Guru akan bertugas di DROP ZONE pada jam 7.15 pagi – 7.45 pagi
Ibu bapa perlu memastikan anak—anak berada di dalam keadaan yang sihat dan tidak bergejala seperti batuk, demam dan selsema
Ibu bapa perlu menghantar anak di depan pagar utama
Guru yang bertugas akan membawa anak—anak ke kantin untuk bersarapan
Selesai sarapan anak—anak di bawa masuk ke dalam kelas masing—masing
Ibu bapa yang menghantar anak selepas jam 8.00 pagi, kehadiran mereka akan direkod dalam Buku Log
Guru yang bertugas akan berada di pintu pagar utama untuk “calling”
Ibubapa/penjaga diminta untuk mempamerkan Kad Nama anak beserta nama kelas yang bersaiz A4 siap berlaminate
Ibu bapa hendaklah mengambil anak bermula jam 12.00 hingga 12.30 tengah hari.
Sekiranya ibu bapa / penjaga ingin mengambil anak awal, sila isikan nama tunjuk sebab di dalam buku log yang disediakan
Bagi anak—anak transit, Ibu bapa hendaklah mengambil anak bermula pada jam 4.30 petang - 5.30 petang, sekiranya melebihi jam 6.00 petang bayaran akan dikenakan sebanyak RM 10 serta ibubapa hendaklah mengisi nama anak di dalam buku log yang disediakan.
Kerjasama dari ibubapa dalam menepati masa amat diharapkan.
Sarapan pagi 7.20 - 7.45 pagi
Minum pagi 10.00 pagi
Makan tengah hari 12.30 Tengahari
Minum petang 4.00 petang
Bayaran yuran bulanan Mac 2022 hingga Februari 2023 perlu dijelaskan pada 25hb –7hb setiap bulan
Ibubapa boleh membuat bayaran yuran bulanan secara tunai kepada guru kelas masing –masing
Ibubapa yang tidak menjelaskan bayaran yuran selama tiga bulan pihak pengurusan akan mengeluarkan notis berhenti sekolah kepada anak tuan/ puan.
Ibubapa hendaklah menjelaskan segala bayaran sebelum berpindah/ berhenti.
Ibubapa perlu mengemukakan surat berhenti / berpindah sekiranya ingin menamatkan persekolahan anak.
Murid yang mempunyai yuran tertunggak perlu menjelaskan bayaran yuran sekiranya ingin mendapatkan Sijil Tamat Persekolahan.
ISNIN Baju Uniform
SELASA Baju Sukan
RABU Baju Uniform
KHAMIS Baju Sukan
JUMAAT Pakaian Kebangsaan L : Baju Melayu P : Baju Kurung
1) Ibubapa hendaklah menyediakan kelengkapan untuk anak-anak di antaranya: Tilam Bantal dan selimut Tuala Baju Sukan MAIWP / baju t-shirt putih dan seluar sukan (hitam/biru gelap) Sanitizer
2) Murid-murid hendaklah bertanggungjawab serta menjaga peralatan persendirian.
3) Setiap peralatan murid hendaklah ditulis nama.
4) Pihak tadika tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan barangan murid.
5) Alat permainan tidak dibenarkan dibawa ke tadika.
6) Barang perhiasan seperti rantai,gelang,cincin dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa ke tadika.
"Loving and caring environment for future generation"