Bahagian Teknologi Pembuatan Pemesinan merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran di Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang yang menawarkan program latihan kemahiran yang berlandaskan Standard Kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
SFPP03 - SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN)
Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan), pelajar akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat atau alat ganti dengan menggunakan mesin seperti mesin kisar, canai dan larik. Selain itu, pelajar juga akan diajar untuk membaca dan memahami lukisan kejuruteraan serta penggunaan mesin perkakas yang sesuai untuk sesuatu benda kerja. Para pelajar akan memperolehi kemahiran teori dan amali di dalam asas kerja-kerja logam, menyelenggara dan memesin benda kerja. Pelajar juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alatganti dengan menggunakan mesin seperti mesin kisar, canai dan larik. Selain itu mereka juga akan mempelajari kaedah membuat, membaca dan memahami pelan (blueprint) serta berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan bengkel.
Semester Pembelajaran :-
Semester 1 & Semester 2 - Noss Tahap 2 (C259-006-2:2020 Operasi Pemesinan)
Semester 3 & Semester 4 - Noss Tahap 3 (C259-006-3:2020 Operasi Pemesinan CNC)
C259-006-2:2020 OPERASI PEMESINAN (TAHAP 2)
SKM Tahap 2 - Pembelajaran teori (30%) dan amali (70%) bagi persijilan kemahiran malaysia (SKM) di dalam bidang Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan) berdasarkan standard kemahiran yang ditetapkan dalam NOSS C259-006-2:2020. Mod pembelajaran sepenuh masa di pusat bertauliah (ILP pasir gudang) dalam semester 1 dan 2.
C259-006-3:2020 - OPERASI PEMESINAN CNC (TAHAP 3)
SKM TAHAP 3 - Fokus pembelajaran teori (30%) dan amali (70%) bagi persijilan kemahiran malaysia (SKM) di dalam bidang Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan) berdasarkan standard kemahiran yang ditetapkan dalam NOSS C259-006-3:2020. Mod pembelajaran sepenuh masa di pusat bertauliah (ILP Pasir Gudang) dalam semester 3 dan 4.
"Experience the Art of Machining, Unleash Your Spirit"