Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.


MC (Mama Chekgu) adalah guru bersara Atas Sebab Kesihatan (ASK) a.k.a Medical Boarded yang bersara pada usia 37 tahun pada 26 November 2021.


Sebelum ni, MC banyak berkongsi di FB page Projek by Mama Chekgu tutorial design menggunakan PowerPoint khas untuk guru. Banyak juga bahan percuma MC share dulu di situ. 


Bermula tahun lepas (2023), MC explore sendiri Canva & MC mula membuat tutorial Canva & MC muatnaik di TikTok MC (baru berjinak dengan TT). Anda boleh ke TT MC untuk melihat tutorial-tutorial tersebut. Tutorial MC terhenti sejak MC jaga kakak MC yang terlantar di hospital tahun lepas. Jadi, tak berapa banyakla tutorial yang sempat MC buat, tapi insyaAllah, bermanfaat untuk anda.


Selain perkongsian bahan & tutorial, MC turut juga menjual softcopy yang MC hasilkan sendiri serta bundle quotes atau doodle yang MC tempah dari pelukis dan pereka grafik lain. Untuk mendapatkan softcopy, anda boleh WHATSAPP MC. 


Note : 

Kakak MC mengalami Ruptured Left Terminal Internal Carotid Artery (ICA) Aneurysm with Hydrocephalus pada 8 Ogos 2024 & terlantar sehingga kini. Kakak MC tidak dapat bergerak & bercakap. Dia hanya buka mata sahaja. Feeding susu melalui Rhyls Tube & kakak MC pakai Trachy. Selepas discharged, kakak MC dibawa pulang ke rumah parent MC. MC pon dah pindah ke rumah parent untuk bantu adik MC urus kakak MC. Mujur MC dah medical boarded. Updated : Kakak MC dah meninggal dunia pada hari Jumaat, 12 September 2025. 😭


Terima kasih kerana sudi menyokong MC.