Assalamualaikum.. w.b.t/ Salam sejahtera.

MOS ialah :-

“MALAYSIAN OFFSHORE SEAFARERS”

- Idea asal ialah daripada DPO Azizul a.k.a (Pakteh Castelo)

Pada 06 April 2019 terhasilnya Logo dan namanya MOS. Direka khas untuk cetakan baju & sticker lekat pada kenderaan untuk jualan kepada pelaut2 dan pengemar barang tersebut. Mendapat sokongan dari rakan2 dari satu syarikat berkerja dan juga tempahan dari posting di laman sesawang FB, allhamdullilah walaupun tiada keuntungan ianya tetap di teruskan dengan modal dari poket sendiri yang di tambah dengan niat dapat melihat rakan2 seperjuangaan di dunia offshore menguna dan menyarung hasil rekaannya untuk dilihat dan dikenali oleh orang luar.

👆Ini Serba sedikit tentang logo dan nama MOS.

- Okey berbalik pada Group whatapps ini pula:-

ianya datangnya dari ilham Capt. M.K Nizam untuk mewujudkan satu keluarga Pelaut offshore malaysia dan bukan khas kepada Deck Officer atau Engineer sahaja, tetapi kepada semua pelaut yang berlayar di atas kapal offshore malaysia untuk satu matlamat yang sama. Dia juga salah seorang penyokong product yang dikeluarkan oleh PakTeh, melihat pada Nama dan Logo MOS, Capt .M.K.Nizam memberi cadangan untuk mengunakan nama dan Logo MOS untuk di jadikan satu pertubuhan kepada pelaut2 Offshore. Dan terhasillah Group Whatapps ini di bawah nama Malaysia Offshore Seafarer, dari awalanya di masukkan rakan2 yg dikenali dan dilanjutkan hebahan group link kepada semua. Asas penubuhan MOS ketika itu adalah untuk mendapatkan shore leave bagi pelaut offshore di mana pelaut offshore di nafikan hak untuk shore leave dan servis bot water taxi di hadkan sehingga jam 0600 ptg sahaja. Ketika itu Labuan berada pada fasa pemulihan di mana semua sektor ekonomi telah di buka dan kedai -kedai di buka sehingga jam 1000 malam. Di sini kami berjaya mengumpulkan petisyen - petisyen dari semua kapal offshore di Labuan. Beginilah serba sedikit asas permulaannya penubuhan MOS dimana medium Group Whatapss menjadi platform untuk berhubung antara pelaut offshore.

Dengan kesudian kita ingin berkeluarga marilah kita sesama menjaga matlamat murni MOS kepada semua. Usahlah di bangkitkan isu2 yg boleh menyingung sesama kita. Oleh di sebabkan group whatapps mempunyai bilangan ahli yang terhad MOS Admin telah mewujudkan Group Telegram agar senang kita untuk berbahagi info sesama kita.

- Alhamdulilah MOS baru sahaja di daftarkan sebagai sebuah pertubuhan rasmi di bawah Akta Pertubuhan 1966,Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 (ROS) dan nombor pendaftarannya ialah PPM-010-15-24082021 pada tanggal 24th August 2021, Di malaysia juga mempunyai banyak organisasi yang telah lama didaftarkan untuk uruskan pelaut2 seluruh malaysia seperti IKMAL (Ikhtisas Kelautan Malaysia), NUSM (NATIONAL UNION OF SEAFARERS OF PENINSULAR MALAYSIA) , MALAYSIAN MARINE ENGINEERS ASSOCIATION (PJMM) ,SEAFARERS ASSOCIATION OF SABAH (SEAS) dan beberapa lagi pertubuhan yang lain.

-Perancangan MOS masih jauh dihadapan dan banyak kekurangan yang perlu di perbaiki.

-Dengan harapan mendapat sokongan penuh dari pelaut2 offshore yang masih aktif berlayar di offshore,


Terima Kasih


LATEST NEWS