MASISUPA adalah aktiviti kokurikulum anjuran Jabatan Agama Islam Pahang untuk pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang, bertujuan mencungkil dan melahirkan pelajar cemerlang dari segi mental, emosi, kerohanian, dan intelektual. Kejayaan "Pekan Pelajar" pertama mendorong Majlis Guru Besar untuk menjadikan aktiviti ini sebagai acara tahunan dengan penyertaan lebih luas, lalu dinamakan "Minggu Pelajar". Tahun ini, Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam dan Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong, Raub Pahang dipilih sebagai tuan rumah untuk mencapai objektif MASISUPA. Â