INFO MIISMAM
INFO MIISMAM
Pengenalan
1.1 Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia yang dikenali sebagai MIISMAM adalah merupakan aktiviti tahunan bagi Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negeri.
1.2 Majlis ini dianjurkan bertujuan memupuk semangat persahabatan dan silaturrahim di kalangan pelajar serta pegawai bagi melahirkan pelajar yang cergas fizikal dan cerdas minda serta meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar Sekolah Agama di Malaysia.
1.3 Majlis ini juga dapat memberi sumbangan besar kepada pelajar-pelajar SMAN, SMAR dan SABK untuk mendapat markah merit bagi tujuan kemasukan ke IPTA, selaras dasar yang dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Latar Belakang
2.1 Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ke -11 diadakan pada tarikh xx Mei 2025 hingga xx Mei 2025 bertempat di Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta , Perak
2.2 Majlis ini merupakan aktiviti tahunan bagi Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
2.3 Peserta pertandingan terdiri dari pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang berstatus WARGANEGARA sahaja.
2.4 Pelbagai acara dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Seni Khat, Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan Bahasa Inggeris, Syarahan Bahasa Arab, Bahas Ala Parlimen, Kuiz dan Nasyid.
2.5 Terdapat satu acara pengenalan/baru iaitu Kitab Turath.
Matlamat
3.1 Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan ini dianjurkan bertujuan memupuk semangat persahabatan dan silaturrahim di kalangan pelajar serta pegawai bagi melahirkan pelajar yang cergas fizikal dan cerdas minda serta meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar Sekolah Agama di Malaysia.
3.2 Majlis ini juga dapat memberi sumbangan besar kepada pelajar-pelajar SMAN, SMAR dan SABK untuk mendapat markah merit bagi tujuan kemasukan ke IPTA, selaras dasar yang dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Penyertaan
4.1 Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan tahun 2017 telah disertai oleh 13 buah negeri iaitu :
i. Kelantan
ii. Terengganu
iii. Kedah
iv. Perak
v. Johor
vi. Pahang
vii. Selangor
viii. Melaka
ix. Negeri Sembilan
x. Pulau Pinang
xi. Sabah
xii. Wilayah Persekutuan
xiii. Perlis.