Syarikat ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dalam satu-satu masa.
Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965, sesebuah Syarikat Sdn. Bhd. haruslah mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, mempunyai namanya sendiri, boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri, mempunyai alamat yang tertentu, mempunyai aset atas namanya sendiri, dan bersifat kekal abadi.
Adalah menjadi tanggungjawab syarikat dan para Pengarah untuk mematuhi segala keperluan dan kehendak Akta Syarikat 1965 dan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang merangkumi :-
Penyata Kewangan Beraudit
Mesyuarat Agung Tahunan
Penyata Tahunan
Percukaian
PEMBERHENTIAN OPERASI SYARIKAT
Kewujudan sesebuah Syarikat itu bermaksud menjalankan perniagaan atau aktiviti-aktivitinya. Namun, jika syarikat tidak lagi beroperasi, maka pendaftarannya hendaklah dibatalkan. Penggulungan atau penutupan syarikat adalah proses di mana semua aset syarikat dijual dan digunakan untuk menyelesaikan semua hutang-piutang syarikat.
Lebihan daripada pembayaran kos serta perbelanjaan penggulungan tersebut akan diagihkan di antara pemegang-pemegang saham mengikut hak dan kepentingan masing-masing. Bagi Syarikat Sendirian Berhad, proses dan prosedur penggulungan tertakluk di bawah Akta Syarikat, 1965. Justeru, kewujudan sebuah Syarikat boleh ditamatkan melalui kaedah-kaedah seperti :-
Pembatalan Nama Syarikat (Seksyen 550)
Penggulungan Syarikat