Apa itu MCEM?
Minecraft: Edisi Melayu (singkatannya MCEM) ialah sebuah koleksi pek sumber dan modifikasi Minecraft bertemakan Melayu!
Apakah tujuan MCEM?
Tujuan MCEM ialah untuk memperkenalkan budaya Melayu in Minecraft menerusi pek sumber, pek data dan mods agar dapat memberikan pengalaman Minecraft ala Melayu yang menarik
Dari manakah datangnya idea MCEM?
Ia datang dari keinginan saya untuk membuat sebuah koleksi pek sumber bertemakan Melayu, terutamanya setelah selesainya projek JawiCraft: Language Pack
Bilakah MCEM ditubuhkan?
MCEM ditubuhkan pada 31 Ogos 2022, bersamaan dengan Hari Kebangsaan Malaysia kali ke-65. Namun begitu, pek terawal dalam koleksi ini, Pek Bahasa JawiCraft, diterbitkan pada 31 Ogos 2021, satu tahun lebih awal.
Berapa banyak benda yang ada dalam koleksi ini?
Setakat ini, terdapat 10 pek sumber dan 1 mod yang tersedia, dengan 2 lagi masih dalam pembangunan... Jika ada lagi benda-benda yang muncul saya akan memasukkannya ke dalam koleksi ini!
Apa lagi yang akan ditambah ke dalam projek MCEM pada masa akan datang?
Tak pasti lagi, tapi saya ada terfikir untuk menyertakan koleksi dunia Minecraft, namun masih kurang bilangan binaan/dunia yang bagus untuk saya sertakan di sini... InsyaAllah kalau boleh saya akan masukkan jika bilangan sudah memadai...