Maiwp Kids TTDI telah ditubuhkan pada tahun 2022. Bilangan guru yang bertugas seramai 7 orang serta bilangan pelajar sebanyak 89 orang. Waktu persekolah Maiwp Kids TTDI bermula daripada 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan mempunyai Transit bermula daripada pukul 12.00 tengahari sehingga 5.30 petang. Sebanyak 8 matapelajaran yang di ajar di Maiwp Kids TTDI dan ditambah Kaedah ABAHATA, Memanah dan Taekwando pada sebelah petang.
Melahirkan kanak-kanak yang berilmu, berakhlak mulia, berdisiplin dan mengamalkan ajaran Islam berlandaskan Al - Quran dan As - Sunnah.
Melahirkan murid-murid yang memiliki keperibadian yang unggul melalui penerapan nilai-nilai murni yang sejagat.
Selain itu juga, di Maiwp Kids TTDI , kami menyediakan kanak-kanak dengan hidangan yang berkhasiat dan bergizi. Apa yang diberi kepada kanak-kanak adalah makanan yang mengikut menu dan nutrisi yang bersesuaian dengan tumbesaran mereka. Pihak kami juga telah melantik kontraktor pembekal makanan yang berpengalaman bagi menyediakan makanan untuk kanak-kanak Maiwp Kids TTDI ini. Makanan yang disediakan juga adalah bersih dan selamat. Makanan yang kami bekalkan juga mengikut spesifikasi dan standard yang telah ditetapkan, bersesuaian dengan kanak-kanak. Makanan yang di beri kepada kanak-kanak adalah mengikut jadual dan minggu. Kanak-kanak dilatih untuk makan mengikut waktu dan dilatih untuk berdikari menyuap dan makan sendiri makanan. Ibubapa tidak perlu risau kerana ini merupakan proses pembelajaran yang berlaku di pusat kami. Pihak kami akan sentiasa menyelia dan mengawasi kanak-kanak semasa mereka makan.
A L A H A N / P A N T A N G L A R A N G
Sekiranya kanak-kanak mempunyai alahan terhadap sesetengah makanan, contohnya telur / daging / makanan laut dan sebagainya, sila maklumkan kepada pihak kami. Sekiranya pihak ibubapa merasa makanan yang disediakan kurang sesuai kerana masalah alahan kanak-kanak, ibubapa digalakkan untuk membawa sendiri belakan makanan bermasak kepada kanak-kanak. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya makanan yang kami berikan mendatangkan kesan sampingan kepada kanak-kanak akibat ibubapa yang terlepas pandang akan alahan anak mereka. Bagi kanak-kanak yang tidak memakan daging contohnya, seperti kaum india, sila maklumkan kepada pihak kami dan pihak kami akan menyediakan menu alternatif dan bersesuaian bagi kanak-kanak yang terlibat.
B E K A L A N
Pihak kami tidak menolak untuk memberi kebenaran ibubapa membawa belakan makanan kepada kanak-kanak, akan tetapi pihak kami ingin mengingatkan pihak ibubapa/penjaga hanya dibenarkan membawa makanan yang di masak di rumah sahaja. Ibubapa tidak dibenarkan membawa makanan yang dibeli di luar untuk dibekalkan kepada kanak-kanak, contohnya; nasi lemak atau kuih-muih yang dibeli di gerai-gerai sebelum tiba di pusat kami. Ini adalah untuk memastikan kebersihan dan keselamatan makanan yang dimakan oleh kanak-kanak. Disamping itu juga ia adalah untuk mengelakkan sebarang masalah keracunan makanan
Membina Generasi Rabbani Duniawi & Ukhrawi
Persiaran Abang Haji Openg Taman Tun Dr. Ismail 60000 Kuala Lumpur