Malaysia MADANI merupakan dasar pentadbiran yang komprehensif dan bersepadu, berlandaskan prinsip kemanusiaan. Konsep ini menekankan nilai saling menghormati, meraikan kepelbagaian budaya, dan mendorong wacana peradaban. Bahkan konsep MADANI telah menjadi asas pembentukan masyarakat berilmu, bertamadun dan progresif melalui pemerkasaan ilmu, warisan tradisi serta kearifan tempatan.
Video 1: Malaysia Madani
Malaysia MADANI diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-10 Malaysia iaitu YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Gagasan ini diumumkan secara rasmi pada 19 Januari 2023 semasa ucapan beliau di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dalam Majlis Peluncuran Gagasan Malaysia MADANI.