Selepas menjalankan aktiviti ini, murid akan dapat:
Menyatakan bahawa 1 minggu terdiri daripada 7 hari
Menyatakan bahawa 1 tahun terdiri daripada 12 bulan
Menyatakan bahawa 1 minit bersamaan dengan 60 saat
Membanding dan menyusun unit masa berdasarkan urutan
Menyertai eksplorasi interaktif yang melibatkan visual, audio, dan tugasan ringkas secara digital
Pilih watak/token kamu (klik ikon token di Genially)
Lempar dadu digital (gunakan dadu Genially) – Gerakkan token ikut bilangan
Klik pada petak yang kamu sampai
Setiap petak mempunyai aktiviti eksplorasi visual/audio
Lakukan aktiviti dalam petak tersebut:
Tonton video, jawab soalan, lihat gambar dan dengar audio
Jika kamu kena ular – turun ke petak bawah
Jika kamu naik tangga – lompat ke petak atas
Teruskan giliran sehingga sampai ke petak ke-20
Permainan ini perlulah dimainkan bersama rakan-rakan sekurang-kurang 2-4 orang. Selamat bermain !