MASADEPA

MASADEPA Siri 2 Jurnal Gaya Kontemporari. Jurnal ini memuatkan hasil karya fotografi dan penulisan oleh Abd.Rashid Abdullah

FOTO PILIHAN MUKA DEPAN

Foto waktu petang yang diambil di tepi pantai Batu Feringgi, Pulau Pinang, Malaysia.

SENI FOTOGRAFI

Keindahan bunga dan cahaya petang .

MAKEOVER LAMAN RUMAH DENGAN RUMPUT TIRUAN

Keluaran kali ini saya ingin berkongsi panduan kepada siapa yang ingin membuat makeover laman rumah dengan menanam rumput sentatik atau rumput tiruan atau rumput karpet tiruan.

Tentu anda tertanya kenapa rumput tiruan. Ada beberapa sebab kenapa pilihan ini dibuat. Antaranya adalah anda tidak larat untuk membuang rumput setiap minggu, mengupah orang mesin rumput setiap bulan dan rumput dilaman anda terdapat pelbagai species dan ianya nampak tidak kemas. Jadi yang anda mahu adalah laman yang kemas, cantik dan selamat.


Oleh itu ada beberapa tindakan yang anda boleh buat bagi menjadikan impian anda tercapai.


Pertama sekali ukur keluasan laman yang anda ingin letakkan rumput tiruan. Ukur dalam kaki persegi atau meter persegi. Keluasan ini membolehkan anda membuat anggaran kos yang akan terlibat. Anda boleh menghubungi mana-mana kontraktor yang pakar dalam pembuatan laman rumput tiruan untuk membeli rumput sahaja atau meminta mereka membantu anda membuat kerja penanaman rumput tiruan ini.

Kedua, anda perlu berbincang dengan kontraktor anda bagaimana anda mahu finishing laman anda. Terutama bahagian yang hujung laman. Jika ada longkang bagaimana anda hendak ianya dikemaskan. Jika ada paip air di dalam taman, bagaimana anda hendak air tidak mengalir di atas rumput tiruan anda. Adakah anda mahu meletakkan batu hiasan untuk tujuan anda mudah pijak sebagai laluan. Adakah anda mahu sebahagian tanah yang ada sebagai tempat anda bercucuk tanam. Semua itu anda perlu rancang, lukis dan nilai keberkesanan laman anda. Mana tahu suatu hari anda ingin membuat majlis, adakah anda boleh menjadikan laman anda sebahagiannya sebagai tempat untuk tetamu duduk berbual-bual. Semua itu perlu anda fikir semasa merancang taman anda ini. Anda boleh Google untuk melihat beberapa contoh taman dan cara penyediaan laman rumput tiruan bagi mendapat idea finishing yang kemas dan cantik.

Ketiga, setelah anda pasti apa yang anda rancangkan, panggillah kontraktor anda untuk datang membuat ukuran dan terangkan apa yang anda perlukan. Pastikan anda melihat contoh rumput sentatik yang akan mereka gunakan. Selesai perkiraan, kontraktor akan memberi anggaran kos. Anda cuba pula cari kontraktor lain bagi melihat perbezaan anggaran kos. Ingat kadang-kadang perbezaan ini disebabkan item-item tambahan yang anda berikan kepada kontraktor pertama berbeza dengan kontraktor kedua. Kos tambahan juga bukan hanya kepada kerja meletakkan rumput tiruan tetapi juga kepada hiasan yang akan mencantikkan laman anda.

Keempat, jika anda melantik kontraktor untuk membuat kerja-kerja lapangan maka anda boleh membuat anggaran lebih awal dengan anggaran bahawa kos buruh adalah separuh dari kos rumput tiruan. Maksud saya jika kos rumput tiruan adalah dua ribu maka anda perlu tambah satu ribu untuk kos buruh menjadikan kos anda secara kasar tiga ribu. Kontraktor akan detailkan kos-kos lain seperti pasir, batu kerikil, bata, kerja pasang paip, penutup longkang, batu untuk memijak, batu hiasan, kotak tanaman atau pasu dan lain-lain yang anda mahu sebagai kos tambahan. Selalunya kos gam, pasirhalus, kerja merata dan memadat tanah telah dimasukan dalam perkiraan kos buruh bagi penanaman rumput tiruan.

Kelima, pastikan anda memaklumkan kepada kontraktor untuk mengemaskan semua barang-barang selepas kerja mereka siap seperti lebihan tanah, pasir, batu bata, plastik, rumput dan apa-apa yang anda ingin dibuang dari laman anda.

Keenam, selain bayaran awal, bayaran penuh seeloknya hanya dibuat selepas beberapa hari kerja penanaman rumput tiruan ini siap. Ini bagi memastikan semua finishing berada dalam keadaan baik. Ini bermakna rumput tidak diangkat oleh angin, air tidak bertakung di atas rumput, kaki kita tidak tersadung rumput bila berjalan dan lain-lain kerja yang anda tidak puas hati dan minta mereka perbetulkan dengan segera.

Ketujuh, apabila rumput tiruan ini dihamparkan maka akan ada dua pandangan pada rumput ini yang berbeza. Anda akan dapati warna rumput ini pada pandangan dari hadapan akan berbeza dengan pandangan apabila anda berada dihujung sebelah sana. Jadi anda boleh buat pilihan tone warna bagaimana anda mahu melihatnya nanti.

Kelapan, ketahanan rumput tiruan lebih kurang lima tahun dan jika anda pandai menjaganya mungkin boleh sampai ke sepuluh tahun. Jangan lupa ambil lebihan rumput tiruan jika ada untuk diletak dimana-mana bahagian yang anda suka.

Kesembilan, bagaimana anda boleh berjimat? Ya boleh dengan membuat kerja membuang rumput, meratakan tanah, meletakan pasir halus, padatkan tanah dan membuat leveling sendiri. Lain-lain kerja pun boleh juga dibuat jika anda mampu.


Gambar-gambar di bawah ini adalah sebagai panduan sahaja. Ok itu sahaja dari saya untuk keluaran kali.


Kerja membuang rumput.


Membuang rumput dan meratakan tanah.


Tanah yang telah dibuang rumput. Kecerunan tanah diambil berat agar air dapat mengalir ke longkang apabila hujan.


Bagi mengelakkan tanah masuk ke dalam longkang jika berlaku hujan, batu bata disusun dan disimen bagi menahan tanah dan pasir.


Pasir halus diletakkan dalam ruang yang hendak ditanam rumput tiruan.


Longkang ditutup dengan penutup longkang plastik yang dibeli di kedai DIY dan di atasnya diletakkan jaring plastik hijau.


Longkang yang telah diletakkan penutup dan jaring diletakkan batu kerikil di atasnya.


Batu-bata disusun dan disimenkan sepanjang longkang bagi mengelak tanah dan pasir dibawa oleh air hujan ke dalam longkang.


Longkang telah ditutup dengan batu kerikil. Pasir halus dimasukkan ke laman


Pasir halus dimasukkan ke laman, Jangan sekali-kali guna pasir kasar.


Kerja memadatkan pasir dan tanah. Pada masa ini kerja membuat level tanah supaya kecerunan yang diperlukan hendaklah dititik beratkan.


Rumput tiruan akan sampai dalam satu gulung besar. Kerja memotong memerlukan perkiraan bijak bagi mengelak pembaziran.


Kesilapan ukuran akan membuat pembuangan lebihan yang banyak.


Finishing bagi rumput tiruan sangat penting.


Hampir siap


Pemotongan rumput tiruan disetiap sudut perlu kemas. Sambungan antara karpet perlu diteliti agar tone rumput nampak sama.


Pemasangan rumput telah siap dan tunggu ujian dari hujan dan angin dan lain-lain yang tidak dijangka.


Batu putih sebagai finishing di atas longkang.

@HAKCIPTA TERPELIHARA

MASADEPA : A Journal of Contemporary Style / Jurnal Gaya Kontemporari. Mengumpulkan hasil karya penulisan dan seni fotografi oleh Abd.Rashid Abdullah. Semua foto adalah hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan untuk menerbitkan semula tanpa kebenaran. Penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian bagi mereka yang mengguna atau membuat apa-apa keputusan atau tindakan yang diambil dari laman web ini.