ahli mereka. Melalui usaha ini mereka berjaya menanam banyak jenis tanaman
Sorghum
Kailan
Cili
Kacang Tanah
Tembikai
Betik
Tagetes patula hybrid
(Marigold)
Nenas
Lantana camara hybrid
(Bunga Tahi Ayam)
Markisa
Hibiscus mutabilis
(Laki Pukul Bini)
Jagung
Costus woodsonii
(Indian Head Ginger)
Bersama dengan peserta-peserta projek kebun komuniti USJ6
Menuai hasil tanaman bersama dengan ahli kebun komuniti USJ6
Auntie Patsy antara peserta yang aktif membangunkan kebun komuniti
Kawasan perumahan Jalan Tuntung 20/11 yang terletak di Seksyen 20 Shah Alam, Selangor terdiri daripada 63 unit rumah. Ia merupakan kediaman yang didirikan secara terasing atau isolated dari kawasan lain dengan luas keseluruhan kawasan perumahan ini dalam lingkungan 5 ekar. Sebuah dewan telah dibina bagi kegunaan penduduk Jalan Tuntung. Banyak aktiviti yang dijalankan disini di antaranya kuliah agama bulanan, kelas mengaji Al-Quran, motivasi, dan sebagainya.
Kawasan perumahan ini mula diduduki pada tahun 1997. Satu jawatankuasa penduduk yang di kenali sebagai Badan Kebajikan Skim Kejiranan Penduduk (BKSKP) telah ditubuhkan bagi menjaga hal-ehwal dan kebajikan penduduk. Ianya di tukar kepada Persatuan Penduduk Jalan Tuntung Seksyen 20, Shah Alam Selangor (PPJT) dan diluluskan pendaftarannya dalam tahun 2009 (2268-09-SEL/PPM SEL 1360/09). PPJT merupakan badan rasmi yang sah bagi mewakili penduduk berhubung dengan pihak kerajaan, swasta, pihak berkuasa tempatan.
Terdapat tanah simpanan JPS di sebelah kawasan perumahan Jalan Tuntung. Beberapa orang penduduk telah mengusahakan kawasan lapang di bahagian belakang di tepi sungai sebagai tempat berkebun secara persendirian. Ada juga yang berkebun di kawasan tanah kosong di sebelah hadapan Jalan Tuntung Tiga 20/11C. Pada 7 April 2016 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui Majlis Perwakilan Penduduk PPJT (MPP) Zon 7 telah menawarkan PPJT untuk menyertai Program Pertanian Bandar ini atau dikenali sebagai Kebun Komuniti. Selain mengeratkan hubungan esame masyarakat di Jalan Tuntung yang sedia terjalin, program itu juga membantu penduduk untuk bertani bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup .
Tanah seluas 2.5 ekar bersebelahan kawasan perumahan Jalan Tuntung, Seksyen 20 Shah Alam telah dikenal pasti sebagai tapak Kebun Komuniti. Pada asalnya ia adalah kawasan semak dan terbiar. Penduduk Jalan Tuntung telah membersihkannya untuk dijadikan kawasan padang bola bagi anak-anak Jalan Tuntung. Kemudiannya MBSA menggunakannya sebagai kawasan pelupusan pokok-pokok dan ranting-ranting kayu yang ditebang di sekitar Shah Alam. Kerja-kerja pembersihan tanah dan penyediaan batas oleh MBSA bermula pada 10 April 2016. Batas- batas telah diserahkan kepada penduduk pada 23 April 2016 dalam satu Majlis Penyerahan Batas Kebun Komuniti oleh Tuan Haji Tahir, Pengarah Bahagian Taman dan Landskap MBSA. Seramai 53 penduduk dan 6 orang remaja telah menyertainya.
1. Tempat Ketiga Pertandingan Pertanian Bandar 2016 Peringkat Lembah Klang
2. Tempat Ketiga Anugerah Kejiranan Hijau 2017
3. Anugerah Khas Juri Kebun Kejiranan 2017
4. Johan Pertandingan Kebun Komuniti Program Pertanian Bandar 2017
1. Penjimatan Perbelanjaan Bulanan
Alhamdulillah dengan kebun komuniti ini dapat mengurangkan bebenan kos sara hidup yang ditanggung sekarang ini dengan kenaikan harga barangan. Purata penduduk di sini berjaya mengurangkan kos perbelanjaan pembelian sayur-sayuran dikedai sehingga 50%. Purata perbelanjaan sayuran bagi setiap keluarga sebulan berjumalah RM100.00 Terdapat 53 keluarga yang menyertai kebun komuniti; jumlah kesuluruhan perbelanjaan adalam RM5,300.00 Berdasarkan nilai hasil kebun komuniti (Rujuk 5.2) selama 3 bulan berjumlah RM8,105.40 maka nilai sebulan adalah RM2,701.80. Ini bermakna penjimatan sebanyak hampir 50%.
2. Kesihatan dan Riadah
Kebun Komuniti ini dijadaikan suatu aktiviti yang menyihatkan kesihatan terutama golongan yang berumur, pesara-pesara dan warga-warga emas. Alhamdulillah disinilah setiap pagi dan petang golongan ini meruangkan masa dengan aktiviti yang sangat menyihatkan.
3. Ekonomi
Kebun Komuniti Jalan Tuntung berjaya mengeluarkan 3 jenis produk berasaskan rozel untuk menjana ekonomi Persatuan Penduduk Jalan Tuntung. Perancangan akan datang KKJT akan memproses hasil-hasil berasaskan pisang dan ubi yang banyak ditanam disekitar kebun ini.Secara tidak lansung akan meningkatkan pendapatan PPJT sendiri.
4. Interaksi dan Sosial Penduduk
Semenjak Kebun Komuniti ini disinilah tempat penduduk mengeratkan siraturrahim antara sata sama lain. Setiap minggu sabtu dan ahad merupakan hari turun kekebun kepada semua warga Jalan Tuntung sambil menikmati sarapan pagi secar pot luck. Inilah masanya peserta kebun yang kebanyakannya bekerja turun kekebun. Malahan bukan setakat sarapan pagi, sekali sekala makan tengahari turut disediakan. Penglibatan penduduk pada hari-hari minggu daripada semua peringkat umur daripada kanak-kanak hinggalah dewasa. Aktiviti paling besar semenjak kebun komuniti ini adalah aktiviti korban yang julung kali diadakan dikawasan Jalan Tuntung. Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan dan lokasi sembelihan adalah dihujung kebun komuniti.
5. Pengamalan sumber terbuang sebagai suatu inovasi
Boleh dikatakan hampir kesemua landskap yang ada dikebun Komuniti Jalan Tuntung menggunakan sepenuhnya bahan-bahan yang ada di kawasan Kebun. Contoh semua papan tanda dan tanda-tanda nombor batas menggunakan pokok-pokok kayu yang terbuang. Bagitu jugak para-para pokok yang menjalar kebanyakan menggunakan kayu. Semua ini merupakan inivasi dan kreativiti yang dihasilkan sendiri oleh peserta-peserta kebun komuniti. Selain itu penggunaan semula botol-botol dan tayar-teyer yang terbuang.
Bersama pengerusi kebun komuniti PPJT,Hj Abdullah Hamid dan isterinya.
Moto KKJT iaitu “Berbudi Kepada Tanah, Mohon Redha Allah”
Pakcik Johan dan Hajah Rahmah antara petani bandar yang aktif di kebun komuniti PPJT
Jualan hasil tanaman di kedai kebun komuniti ini setiap hari selasa 9-11 pagi
Suasana di kawasan batas/ plot tanaman. Antara tanaman yang ditanam - terung, sawi, kacang panjang, cili api, bendi, bayam, petola, timun, ulam raja dan peria.
Penduduk setempat memetik sendiri hasil tanaman di kebun komuniti ini
Aktiviti menanam jagung di kebun komuniti PPJT bersama dengan pakcik Johan
Aktiviti BBQ di kebun komuniti PPJT
Pada 29 Disember 2013, Global Environment Centre di bawah projek Projek ‘River of Life’ (ROL) atau Projek Sungai. Nadi Kehidupan telah membuat aktiviti di kawasan kebun ini. Projek ini merangkumi 3 komponen iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pengkomersialan & pelancongan. ROLPOP merupakan salah satu inisiaitif (KI 12B) di bawah komponen Pembersihan Sungai. Program ini bermatlamat bagi memberi pendidikan secara langsung dan mengubah sikap masyarat untuk menjaga kebersihan sungai dan persekitaran. Fasa 1 meliputi kawasan hulu Sg Klang dan Sg Bunus telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2012 yang kini diperkembangkan ke Fasa 3A, 3B, 4 dan 5, merangkumi semua kawasan projek River of Life sehingga tahun 2020. Global Environment Centre (GEC), merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik sebagai konsultan bagi ROLPOP1 pada masa itu. Dari Disember 2013 sehingga Disember 2014, pelbagai akitiviti yang merangkumi aktiviti pembersihan longkang, Pemantauan Kualiti Sungai, Kitar Semula, Program Sifar Sampah dijalankan bersama dengan komuniti kami (Komuniti Rumah Pangsa AU2). Acara Utama yang melibatkan penyertaan kesemua 18 blok dijalankan pada 16 Feb 2014 – melibatkan 688 unit, 16 roro bin dan 250 sukarelawan untuk membersih kawasan Rumah Pangsa AU2. Dengan penglibatan Komuniti ini dalam projek ROLPOP, penjagaan tebing sungai Klang, isu sampah dan pencemaran amat dititikberatkan. Banyak isu – isu pencemaran dan pembuangan sampah haram telah dilaporkan dan tindakan diambil oleh agensi berkenaan dalam membendung isu tersebut. Idea untuk menubuhkan Kebun ini terhasil hasik daripada beberapa siri perbincangan antara GEC, JPS dan MPAJ , untuk mengatasi isu –isu sosial, kebersihan, kesihatan dan alam Sekitar. Dengan sokongan Korporat Maybank Group Risk yang bermula pada 28 Jun 2015 – kawasan semak dan tempat pembuangan sampah serta pembiakan nyamuk aedes dibersihkan sedikit – demi sedikit sehingga terhasil Kebun yang ada pada hari ini.Tidak dinafikan, banyak sokongan tajaan dan dana melalui pelbagai agensi dan Yayasan yang telah diterima oleh Kebun Komuniti AU2 selepas hasil kejayaan dan komitmen yang ditunjukkan dalam merealisasikan/mewujudkan Kebun Komuniti Bandar di tengah kotaraya. Antara bantuan dan tajaan yang telah diterima ialah dari MPAJ, Maybank, Spritzer, Yayasan Hasanah, NRCF, Team Selangor, ADUN Hulu Kelang, Parlimen Gombak, Jabatan Pertanian Negeri Selangor, JPK4, NGO dan lain-lain. Dengan kerja keras warga kebun dan kerjasama semua pihak, kebun komuniti ini telah menjadi johan peringkat MPAJ kategori kejiranan hijau pada 2016, johan peringkat daerah Gombak kebun komuniti terbaik pada 2018. Tiga anugerah pada 2019. Anugerah komuniti terbaik, bimbingan pertanian negeri Selangor, Anugerah komuniti terbaik, sempena sambutan hari perancangan Bandar sedunia peringkat negeri Selangor dan anugerah rolpop5 2019. Tahun ni (2020) kebun komuniti ini telah dicalonkan ke peringkat kebangsaan. Kebun ini juga telah mendapat liputan dari astro awani, tv3, tv1 dan media cetak seperti The Star, Sinar dan lain-lain. Semua ini adalah berkat kerja keras warga kebun dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam projek ini. Keistimewaan kebun ini ialah terdapatnya sawah padi di tengah Bandar. Ia adalah daya penarik bagi pelancong untuk datang ke sini. Ia juga telah menarik Raja Muda Selangor untuk mencemar duli ke sini pada bulan julai 2019. Kebun ini telah menghidupkan suasana kampung di tengah kota, hari sabtu atau minggu, rewang bersama, masak dan makan beramai-ramai dikebun
2016
JOHAN KATEGORI ALAM SEKITAR
ANUGERAH KEJIRANAN TERBAIK MPAJ
NAIB JOHAN ANUGERAH KEJIRANAN TERBAIK MPAJ
2018
JOHAN KEBUN KOMUNITI TERBAIK DAERAH GOMBAK
PROGRAM PENGHARGAAN PELAKSANAAN INISIATIF PEMBANGUNAN KEJIRANAN HIJAU
2019
ANUGERAH KEBUN KOMUNITI TERBAIK BIMBINGAN JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
SIJIL JALINAN KERJASAMA PROGRAM PENDEKATAN AWAM SUNGAI NADI KEHIDUPAN FASA 5 (ROLPOP5)
ANUGERAH HIJAU (GREEN AWARD) SEMPENA HARI PERANCANG BANDAR NEGERI SELANGOR
2020
PERAKUAN SEBAGAI “FRIEND OF RIVER NEGERI SELANGOR” OLEH LUAS
SIJIL PENGHARGAAN “MENGARUSPERDANAKAN PEMULIHARAAN BIODIVERSITI DALAM PENGURUSAN SUNGAI” SEMPENA “HARI SUNGAI SEDUNIA” OLEH JPS MALAYSIA
SIJIL PENGHARGAAN DARI PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA AU2
ANUGERAH NATIONAL SCROLL OF HONOUR FOR HUMAN SETTLEMENTS - KPKT
1. Mengeratkan hubungan antara komuniti setempat dan telah menjadi satu keluarga yang besar.
2. Mencantikkan tebing sungai yang dahulunya semak, tempat gejala tidak sihat dan tempat pembiakan nyamuk aedes.
3. Menjadi tempat riadah bagi warga emas, keluar peluh dengan bercucuk tanam dan beramah mesra sesama jiran.
4. Membekalkan pelbagai jenis tanaman yang bebas racun. Di kebun komuniti ini, pelbagai tanaman telah ditanam seperti ulam-ulaman, sayur-sayuran, pokok buah-buahan, herba, padi dan macam-macam lagi. Selain itu, kebun komuniti ini membela ikan keli dan pokok rosel yang dijadikan jus sebagai sumber ekonomi kebun. Hasil tanaman lain seperti ulam, sayur-sayuran, buah-buahan, sekarang ini masih memberi percuma pada komuniti setempat atau tetamu yang melawat kebun. Hasil kebun ini inshaallah tidak beracun dan selamat dimakan kerana mereka tidak memakai baja kimia, tetapi menggunakan baja kompos/organik yang dihasilkan sendiri.
5. Menjadi hub pembelajaran bagi sekolah-sekolah, tahun (2019) projek kebun komuniti ini telah melaksanakan program bersama GEC/MPAJ bersama 60 buah sekolah rendah dan menengah di bawah naungan MPAJ. Kebun ini juga sudah menjadi hub pelancongan dimana kebun ini telah dilawati oleh mereka dari luar Negara seperti Swiss Zealand, Australia, Korea, Jepun, India China dan dari pelbagai negeri di dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak sejak ianya ditubuhkan.
AktivitKebun Komuniti AU2 ini terdapat lebih 150 jenis pokok ditanam, terdiri dari ulam-ulaman seperti (ulam raja, bunga kantan, serai), pokok buah-buahan seperti (nangka, durian, mangga, tin, strawberi dan sebagainya). Selain itu juga terdapat pelbagai herba popular termasuk Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Mahkota Dewa dan bermacam lagi. Segala tanaman di sini menggunakan bantuan air siraman dari aliran Sungai Kelang.
Tanaman padi antara keunikan yang ada dikebun ini
Perpustakaan dalam kebun dalam proses pembinaan yang bermula pada tahun 2020
Sisa kebun yang dimasukkan ke dalam tong untuk dijadikan kompos
Bersama dengan peserta-peserta kebun yang sangat komited
Kebun ini telah menerima kunjungan hormat daripada Raja Muda Selangor
Ruangan akhbar memaparkan tentang aktiviti kebun ini
Kawasan seluas 0.1 hektar di seksyen 24, Shah Alam ini pada mulanya merupakan kawasan lapang dan terbiar yang tidak diusahakan oleh mana-mana individu. Pada tahun 2012 berkat 2-3 buah keluarga yang komited dan gigih bercucuk tanam telah wujud projek kebun secara kecil-kecilan bagi mewujudkan satu kelainan di kawasan ini. Projek ini berjalan sehingga tahun 2014 dimana pada tahun tersebut juga komuniti penggerak tersebut telah membangunkan kebun tersebut berpandukan kriteria projek kebun komuniti di bawah Program Pertanian Bandar. Usaha tersebut telah mendapat perhatian dan sambutan yang positif daripada pihak Jabatan Pertanian dan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) untuk membangunkan lagi kebun komuniti ini secara lebih tersusun. Pada awalnya, seramai 30 penduduk telah menjadi peserta mengusahakan kebun ini yang mengambil masa kira-kira dua bulan untuk membina 42 batas kerana ia dilakukan sendiri dengan kekuatan tulang empat kerat dan cangkul untuk menampung kos sara hidup komuniti. Mereka mengambil langkah penjimatan itu berikutan kenaikan harga barangan termasuk sayur-sayuran, selain menghijaukan kawasan perumahan. Projek ini telah menerima bantuan dan sokongan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 8. Antara bentuk bantuan ialah seperti bantuan tenaga, bahan seperti tanah baja, benih sayuran dan peralatan bertani pula adalah hasil sumbangan MPP Zon 8 manakala ahli komuniti turut diberi khidmat nasihat mengenai cara penanaman yang betul oleh Jabatan Pertanian.
1. Naib Johan Anugerah Hijau Zon Bersih (Mini) MBSA pada 2015.
2. Keenam dalam kategori Kebun Komuniti Selangor di Pameran Antarabangsa Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2016.
1. Menjana pendapatan komuniti - Hasil jualan yang diperoleh di kebun ini adalah sekitar RM350 hingga RM400 sebulan bergantung kepada sambutan dan harga sayur di pasaran. Pendapatan ini akan digunakan untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam komuniti itu sendiri seperti ibu tunggal dan warga emas selain digunakan untuk menambah baik kebun.
2. Mewujudkan perpaduan/sillaturrahim dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan belia di kawasan kebun komuniti melalui aktiviti sosial seperti riadah, rewang, BBQ dan sebagainya.
3. Membekalkan bahan makanan yang murah dan bebas daripada bahan kimia kerana kebun ini membudayakan amalan pertanian baik dengan menggunakan baja dan racun organik. Oleh itu, komuniti setempat atau kawasan sekitarnya dapat memperoleh makanan yang segar, sihat dan selamat disamping harganya yang jauh lebih murah berbanding membeli diluar.
4. Memberikan ketenangan dan kesihatan terutamanya kepada para peserta yang terlibat secara langsung dalam projek kebun komuniti ini. Melalui aktiviti di kebun ini mereka dapat mengeluarkan peluh dan sebagai aktiviti senaman fizikal untuk meningkatkan kesihatan diri.
5. Mendidik sifat redha dan sabar dalam diri peserta atas segala bentuk rintangan dan ujian yang dilalui sepanjang melaksanakan kebun komuniti. Dalam setiap hasil cucuk tanam, mesti terdapat kesabaran di dalamnya. Proses tumbesaran pokok sebenarnya satu proses yang panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi serta penjagaan yang teliti. Setiap pokok memerlukan tempoh masa dan penjagaan yang berbeza untuk besar dan matang. Walaupun nampak senang, tetapi ia penuh dengan cabaran yang hanya petani sendiri sahaja yang akan faham kesusahan tersebut.
6. Mendidik sifat syukur dalam kalangan peserta dan komuniti. Bercucuk tanam merupakan suatu aktiviti yang ada orang lakukan sebagai hobi dan ada juga yang melakukannya untuk pendapatan seharian. Proses aktiviti penanaman dari mula menanam biji benih ke tanah sehingga membuahkan hasil, ada yang menggunakan tempoh masa yang pendek tetapi ada juga yang memerlukan tempoh masa yang sangat panjang. Setiap hasil yang dihasilkan ada yang manis, ada yang masam, ada yang pedas, ada yang pahit dan ada juga yang tidak ada rasa. Namun, semua ini adalah kurniaan Allah SWT sebagai Yang Maha Pencipta, Maha Pembuat dan Maha Pembentuk yang setiapnya menunjukkan kebesaran Allah SWT dari segi bentuk, tekstur dan rasa setiap hasil. Maka, setiap hasil yang kita peroleh, kita patut rasa sangat bersyukur atas semua rezeki hasil daripada Allah SWT.
7. Membudayakan amalan sedekah dalam kalangan peserta kebun melalui pemberian hasil tanaman kepada komuniti yang memerlukan disamping menjual dengan harga yang lebih murah kepada penduduk sekitarnya.
8. Mewujudkan jaringan sosial dan tempat pembelajaran berkaitan pertanian oleh pelbagai pihak luar seperti sekolah, badan bukan kerajaan (NGO), universiti awam dan swasta, kawasan rukun tetangga (KRT) dan lain-lain lagi. Melalui jaringan tersebut, perkongsian ilmu dan kemahiran dapat diwujudkan seterusnya dapat membangunkan komuniti yang terlibat.
Ikan keli antara ternakan utama di kebun ini
Tempat pertemuan peserta projek kebun komuniti
Sebelum tertubuhnya Kebun Komuniti ini, aktiviti kebun dijalankan secara perseorangan pada tahun 2010 secara kecil kecilan. Tanaman dilakukan ditepi longkang besar milik Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan hanya tanaman serai. Pada tahun 2013 aktiviti tanaman diperluaskan dipekeliling kawasan surau dengan tanaman serai dan pisang. Ianya dikerja dan diruskan oleh para ahli kariah komunit yang berkelapangan. Pada tahun 2017 komuniti telah menyambut seruan dan saranan pihak kerajaan untuk bergerak secara aktif dalam Pertanian Bandar. Maka dengan itu tertubuhnya Kebun Komuniti Al -Husna dengan ahli permulaan seramai 33 orang. Bermula dari saat itu, kebun telah diusahakan secara sistematik, dan konsisten seperti mana yang disarankan oleh Jabatan Pertanian sehinggalah kehari ini. Setiap kegagalan dianalisa dan diperkemaskini dan diperbaiki hingga berjaya. Ahli-ahli kariah telah banyak menyumbangkan idea dan tenaga dalam mengatasi segala permasalahan.
1. Naib Johan Anugerah Hijau Zon Bersih (Mini) MBSA pada 2015.
2. Keenam dalam kategori Kebun Komuniti Selangor di Pameran Antarabangsa Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2016.
Anugerah/pengikhtirafan luar
Keratan Akhbar dan Anugerah Mengenai Pusat Komuniti Al-Husna
1) Kebun Induk
Di perkarangan surau. Tanaman –tanaman pelbagai seperti sayur sayuran yang hasil tuaianya dalam tempoh masa 20-30 hari. Sayur sayuran yang dikenal pasti adalah seperti sawi, kalian, kangkung, bayam, cili merah, cili hijau, serai, limau nipis, terung dan kacang bendi. Terdapat juga ternakan seperti ikan keli dan tilapia merah. Disepanjang tebing longkang milik LUAS dan tanah rezab Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga di wujudkan laman dapur. Tanaman tanaman yang dikenal pasti adalah merupakan tanaman yang hasil tuaian melebihi 30. Jenis tanaman yang dikenal pasti adalah seperti jagung,bendi,kacang panjang,cili api,cili merah, terung dan sebagainya. Tanaman semua jenis herba-herba seperti pokok belalai gajah, pokok serai wangi, misai kucing, kunyit hitam, pokok rerama, halia, rozel ditanam dilokasi perkarangan komuniti Al Husna.
Jenis-jenis sayuran yang ditanam.
Ternakan Ikan Talapia adalah untuk menggunakan semula air (reuse) dari pemeliharaan ikan dalam penyiraman pokok atau tanaman, serta mendidik anggota komuniti teknik pemeliharaan ikan
2) Inovasi :
Projek kecil-kecilan yang bermanfaat kepada alam sekitar dengan menggunakkan kaedah Sistem Pengurusan Air Hujan (SPAH), Tenga Solar, Air Bumi. Selain daripada tanaman pihak komuniti juga mengenal pasti bahawa ternakan ikan kolam boleh menggunakan kaedah ini. Air hujan dapat digunakan semula untuk menyiram tanaman, mencuci peralatan berkebun, mencuci tandas surau dan digunakan untuk membersihkan persekitaran surau. Selain itu juga air hujan juga digunakan untuk penternakan ikan keli dan talapia yang diusahakan oleh komuniti di perkarangan Surau AlHusna. Disamping itu, Komuniti Al Husna juga mewujudkan Sistem Pengumpulan Air Wuduk (SPAW) yang berfungsi sama seperti SPAH. SPAW yang dilaksanakan di Surau Komuniti Al Husna mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Universiti Teknologi Mara.
Gambar menunjukkan air hujan yang dikumpul ke tangkisimpanan seterusnya disalurkan untuk tujuan penyiraman tanaman
Lakaran Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) yang terdapat di Bangunan Surau Al-Husna
Sistem tenaga solar: Penggunaan tenaga solar untuk pencahayaan lampu di kawasan surau dan kebun kejiranan
Tenaga solar
Lakaran Sistem Pengumpulan Air Wuduk (SPAW) yang terdapat di Bangunan Surau Al Husna
Menggunakan sistem aquaponik untuk ikan tilapia dan tanaman sayuran
3) Inisiatif Kawalan Pembiakan Nyamuk: Sememangnya tangki utama SPAH mempunyai penutup supaya nyamuk tidak bertelur di dalamnya. 2) Selain itu, saliran bumbung ke tangka SPAH diperiksa sekali seminggu supaya tidak ada sampah yang boleh menyebabkan air tersekat memasuki tangki. 3) Meletak ABATE di tangki simpanan yang berdekatan dengan kebun.
Tangki simpanan yang bertutup dapat menghindarkan daripada pembiakan nyamuk
4) Amalan Hijau Di Kebun:
Konsep 3R-kitar semula penggunaan plastik terpakai bagi dijadikan pasu.
• Penggunaan kayu terpakai untuk dijadikan batas tanaman.
• Penggunaan tayar dan bekas plastik terpakai sebagai pasu tanaman.
• Pengkomposan sisa makananan untuk dijadikan sebagai baja organik
• Kitar Semula air hujan bagi tujuan penyiraman tanaman.
• Penggunaan tenaga solar sebagai inisiatif hijau kearah penjimatan tenaga.
Penggunaan botol-botol plastik sebagai medium tanaman
Penggunaan bekas-bekas plastik sebagai medium tanaman sayuran
Penyelidik bersama dengan pengerusi kebun komuniti, Encik Sukarti Bin Saleh dan penduduk setempat yang juga minat mengusahakan mini kebun di rumahnya
5) Program Pemuliharaan Sumbar Air Melalui Kitar Semula Minyak Masak Kepada Biodiesel:
Pusat Komuniti Al-Husna sangat menekankan kesedaran tentang alam sekitar. Sehubungan dengan itu kami telah mewujudkan Program Kitar Semula dan Program Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Minyak Masak Kepada Biodiesel untuk penduduk. Program yang dimulakan pada tahun 2013 sehingga kini telah banyak memberi kesedaran alam sekitar kepada penduduk.
6) Pengkomposan Sisa:
Pengkomposan sisa yang dilaksanakan oleh Komuniti Al Husna adalah hanya menggunakan sisa tanaman seperti daun-daun kering, sayur-sayur yang telah rosak dan sebagainya. Selain itu juga komuniti Al Husna juga menggunakan baja melalui pengkomposan sisa makanan. Pengkomposan ini dilakukan bagi menjaga alam sekitar selain dapat mengurangkan pembelanjaan komuniti membeli baja tanaman. Bagi menggalakan program pengkomposan pihak Pusat Komuniti Al-Husna mengadakan kempen di Facebook/Whatsapp/Youtube. Lebih 40 tong pemprosesan baja kompos telah diberikan kepada penduduk. Hasil daripada pengkomposan sisa yang telah dilakukan oleh penduduk, ianya telah memudahkan proses kitar semula dapat dilakukan, sehubungan dengan itu pihak Pusat Komuniti Al-Husna telah mendapat beberapa anugerah berkaitan kitar semula dan pengasingan minyak masak. Sisa tanaman dan sisa makanan akan dijadikan baja kompos.
Kaedah Pengkomposan Sisa Tanaman
Kaedah Pengkomposan Sisa Makanan
Program Kompos bersama penduduk & MBSA
Kempen menggalakkan kompos
Rekod hasil tahunan yang disumbangkan oleh penduduk.
Anugerah yang diterima atas inisiatif membuat pengkomposan di kebun komuniti
1. Dapat menjana pendapatan komuniti melalui jualan hasil tanaman. Pendapatan yang diperoleh digunakan untuk aktiviti kebajikan, sosial dan aktiviti pembangunan kebun komuniti. Selain itu kebun komuniti ini juga menawarkan harga jualan bahan tanaman yang jauh lebih murah berbanding dengan di luar. Ini telah memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mendapatkan bekalan makanan yang murah selain dapat menjimatkan kos perbelanjaan dapur. Hasil tanaman yang diusahakan juga bebas daripada segala baja dan racun kimia kerana kebun komuniti ini menggunakan kompos sebagai sumber utama dalam pengurusan pembajaan tanaman.
2. Menjadi medium interaksi antara penduduk setempat dan juga pengunjung luar. Secara tidak langsung telah meningkatkan hubungan sillaturrahim dan berkongsi pengetahuan berkaitan dengan pertanian.
3. Medium pembelajaran belia tentang pertanian terutamanya pelajar-pelajar daripada pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta institusi sekolah. Mereka dapat belajar dan menimba pengalaman berkaitan dengan aktiviti pertanian di bandar.
4. Mewujudkan keindahan alam sekitar di kawasan bandar dengan kehijauan pelbagai jenis tanaman dan kebersihan kebun komuniti yang sentiasa dijaga dan dipelihara.
Program Jualan Petik Sayur
Bersama dengan petani-petani bandar aktif di Kebun Komuniti Al Husna
Kacang panjang purple di kebun komuniti seksyen 17/2 Shah Alam
Tanaman Kailan
Sawi antara sayuran utama yang sering ditanam disini sejak 2016
Kawasan penanaman herba
Menggunakan kompos sebagai baja tanaman
Pengunjung yang ingin mendapatkan bekalan makanan asas dikebun komuniti ini akan ‘memetik, menimbang & membayar’
Penyelidik sedang menemubual salah seorang peserta projek kebun komuniti Seksyen 17/2 Shah Alam
Berkongsi pengetahuan bersama penduduk setempat berkaitan dengan pertanian bandar
Lawatan Jabatan Pertanian ke kebun komuniti
Papan tanda kebun komuniti Seksyen 17/2 Shah Alam
Program Jualan Sayur di kebun-kebun komuniti sekitar Shah Alam pada tahun 2018
1. Kebun Komuniti Seksyen 17, Shah Alam menawarkan sayuran yang diperoleh segar dari ladang, sayur yang bebas dari racun kimia yang berbahaya dan lebih menjimatkan kerana harganya yang jauh lebih rendah daripada beli di luar.
2. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat melalui aktiviti yang sering dilakukan oleh penduduk di kawasan kebun komuniti seperti jamuan hari raya, sambutan hari lahir, BBQ dan pelbagai lagi aktiviti sosial yang lain. Selain itu mereka dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim sesama penduduk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut khusunya bagi yang baru menetap di situ.
3. Medium pembelajaran belia/remaja berkaitan pertanian bandar melalui lawatan sekolah-sekolah dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
4. Mewujudkan jaringan yang lebih luas antara peserta projek kebun komuniti dengan komuniti luar seperti
JIKA diimbau kembali, siapa sangka hutan belukar di Persiaran Lestari Putra, Taman Lestari Putra, Seri Kembangan, Selangor yang menjadi sarang penjenayah meloloskan diri sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk, kini subur membangun menjadi kebun buah-buahan serta sayur-sayuran kebanggaan masyarakat setempat. Kebun Komuniti yang dahulunya dikenali sebagai Kebun Komuniti KRT LEP 4 ditubuhkan pada Oktober 2017 dan diletakan di bawah seliaan KRT LEP 4 yang dikelolakan oleh Jabatan Perpaduan Daerah Petaling. Pada tahun 2019 Kebun Komuniti LEP4 telah diletakan di bawah seliaan Persatuan Penduduk LEP4 dan berdaftar di bawah Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Bermula dengan tapak seluas 300 meter di atas bahu jalan yang terbiar, kawasan kebun tersebut terus berkembang selepas lebih 3 tahun diusahakan dengan pembukaan kawasan seluas dua ekar untuk menampung bilangan anak pokok yang semakin bertambah. Menurut Pengerusi Kebun Komuniti LEP4, Jefry Othman, tanaman jangka pendek antaranya nanas jenis Morris, MD2 dan Yenki bertambah daripada 10,000 pokok sebelum ini kepada 20,000 pokok dan tanaman pisang daripada 300 pokok kepada 600 pokok. Selain itu, 100 pokok jambu batu, sayur-sayuran dan ternakan madu kelulut juga boleh didapati di kawasan kebun itu. Hasil tanaman akan dijual kepada penduduk setempat dengan harga yang jauh lebih murah dari pasaran. “Tapak baharu ini telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pembangunan Masjid Lestari Putra pada Februari 2019 dan sebahagian daripada hasil keuntungan jualan akan disumbangkan kepada dana pembinaan masjid selain selebihnya akan diagihkan kepada ahli yang terlibat. “Meskipun bilangan ahli kini telah berkurangan daripada 40 orang kepada 26 orang disebabkan masalah kesihatan dan komitmen kerja, namun pembukaan tapak baharu membolehkan keahlian ditambah semula sekaligus memberi peluang kepada penduduk setempat membantu daripada segi kewangan dan tenaga,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai pembahagian tugas setiap ahli, Jefry berkata aktiviti penyelenggaraan seperti merumput, meracun dan membaja akan dilakukan mengikut kesesuaian semasa manakala gotong-royong dilakukan oleh ahli yang mempunyai kelapangan pada hari minggu. Dalam pada itu, perubahan ketara kemajuan kebun itu juga dapat dilihat apabila yuran untuk tujuan penyelenggaraan untuk kebun kedua dimansuhkan kerana sudah mempunyai dana yang diperoleh hasil daripada jualan nanas, pisang dan jambu batu berbanding tahun lalu setiap ahli perlu membayar sebanyak RM10 sebulan.
Pada tahun 2020, aktiviti berkebun terpaksa dikurangkan disebabkan penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia. Namun begitu, pihak pengurusan kebun telah menjadualkan segala aktiviti dengan mengurangkan kehadiran ahli beramai-ramai untuk mencegah penularan covid-19. Pada tahun 2021, Kebun Komuniti telah merancang untuk menambah projek terbaru seperti tanaman Cili Fatigasi sebanyak 500 pokok dan juga ternakan ikan tilapia.
Tambah Jefry, selain memanfaatkan tanah kosong yang ada dengan menanam buah-buahan dan sayur-sayuran, kawasan kebun itu juga menjadi lokasi tumpuan penduduk setempat untuk beriadah pada waktu senggang dan antara aktiviti wajib yang dilakukan adalah senamrobik, majlis kenduri serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan. “Kawasan kebun ini juga dipantau 24 jam dari pondok operasi oleh ahli Kebun bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang dan sekaligus menjadikan kawasan ini sifar jenayah,” ujarnya. Sementara itu, beliau juga berharap agar projek Kebun Komuniti LEP 4 akan berterusan berkembang dengan jayanya dan menjadi contoh kepada projek-projek komuniti negara dalam mempromosikan perpaduan rakyat melalui sikap muafakat serta semangat kejiranan.
Akan Datang - Projek Ternakan Ikan Talapia
Akan Datang - Projek Tanaman Cili Fatigasi
Bersama peserta-peserta projek kebun komuniti dan penduduk setempat, berkongsi tentang kebun bandar
Buah nanas merupakan tanaman utama yang terdapat dikebun komuniti Lestari Putra ini
Penggunaan cuka kayu sebagai sumber pembajaan tanaman di kebun komuniti
Menyediakan formulasi cuka kayu
Aktiviti menyembur cuka kayu pada tanaman betik, cili padi dan nanas untuk meningkatkan kesuburan tanaman
Bersama para peserta projek kebun komuniti yang sangat memberikan kerjasama yang padu sepanjang aktiviti pengurusan tanaman
Kebun komuniti ini menerima lawatan daripada qariah Surau Nur Idaman, Seksyen 5 Bandar Baru Bangi
Kebun komuniti ini telah menjadi medium pembelajaran anak-anak remaja berkaitan dengan lebah kelulut yang diternak di kawasan kebun
Kebun komuniti ini dapat mengumpulkan penduduk setempat pada hari kemerdekaan
Kebun komuniti ini telah memberi peluang kepada golongan remaja belajar tentang teknik menanam sayur-sayuran
Kebun komuniti dapat mengeratkan sillaturrahim dan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat melalui aktiviti seperti gotong royong, pembangunan kebun komuniti dan membuat gubahan bunga
Program iftar bersama anak-anak yatim di kebun komuniti
Aktiviti membakar lemang di kebun komuniti bersama penduduk sekitar secara tidak langsung telah mengeratkan sillaturrahim
Program pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk setempat di kebun komuniti
Kebun komuniti ini juga menjadi tempat untuk majlis perkahwinan keluarga pengerusi kebun komuniti iaitu iaitu Encik Jefry Othman
Menanam pokok adalah wajib bagi salah seorang perintis projek kebun ini iaitu Cik Nor Azmiera Wan Mat. Beliau mempunyai jiwa pertanian yang telah tersemat jitu dalam dirinya apatah lagi beliau merupakan graduan Bacelor Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM). Di rumahya sering ditanam dengan tanaman seperti sayuran ulam-ulaman dan herba. Selain itu, beliau juga gemar menanam indoor plant di kediamannya di Serdang Selangor. Beliau mula menubuhkan “Kebun Kita@ BEST” semasa negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal April 2020. Beliau juga berkolaborasi bersama dengan Cik Amirah Hamizah, yang merupakan seorang graduan Bacelor Kejuteraan Biosistem Pertanian di UPM. Bermula dengan berkongsi tanaman yang dilakukan secara kecil-kecilan di media sosial, terdapat permintaan yang tinggi daripada kenalan dan komuniti setempat terhadap tanaman mereka. Ini kerana harga yang ditawarkan olehnya adalah pada harga yang sangat rendah bak kata beliau seperti membeli 'nasi bungkus' bagi menggalakkan minat bercucuk tanam dalam kalangan komuniti terutamanya di kawasan bandar. Kebun mereka juga dibantu oleh Kak Shifa dan Kak Su (nama mesra) dari segi idea dan tenaga kerja. “Kebun kita” mempunyai misi mereka tersendiri iaitu “Semua_orang_boleh_tanam_pokok”. Kebun ini sering berkongsi ilmu dan pengalaman tentang aktiviti menanam edible plant dan indoor plant di media sosial seperti Instagram dan facebook @kebunkitakaya. Kami mengetengahkan konsep permaculture di “Kebun Kita” yang mesra alam tanpa menggunakan racun/baja kimia dan juga mengamalkan bahan terpakai dalam pengurusan tanaman. Kebun kita juga telah mendapat kerjasama daripada Benua Equestrian Stable (BEST) di Universiti Putra Malaysia untuk penyelidikan tinja kuda. Di kebun ini, mereka telah menggunakan tinja kuda yang bercampur habuk kayu lama (lebih setahun) sebagai baja/media tanaman. Selain bermanfaat untuk manusia di stable ini, pokok yang ditanam juga diguna pakai untuk spa kuda juga seperti serai wangi, halia, bawang putih.
Sweet Potato
Kunyit
Kunyit Hitam
Kangkung dan Cili Padi
Tomato Ceri dan Bunga Telang
Ulam-ulaman
Kacang buncis
Bunga Matahari
Bekas makanan kuda yang terbuang digunakan untuk menanam sweet potatoes
Penggunaan daun pisang yang kering dan surat khabar lama sebagai bekas anak benih
Penggunaan tong hitam yang telah rosak
Penggunaan botol sebagai medium penanaman
Penggunaan kayu terbuang dijadikan rak anak benih tanaman
Penggunaan tayar terbuang sebagai medium penanaman
Canvas biru merupakan canvas yg terbuang digunakan untuk mencegah pertumbuhan rumpai di atas batas
Baja tinja kuda yang digunakan untuk membaja tanaman
Kayu terpakai digunakan untuk membuat signboard kebun kita
Kayu pallet yang terbuang digunakan sebagai raised bed sayuran
Jualan pelbagai jenis tanaman
Pengunjung yang hadir ke “Kebun Kita”
Kebun kita menjadi medium pembelajaran tentang aktiviti menanam pokok dalam kalangan kanak-kanak
Pengunjung cilik
Memberi peluang dan pengalaman kepada kanak-kanak tentang pengurusan tanaman
Medium pembelajaran bagi golongan kanak-kanak berkaitan jenis-jenis tanaman
Kapal benih antara inovasi yang terdapat dikebun kita
Penyelidik bersama dengan pemilik “Kebun Kita”, Norazmiera Wat Mat
Penyelidik berada di hadapan “Kebun Kita”
Penyelidik dihadapan kapal benih yang menempatkan pelbagai jenis anak pokok
Penyelidik di kawasan yang menempatkan anak-anak pokok