PROFIL FIRMA
Peguam Syarie / Berpengalaman Hampir 15 Tahun Dalam Pengurusan Guaman Syarie
Peguam Syarie berpengalaman hampir 15 tahun dalam bidang pengurusan dan perundangan Syariah. Firma kami telah mengendalikan pelbagai kes di Mahkamah Syariah meliputi perceraian, tuntutan nafkah, hak penjagaan anak, harta sepencarian, serta tuntutan faraid dan pusaka dan lain-lain kes yang berbidang kuasa di Mahkamah Syariah.
Dengan pengalaman luas serta pendekatan yang berasaskan etika, ketelusan dan profesionalisme, Firma kami komited dalam memastikan setiap kes dikendalikan dengan penuh amanah dan kebijaksanaan. Pendekatan Firma kami menumpukan kepada penyelesaian berhemah dan keadilan menurut hukum Syariah, selaras dengan kepentingan serta kebajikan semua pihak yang terlibat.
CARTA ORGANISASI FIRMA
MOTO FIRMA
KES-KES DI MAHKAMAH
Kes cerai ialah apabila suami atau isteri memohon pembubaran perkahwinan di Mahkamah Syariah.
Ada beberapa jenis perceraian:
Talak: Lafaz cerai oleh suami.
Fasakh: Isteri mohon cerai kerana suami gagal beri nafkah, hilang, zalim, atau tidak bertanggungjawab.
Taklik: Cerai berlaku apabila suami melanggar janji dalam lafaz taklik (contoh: “Jika aku tinggalkan engkau tanpa nafkah selama 3 bulan, maka jatuhlah talak”).
Khuluk (Tebus Talak): Isteri menebus talak dengan bayaran kepada suami.
Melibatkan tuntutan nafkah oleh:
Isteri (semasa dalam perkahwinan atau selepas cerai)
Anak-anak (nafkah anak selepas perceraian)
Mahkamah tentukan siapa yang lebih layak menjaga anak selepas perceraian.
Prinsip utama: Kebajikan dan kepentingan anak adalah keutamaan.
Tuntutan harta yang diperoleh semasa perkahwinan.
Mahkamah akan menilai sumbangan langsung (duit, tenaga kerja) dan tidak langsung (mengurus rumah tangga).
Melibatkan pembahagian harta selepas kematian seseorang Islam.
Mahkamah keluarkan Sijil Faraid untuk menentukan bahagian waris yang berhak.
Untuk mengesahkan perkahwinan yang dijalankan tanpa kebenaran Pejabat Agama (contohnya di Thailand).
Mahkamah sahkan jika cukup rukun & syarat nikah
Hibah bermaksud pemberian harta daripada seseorang kepada orang lain semasa hidup tanpa balasan.
Tujuan: untuk elak pertikaian harta selepas kematian.
Mahkamah Syariah akan sahkan hibah tersebut
Wasiat ialah pemberian harta oleh seseorang yang berkuat kuasa selepas kematiannya.
Menurut hukum Islam:
Hanya boleh diwasiatkan sehingga 1/3 daripada harta.
Tidak boleh berwasiat kepada waris yang sah faraid tanpa persetujuan waris lain.