Penganjuran Karnival Sains selama beberapa tahun ini telah menunjukkan respon yang positif dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Setiap tahun, pertandingan dan pameran yang diadakan telah mendapat sokongan padu daripada pihak luar dan masyarakat setempat. Ia merupakan suatu acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh warga matrikulasi dan pihak sekolah. Justeru, berdasarkan kepada sambutan dan kerjasama yang semakin kuat dari agensi-agensi luar, dan permintaan penyertaan yang meningkat dari sekolah-sekolah luar daerah dan negeri, Karnival Sains kini dilihat sebagai satu platform untuk menyebarluas pengetahuan sains dalam skala yang lebih besar menerusi konteks pemahaman dan pengaplikasian sains yang lebih bermakna. Bermula pada tahun 2019, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah diberi peluang oleh BMKPM untuk menganjurkan Karnival Sains Matrikulasi peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai MASCAR 2019 iaitu (Matriculation Science Carnival 2019) .
Manakala bagi tahun 2020 pula, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang sekali lagi diberi kepercayaan oleh BMKPM untuk menganjurkan Karnival Sains Matrikulasi peringkat kebangsaan yang lebih besar penganjurannya dan diberi nama MASCAR 2020 (Matriculation Science Carnival 2020). Walau bagaimanapun, MASCAR 2020 terpaksa ditangguhkan berikutan wabak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Pada tahun 2021, istilah Science telah ditukarkan kepada STEM supaya selari dengan agenda utama yang dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang kini telah memasuki fasa Gelombang ke-3. MASCAR 2021 telah dilaksanakan secara dalam talian memandangkan negara kita masih dalam fasa pandemik covid-19. Bagi tahun 2022, sekali lagi Kolej Matrikulasi Pulau Pinang diangkat menjadi tuan rumah bagi penganjuran MASCAR 2022 (Matriculation STEM Carnival 2022).
Berikut adalah objektif pelaksanaan:
Karnival STEM Matrikulasi ini;
Memberi kesedaran dalam kalangan pelajar, pendidik dan masyarakat mengenai kepentingan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics), bidang Astronomi dan Teknologi Hijau sebagai elemen penting dalam kehidupan masyarakat.
Meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan konsep sains dan teknologi dalam kalangan pelajar, pendidik dan masyarakat.
Mencetuskan minat, budaya rekacipta dan inovasi berunsurkan , Astronomi dan Teknologi Hijau di peringkat prakerjaya.
Meningkatkan daya kreativiti, sikap berbudaya saing, dan cuba jaya dalam kalangan pelajar selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan objektif Program Matrikulasi KPM.
Menyediakan aktiviti Teknologi Hijau dan Astronomi yang merentas kurikulum yang digabungjalinkan bersama bidang STEM.
Menyebar luas hasil penyelidikan dan inovasi berkualiti daripada pelajar sebagai perkongsian ilmu dalam kalangan warga matrikulasi dan masyarakat luar.
“STEM Strengthens Self -Potential, Drives Creativity, Triggers Innovation”
Karnival STEM Matrikulasi ini menggabungjalinkan kemahiran STEM, bidang Astronomi dan Teknologi Hijau menerusi penghasilan inovasi, pertandingan dan bengkel pendedahan teknologi dan perkongsian ilmu di antara institusi pendidikan. Sasaran utama karnival ini ialah melibatkan semua kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara. Pertandingan ini dapat meningkatkan kepekaan pelajar terhadap isu global sebenar, melibatkan pelajar dalam inkuiri dan penerokaan terbuka, malah pelajar juga dapat bergerak serta bekerja secara berpasukan dalam penyelesaian masalah
Penganjuran Karnival STEM Matrikulasi ini dilihat sebagai suatu mangkin dan wadah dalam menyebarluas hasil inovasi berteraskan STEM, Astronomi dan Teknologi Hijau bagi memupuk kelestarian sains dalam kalangan warga matrikulasi dan masyarakat. Sebanyak 4 buah pertandingan peringkat kebangsaan akan dipertandingkan dan melibatkan pelajar-pelajar daripada 17 buah kolej matrikulasi KPM dan kolej mara.
BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
:: KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG ::
✨ MASCAR 2022 ✨
MATRICULATION STEM CARNIVAL
23-25 SEPTEMBER 2022
KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG