Ramuan & Khasiat
Ramuan MINYAK GOSOK HERBA PENAWAR diperbuat daripada herba-herba tradisional tempatan yang terpilih dan bermutu. Herba-herba tempatan yang segar seperti bunga cengkih, lada hitam, kayu manis, dan lain-lain herba telah menjadi pilihan utama di dalam formulasi tradisional ini. Ia diadun bersama minyak daun pudina bagi tujuan kenyamanan dan aroma yang menyegarkan. Kami menggabungkan ramuan tradisional turun-temurun nenek moyang bersama bahan-bahan semula jadi, organik dan berasaskan tumbuh-tumbuhan, serta bebas daripada bahan kimia sintetik yang berbahaya. Bahan-bahan MINYAK GOSOK HERBA PENAWAR ini dipilih dengan teliti, dan formulanya diadun secara ideal untuk keberkesanan dan keupayaannya di dalam memberikan kelegaan untuk sakit perut memulas, gatal-gatal kulit akibat kekurangan Vitamin C, dan gigitan serangga.
Cara Penggunaan
Untuk sakit perut memulas, gosokkan di perut dan keliling pinggang
Untuk gatal-gatal kulit, sapukan pada bahagian kulit yang gatal
Untuk gigitan serangga, titiskan sedikit di bahagian gigitan dan sapu
[Untuk kegunaan luaran sahaja. Tidak disyorkan untuk bayi berumur di bawah satu (1) tahun]
Harga: RM 20 / botol (30 ml)*
*Tidak termasuk cas penghantaran
Untuk tempahan MINYAK GOSOK HERBA PENAWAR, hubungi kami di talian berikut:
https://www.wasap.my/601127204755/MGHP
Terima Kasih di atas Sokongan Anda 👍😊.