MASADEPA Siri 1 Jurnal Gaya Kontemporari. Jurnal ini memuatkan hasil karya fotografi dan penulisan oleh Abd.Rashid Abdullah
Foto waktu petang yang diambil ditepi pantai di Taman Robina Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia. Berlatar belakangkan Pulau Pinang. Awan hitam yang sedang menurunkan hujan di tengah laut menjadikan suasana petang itu lebih dramatik.
Keindahan pantai di Taman Robina Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang.
Bagi keluaran pertama Jurnal MASADEPA ini saya akan menulis tentang bagaimana pengubahsuaian sebuah rumah kampung bagi menjadikan sebuah kedai makan.
LA Tea Garden merupakan sebuah kedai makan di Kampung Telok yang di kenali sebagai Lembah Makanan Sungai Dua, Butterworth. Bercirikan suasana sebuah rumah kampung yang masih kekal strukturnya, halaman dan di bawah rumah ini menjadi tempat makan yang unik. Pada tahun 2022 ini LA Tea Garden telah pun beroperasi selama 11 tahun. Kawasan kampung ini secara tiba-tiba berubah menjadi kawasan makanan yang popular bemula sekitar tahun 2008. Sehingga kini terdapat banyak kedai makan beroperasi di kawasan kampung ini.
LA Tea Garden asalnya merupakan sebuah rumah kampung yang telah di ubahsuai menjadi kedai makan. Rekabentuk asal rumah ini adalah idea Allahyarham Haji Abdullah bin Hamid iaitu pemilik rumah ini. Beliau adalah seorang tukang rumah dan juga seorang pesawah yang telah membesarkan anak-anaknya hingga berjaya. Ubahsuai LA Tea Garden dibuat pula oleh anaknya yang juga pengurus kedai makan ini. Masa yang lama diambil untuk menjadikan ianya suatu realiti. Sehinggakan ramai tertanya-tanya bila kedai makan ini akan dibuka. Alhamdulillah apabila pengubahsuaian ini siap sepenuhnya LA Tea Garden memulakan operasinya pada bulan Ramadhan 2011. Kejayaan operasi kedai makan ini berkat kerjasama staf dan juga sokongan orang kampung serta dari pelanggan setia LA Tea Garden.
Banyak struktur asal rumah ini telah diubahsuai. Beranda telah dialih keluar dan dijadikan tempat solat. Pelapik tiang rumah telah ditukar dengan pelapik simen yang lebih tinggi. Dinding ruang tambahan asal telah telah dibuang supaya menjadi ruang makan yang lebih luas. Ruang dapur yang asal juga telah telah diruntuhkan dan dibina baru sesuai untuk dijadikan kawasan membancuh air. Sebelah ruang dapur asal terdapat bilik mandi. Ianya juga diruntuh dan menjadi kawasan lapang yang boleh menjadi ruang makan.
Kawasan bertingkat di dalam rumah pada asalnya telah dibuang dan ruang tersebut dijadikan kawasan makan khas untuk tempahan ramai. Kawasan luar sebelah pokok mempelam dibina kolam ikan berbentuk L . Dalaman sekitar 2 kaki. Menggunakan pam dan penapis serta pokok pandan sebagai penapis semulajadi. Lokasi kolam di bawah pokok mempelam menjadikan airnya jernih. Banyak terdapat ikan talapia dan kap dalam kolam ini.
Di hadapan rumah ditanam dengan pokok buluh madu yang dibeli dari ladang UiTM Perlis. Sebanyak 18 pokok diperlukan bagi memenuhi sekitar kawasan pagar kedai ini.
Pengubahsuaian rumah kampung ini adalah suatu langkah yang berani. Ia suatu usaha bagi mencapai cita-cita menjadikannya sebuah kedai makan yang selesa dan menarik. Lokasinya sangat sesuai dengan suasana persekitaran tempat makan yang rancak berkembang di kawasan tersebut.
Tiang rumah diubah suai supaya lebih tinggi.
Pokok rambutan berbuah lebat masih dikekalkan semasa pembukaan kedai.
Kawasan dapur rumah diubahsuai menjadi tempat membancuh air dan stor.
Hadapan rumah yang diturap dengan konkrit dan dapur terbuka dibina bersebelahan. Kawasan dapur merupakan kawasan beranda pada asalnya.
Ruang depan rumah di simen rata
Kolam ikan menjadi pemisah dua level dataran tempat makan
Pintu Gerbang kecil di sebelah tepi dan disambut oleh rimbunan pokok mempelam sala. Pintu gerbang ini di sebelah kanan kedai dan menjadi pintu utama pelanggan.
Beranda dipindahkan dan diubahsuai menjadi tempat solat bersebelahan dengan dapur terbuka. Tempat wuduk juga disediakan di luar tandas.
Pintu gerbang mengadap arah jalanraya
Bawah pokok mempelam di buat kolam ikan.
Terdapat kawasan yang levelnya tinggi dari tapak asal.
Pengurusan LA Tea Garden mengadakan kenduri sebelum pembukaan kedai makan pada 5 Jun 2011. Ianya juga sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba.
Didoakan semoga LA Tea Garden dapat beroperasi dengan baik dan lancar.
@HAKCIPTA TERPELIHARA
MASADEPA : A Journal of Contemporary Style / Jurnal Gaya Kontemporari. Mengumpulkan hasil karya penulisan dan seni fotografi oleh Abd.Rashid Abdullah. Semua foto adalah hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan untuk menerbitkan semula tanpa kebenaran. Penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian bagi mereka yang mengguna atau membuat apa-apa keputusan atau tindakan yang diambil dari laman web ini.