MILAH BINTI ZAINAL dilahirkan di Pontian, Johor. Beliau mendapat Pendidikan Rendah di Sekolah Kebangsaan Seri Jaya, Benut Pontian 1994-1999 dan Pendidikan Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak, Pontian 2000-2004. Beliau mula melanjutkan pelajaran diperingkat Diploma (Pertanian) dari 2005 hingga 2008 di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran lagi di peringkat ijazah pertama dan memperoleh Ijazah Bacelor Sains Pertanian (BSP) pada tahun 2012 di universiti yang sama. Pada tahun 2014 beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (2020) dalam bidang Pendidikan Pengembangan. Kini beliau ditempatkan di Sekolah Menengah Islam As Syiddiq, Simpang Renggam Johor sebagai seorang guru. Beliau juga aktif dalam membuat aktiviti pengembangan pertanian, kesukarelawanan dan penulisan buku ilmiah yang berkaitan dengan pendidikan dan pertanian.