SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2025/2026
UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
PENGENALAN
Majlis Perwakilan Pelajar adalah tampuk kepimpinan tertinggi bagi mahasiswa dalam setiap universiti. Kaedah penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar adalah termaktub di dalam Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 174 di dalam Jadual Ketiga.
Bermula pada sesi kali ini, Majlis Perwakilan Pelajar adalah seramai 14 orang. Setiap fakulti telah menghantar sebanyak 2 orang sebagai wakil. Kami berharap dapat bekerjasama denga semua kelab / persatuan yang ada di UITM Cawangan Pulau Pinang.
VISI
Menjadi peneraju pembangunan mahasiswa yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kebajikan melalui dasar dan program yang mampan.
MISI
1. Mendukung kepimpinan berintegriti yang berani mengambil peluang untuk kemajuan mahasiswa .
2.Melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, berdisiplin dan beretika melalui program kepimpinan dan sukarelawan.
3.Membantu pelajar meningkatkan kemahiran insaniah dan kebolehpasaran.
OBJEKTIF
1.Memacu keterlibatan mahasiswa melalui kepimpinan yang progresif, bertanggungjawab, dan berteraskan solusi.
2.Merancang serta melaksanakan program dan dasar berimpak tinggi untuk membangunkan mahasiswa yang berkemahiran, seimbang, dan holistik.
3.Memastikan kebajikan mahasiswa diberi keutamaan melalui penambahbaikan aspek akademik, kesejahteraan mental, kewangan, keselamatan dan fasiliti.
4.Memperkukuh jaringan kerjasama antara kelab dan persatuan sebagai manifestasi kepimpinan yang inklusif dan bersifat kebersamaan.