Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKUKM) telah diasaskan oleh al-Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub dan telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Oktober 2021. PKUKM merupakn satu platform yang membantu golongan fakir miskin untuk kehidupan yang lebih baik. Antara program yang telah dijalankan oleh PKUKM ialah Skim Bantuan Kewangan Bulanan, Skim Perumahan Asnaf, Inisiatif Penapisan Air Komuniti dan Program Khidmat Masyarakat.
Majlis Malam Amal PKU diadakan sebagai platform untuk menghimpunkan para dermawan dan penyumbang yang sudi bersama-sama menyokong agenda kebajikan di samping mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat. Penganjuran majlis ini bertujuan mengumpul dana bagi menampung pelaksanaan bantuan kebajikan yang berterusan khususnya Bantuan Kewangan Bulanan kepada 700 keluarga asnaf di bawah Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKUKM). Selain itu, majlis ini turut disusun dengan pengisian rohani melalui perkongsian ringkas serta tazkirah oleh al-Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar bin Ayub, sekali gus memberi ruang kepada para hadirin untuk beramah mesra dan merasai suasana kebersamaan yang mendidik jiwa.Â