Nama : Muhammad Arfan bin Mohd Zakir
Tarikh Lahir : 15 Ogos 2007
Tempat Lahir : Hospital Pusrawi, WP Kuala Lumpur
Pendidikan : -SK Taman Tun Teja, Rawang
-SAM Rawang, Rawang
-IPG Kampus Pulau Pinang
Bidang Pengkhususan : Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
Alhamdulillah cikgu dibesarkan oleh dua insan yang sangat istimewa yang bergelar ibu dan bapa kepada cikgu. Ayah cikgu merupakan pekerja di sektor swasta manakala ibu cikgu merupakan seorang guru. Ayah cikgu berasal dari Pulau Pinang manakala ibu cikgu dilahirkan dan dibesarkan di Selangor. Ayah cikgu banyak mengajar cikgu tentang disiplin dan adab kerana ayah cikgu seorang yang sangat bertanggunjwab. Ibu cikgu pula banyak mengajar tententang erti kasih sayang. Tanpa bimbingan ibu bapa cikgu, mungin cikgu tidak dapat sampai ke tahap ini.
Cikgu membesar bersama dua orang abang yang hebat. Cikgu merupakan anak ketiga dari tiga orang adik beradik dan anak bongsu dalam keluarga. Abang sulung cikgu berumur dalam lingkungan 20-an yang kini sudah berkerja manakala yang kedua masih melanjutkan pelajaran di IPTA. Kedua-dua abang cikgu merupakan insan yang banyak membantu cikgu dalam memahami realiti kehidupan sebenar. Waktu kecil dahulu, abang cikgu adalah kawan cikgu juga, cikgu sering bermain bola dan berbasikal bersama abang cikgu. Abang-Abang cikgu juga merupakan guru kepada cikgu kerana kalau cikgu tidak faham sesuatu matapelajaran, abang-abang cikgulah penyelamatnya. Cikgu rasa bersyukur kerana diberi dua insan yang bergelar abang dalam hidup cikgu.