Syarikat ini telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2016 sebagai syarikat persendirian hak milik tunggal. Pada 27 Januari 2017, kami telah menukar nama kepada Sabrina Bakery Sdn. Bhd.
Pada bulan 25 September tahun 2019, sekali lagi atas faktor “future proofing” kami telah menukar nama kepada Mamasab International Sdn. Bhd. dengan matlamat untuk mengembangkan sayap ke persada dunia. Permulaan operasi syarikat ini hanya memfokuskan kepada produk-produk yang berasaskan kek dan biskut. Cawangan pertama Mamasab dibuka di Taman Sri Manja, Petaling Jaya dan diikuti dengan cawangan-cawangan yang lain termasuk di luar Selangor seperti di Kuantan, Pahang dan Johor Bahru .
Perkembangan syarikat Mamasab International Sdn. Bhd. boleh dikatakan “exponential”. Dalam masa 2 tahun sahaja, kami telah membuka 2 kilang dan 5 cawangan. Permintaan produk kami sangatlah tinggi sehinggakan rekod penjualan mencecah ribuan biji kek dalam satu hari. Kapasiti syarikat kami sekarang ini masih lagi belum mampu untuk menampung permintaan dari pelanggan-pelanggan kami di serata Malaysia.
Oleh itu, Puan Sabrina CEO kepada syarikat ini telah mengambil keputusan untuk membuka lebih banyak cawangan di serata Malaysia selain menambahkan aliran produk baru bagi
membantu pengedar untuk menjalankan perniagaan. Dalam waktu sama, perkembangan syarikat yang drastik ini juga diharapkan dapat menjaga kebajikan pekerja-pekerja yang bertungkus-lumus dalam memajukan industri yang kami usahakan ini. Atas faktor tersebut jugalah kami telah mengubah nama syarikat kami dari Sabrina Bakery Sdn. Bhd. Kepada
Mamasab International Sdn. Bhd. iaitu sebagai sasaran untuk meletakkan syarikat ke suatu tahap yang lebih tinggi & mapan.
Sasaran kami pada tahun 2025 Mamasab International akan tersenarai dalam pasaran Bursa Saham Malaysia (FBMKLCI) dan akan mempunyai 100 cawangan seluruh Malaysia.
Mamasab kini memiliki lebih 7000 orang ejen di seluruh Malaysia, dan telahpun membuka cawangan ke-13 baru-baru ini. Jenama Mamasab juga telah meraih beberapa anugerah, seperti “Best growing F&B business award” daripada Nona pada tahun 2019.
Mamasab International Sdn Bhd keparakan kami adalah untuk menyebarkan kasih sayang melalui produk dan servis kami, yang berkualiti, terjamin dan menjadi keperluan kepada masyarakat.
Dalam waktu yang sama, kami juga membantu mereka-mereka yang berminat untuk menjalankan bisnes untuk pelajari langkah demi langkah yang terbukti bekesan dan mampu memberi impak dalam kehidupan mereka dalam semua aspek melalui platfrom Mamasab.
Kami merupakan pembekal kek, manisan (dessert) dan beberapa bahan makanan yang mengamalkan prinsip berkongsi rezeki (profit sharing) dengan ejen-ejen dan stokis kami. Team Mamasab juga amat mementingkan kualiti, kesedapan, kesegaran dan kebersihan produk kami untuk memastikan pelanggan kami sentiasa berpuas hati dengan setiap produk yang mereka beli.
Mamasab Bakery telah membantu ratusan ahli jemaah (agent/stokis) kami untuk menjana duit secara part-time dan full-time. Kami memiliki sistem latihan dan modul bisnes yang terbukti berkesan membantu ramai suri rumah dan pelajar-pelajar memiliki keuntungan 5-6 angka sebulan.