Muat Turun Template ePoster
Muat Turun Template ePoster
E-POSTER PROJEK
Setiap kumpulan perlu menyediakan SATU (1) poster.
Saiz poster: 2 kaki x 5 kaki
Setiap poster WAJIB disediakan dengan menggunakan templat yang disediakan oleh penganjur. Template E-poster boleh dimautturun dari laman web rasmi MaTechFest 2025
Setiap poster boleh disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Bahagian atas (header) dan bawah (footer) di dalam templat adalah WAJIB dipatuhi. Susunatur bahagian lain poster adalah bergantung kepada kreativiti setiap peserta.
Poster projek PERLU mengandungi semua elemen-elemen penilaian berikut. Ini akan membantu para juri untuk memberikan markah yang sewajarnya semasa penjurian.
Isu/Permasalahan
Objektif kajian
Rekabentuk dan perincian projek
Novelti dan sumbangan kepada amalan terkini
Praktikal dan Kebolehgunaan
Impak/kesan projek
Potensi Replikasi/Pengkomersialan
Soft copy poster berformat PDF mesti dihantar melalui borang pendaftaran penyertaan selewat-lewatnya pada 28 Februari 2025. E-poster yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
KAEDAH PENGHANTARAN E-POSTER
File e-poster (.pdf) yang telah siap perlu dimuat naik dalam satu folder di GoogleDrive peserta.
Sila namakan Folder dan file e-poster inovasi mengikut Nama kolej/sekolah/institusi dan diikuti dengan Nama projek inovasi (Contoh: KMJ OSVLAB).
Sila pastikan get link dan everyone with the link is an editor untuk folder tersebut.
Hantar link folder google drive tersebut dalam borang pendaftaran penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur.