Misi syarikat ialah untuk berusaha sedaya upaya untuk menjadi pengeluar perabot bermutu tinggi serta memenuhi kehendak dan kepuasan pelangan dengan mengeluarkan perabot yang berkualiti,serta mencapai keteguhan dan keupayaan untuk berkembang maju dari masa ke semasa.
Disamping itu syarikat juga bermatlamat untuk menjadi antara kontraktor berwibawa dengan mencapai status kontraktor yang gemilang yang berupaya melaksanakan tugas yang diberikan sehingga mencapai tahap yang memuaskan agensi pemberi kontrak berkenaan.
Syarikat menekankan kepada barangan yang bermutu dan mempunyai polisi kualiti iaitu “Kepuasan Pelangan, Kebangaan Kami” dimana syarikat menekankan kepada pengeluaran barangan yang bermutu dan memuaskan hati pelanggan.
Menyediakan dan memasarkan kepada pelanggan-pelanggan barangan perabot yang paling tinggi kualitinya.
Meningkatkan dan menaiktaraf pasaran kilang yang lebih baik.
Mencapai keteguhan dan kadar keuntungan yang lebih baik untuk membolehkan syarikat terus berkembang.
Memaju dan mengembangkan pengurusan yang berwibawa dan inovatif yang mempunyai sifat amanah dan keprofesionalan yang tinggi tarafnya.
Mewujudkan golongan tenaga pekerja yang bermotivasi yang disemai dengan etika kerja yang sesuai serta komited sepenuhnya kepada syarikat dan memberikan khidmat yang cekap dan bersopan-santun kepada pelanggan.
Melakukan anjakan paradigma dengan meluaskan skop entity perniagaan dengan menceburi industry pembuatan perabot secara global dengan bertindak memasarkan sendiri barangan keluaran sehingga ke tahap eksport.