Masjid An-Nur Sama Gagah akan berusaha untuk menyediakan program-program pendidikan kepada masyarakat setempat. Gambar aktiviti program-program ini boleh dilihat di laman Facebook kami.
Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Azman akan diadakan setiap Ahad Minggu Pertama dan Ketiga. Kitab yang digunakan ialah Sirah Anbiya' Modul Kelas Pengajian Takmir Masjid dan Surau Negeri Perak Darul Ridzwan.
Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Azilan akan diadakan setiap Jumaat Minggu Kedua. Kitab yang digunakan ialah Tafsir Surah Al-Hujurat
Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Idris akan diadakan setiap Khamis Minggu Ketiga. Kitab yang digunakan ialah Bidayatul Mubtadi
Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Hj Md Napiah akan diadakan setiap Rabu Minggu Keempat. Kitab yang digunakan ialah Tafsir Modul Kelas Pengajian Takmir Masjid dan Surau Negeri Perak Darul Ridzwan.
Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Fadzil akan diadakan setiap Jumaat Minggu Keempat. Kitab yang digunakan ialah Faridhatul Faraidh.
Program ini dikhususkan untuk anak-anak kariah Masjid An-Nur Sama Gagah. Buat masa ini, program tuisyen yang disediakan adalah untuk subjek Matematik dan Matematik Tambahan sahaja. Sekiranya ada sukarelawan diluar sana yang ingin menyumbang bakti kepada anak kariah ini, sila hubungi setiausaha Masjid An-Nur Sama Gagah
Program ini dikhususkan kepada golongan muslimat kariah Masjid An-Nur Sama Gagah. Orang ramai digalakkan untuk menyertai program ini yang dijalankan di masjid pada setiap Khamis dan Jumaat.