Pembinaan Masjid Tuminah Hamidi bermula pada tahun 2017 dan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2023. Kos pembinaan keseluruhan dianggarkan sekitar RM53 juta dan dibiayai sepenuhnya melalui dana Yayasan Al-Falah, sebuah yayasan yang diasaskan oleh keluarga YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Masjid ini mampu menampung seramai 5,000 jemaah pada satu masa dan dilengkapi dengan kemudahan canggih seperti dewan serbaguna, bilik pameran dan bilik persidangan dua tingkat.
Bagan Datuk merupakan sebuah daerah yang terletak di selatan negeri Perak, Malaysia. Daerah ini terkenal dengan kawasan perikanan dan pertanian khususnya kelapa dan kelapa sawit. Ia turut dikenali sebagai kampung halaman kepada tokoh politik negara, YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Sebelum menjadi sebuah daerah rasmi pada tahun 2016, Bagan Datuk merupakan sebahagian daripada daerah Hilir Perak. Sejak diisytiharkan sebagai daerah penuh, pembangunan di kawasan ini semakin pesat terutamanya dalam sektor keagamaan dan pelancongan.
Nama Masjid Tuminah Hamidi diabadikan sempena nama bonda dan ayahanda YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Allahyarham Tuminah binti Abdul Jalil dan Allahyarham Haji Raden Hamidi bin Haji Raden Abdul Fateh. Majlis pecah tanah masjid ini telah dirasmikan pada 12 Jun 2017 bersamaan 17 Ramadan 1438H. Keunikan masjid ini terletak pada pemilihan tempat yang strategik di persisiran muara Sungai Perak menjadikan masjid ini salah satu antara masjid terapung yang ada di Perak dan mercu tanda baharu di daerah Bagan Datuk.
Majlis Perasmian Diraja Masjid Tuminah Hamidi pada 10 Mac 2025 telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Lebih 2,500 hadir termasuk pemimpin negara. Majlis diserikan dengan solat berjemaah dan jamuan rakyat yang menjadikannya kenangan bermakna buat komuniti setempat.
Rekaan hiasan dalamannya bermula pada tahun 2020 oleh Yayasan Restu dengan menerapkan pelbagai struktur dan motif yang diinspirasi daripada pelbagai tumbuhan dan seni warisan Perak Darul Ridzuan. Antaranya seni tekat benang emas, kain batik Indonesia, buah manggis, bunga kelapa dan bunga kenanga. Segala motif tersebut dihias pada segenap ruangan masjid dan disulami dengan warna biru putih sebagai warna utamanya. Kehalusan seni hasil garapan Yayasan Restu tersebut diperkukuhkan lagi dengan keindahan ayat al-Quran dalam bentuk kaligrafi thuluth yang ditulis oleh penulis khat anak tempatan. Fokus utama pemilihan ayat al-Quran menjurus kepada aspek kepimpinan seperti ciri-ciri, ilmu, saranan dan ketokohan pemimpin serta ditambah pula dengan ayat al-Quran berkaitan ibadah dan amar makruf dan nahi mungkar.
Masjid ini turut memilih motif dan struktur daripada masjid-masjid agung yang berada di Makkah dan Madinah sebagai simbolik kepada tempat bersejarah semasa zaman kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Antaranya Masjidil Haram, Masjid al-Nabawi, Masjid Quba' dan Masjid Qiblatain. Sebagaimana peranan masjid pada awal penubuhan kerajaan Islam di Madinah iaitu pusat pentadbiran negara, maka hasrat yang sama juga ingin dibangunkan di Masjid Tuminah Hamidi. Justeru masjid ini bukan hanya sekadar masjid tetapi turut dijadikan sebuah kompleks yang memuatkan pelbagai aktiviti dan program berkala serta tidak berkala untuk manfaat masyarakat.
Jom scan QR masjid untuk mengetahui fakta menarik mengenai Masjid Tuminah Hamidi!
Jom sertai "Snap, Shoot & Share" sempena promosi Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk!
Forum Perdana Islam Influencer Akhirat: Membina Masyarakat Beriman dan Bertaqwa
24 April 2025
PERKONGSIAN RAMADAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI 2025
5 Mac 2025
MAJLIS BERBUKA PUASA TINGKATAN 1 DAN PROGRAM CSR BERSAMA PIHAK MASJID TUMINAH 2025
20 Mac 2025
MAJLIS KHATAM QURAN & BUKA PUASA 2025
27 Mac 2025
MAJLIS BERBUKA PUASA DAERAH BAGAN DATUK 2025
29 Mac 2025
___________________________
______________________
________________
__________
21 DISEMBER 2025 / AHAD :
HIMPUNAN HUFFAZ 2025 & SIMFONI DAKWAH NUSANTARA
BACAAN DOA OLEH: USTAZ AZRI BIN MOHD NASLI (PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM/IMAM DAERAH DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH BAGAN DATUK)
TURUT HADIR: DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR (MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA DAN AHLI DEWAN NEGARA (SENATOR)
DIRASMIKAN OLEH: YAB DATO' SERI DIRAJA DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (TIMBALAM PERDANA MENTERI MALAYSIA)
PELANCARAN: STANDARD PENGIKITRAFAN TAHFIZ MALAYSIA (SPTM)
TURUT BERSAMA: YDH TOH SERI LELA PADUKA DATO' DR KHALID BIN ISMAIL . DPMP. AMP. (OBJ), TUAN NAZRUL FAZAMI BIN MOHAMAD (DO) DATUK, SERI DR. ZULKIFLI HASAN (MENTERI AGAMA), DATO' DR, SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE (KETUA PENGARAH JAKIM) DAN DATUK MOHD AJIB BIN ISMAIL (TIMBALAN KETUA PENGARAH JAKIM)
MAJLIS PERTUKARAN: MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JAKIM DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI, IPT DAN INSTITUT KEMAHIRAN
SIMFONI DAKWAH NUSATARA
________________________________________
_______________________________
______________________
_____________
29 DISEMBER / ISNIN
Masjid Tuminah Hamidi menerima kunjungan dari Team Ekspedisi Ibadah Masjid RV Malaysia untuk datang bermalam dan mengimarahkan Masjid sebanyah 33 buah kenderaan
Bermula dengan Kuliah Maghrib yang di sampaikan oleh Ustaz Azri Bin Mohd Nasli bertajuk : Fiqh Jama' dan Qasar
Diteruskan dengan makan malam dan sembang santai Ahli Jawatan Kuasa Masjid dan Team Ekspedisi Ibadah RV Malaysia selepas
solat isyak.
30 DISEMBER 2025 / SELASA
Ta'alim Subuh bersama Imam Zulfadil bersama jemaah masjid dan team Ekspedisi Ibadah RV Malaysia.
Penyampain cenderahati antara pihak Masjid dan Team RV Malaysia serta perlepasan kenderaan Team RV Malaysia ke destinasi seterusnya.
____________________________________
_______________________________
__________________________
________________
2 JANUARI 2026
Khutbah Jumaat minggu pertama bulan Januari 2026