Karbohidrat
Protein
Lemak
Serat/Fiber
Vitamin
Mineral
Air
Nutrisi ini dikategorikan kepada 2 kumpulan, MAKRONUTRISI dan MIKRONUTRISI
Nutrisi yang memiliki kalori atau tenaga yang diperlukan oleh badan dalam jumlah yang banyak. 3 jenis sumber makronutrient yang utama ialah KARBOHIDRAT, PROTEIN dan LEMAK
Mikronutrisi sangat penting dan amat diperlukan oleh badan tapi dalam jumlah yang sedikit berbanding makronutrisi. Mikronutrisi terbahagi kepada 4 jenis.
Vitamin Larut Air (water-soluble vitamins) - Vitamin B dan C
Vitamin Larut Lemak (fat-soluble vitamins) - Vitamin A, D, E & K
Mikromineral - Seperti kalsium, magnesium, potassium, sodium, chloride dan sulfur.
Mineral Surih (trace minerals) - Seperti zat besi, zink, copper, iodine, kromium, manganese dan cobalt.
Karbohidrat merupakan sumber yang sangat mudah dan disukai oleh tubuh badan sebagai TENAGA. Kalori untuk 1 gram adalah 4kcal. Pengambilan karbohidrat akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin dalam darah. Jika paras gula dalam darah masih tinggi selepas 3 ke 4 jam (rintangan insulin), badan akan mengeluarkan gula ini melalui air kencing untuk mengelakkan darah menjadi toxin dan melukai permukaan saluran darah. Karbohidrat dipecahkan kepada 5 kumpulan utama:
Monosaccharides
Disaccharides
Oligosaccharides
Polysaccharides
Nucleotides
a) Monosaccharides
Merujuk kepada 1 molekul gula ringkas yang terdiri dari 3 jenis utama,
Glukosa
~Setiap sel-sel dalam badan memerlukan glukosa sebagai tenaga mudah dan utama. Hormon Insulin yang dihasilkan oleh Pankreas akan membawa glukosa masuk kedalam sel untuk digunakan. Lebihan glukosa akan diproses menjadi glikogen (tenaga simpanan) untuk disimpan didalam sel2 otot dan hati yang akan digunakan ketika gula dalam darah rendah. Seterusnya jika glukosa masih tinggi, hati akan menukarkan kepada bentuk lemak untuk simpanan jangka panjang. Glukosa tidak manis dan sedikit tawar. Contoh glukosa adalah nasi, gandum, ubi kentang, jagung.
Galaktosa
~Gula jenis ini terdapat dalam susu yang bergabung dengan glukosa membentuk Laktosa. Galaktosa agak sukar untuk diproses oleh perut dan sering menyebabkan kembung atau cirit birit kepada individu tertentu (lactose intolerance). Galaktosa akan diproses di hati untuk ditukarkan kepada glukosa untuk digunakan sebagai tenaga. Galaktosa juga dijumpai dalam kuantiti yang sedikit pada bijirin dan cendawan.
Fruktosa
~Juga dikenali sebagai gula buah @ semulajadi ini mempunyai rasa yang lebih manis. Ianya tidak meningkatkan gula darah secara drastik berbanding glukosa namun fruktosa hanya boleh diproses oleh organ hati untuk di tukarkan kepada glukosa, glikogen, lemak dan juga urik asid jika terlalu banyak masuk dalam darah.
b) Disaccharides
Merujuk kepada gabungan 2 molekul gula yang membina :
Sucrosa
~Gula pasir/gula putih/gula tebu adalah gabungan glukosa dan fruktosa dengan ratio 1 : 1
Laktosa
~Kombinasi ratio 1:1 antara galaktosa dan glukosa dalam susu dan dairy produk.
Maltosa
~2 molekul glukosa bergabung membentuk gula malt, ianya juga digunakan untuk proses menghasilkan alkohol (ethanol). Contoh barli
c) Oligosaccharides
Karbohidrat yang memiliki lebih dari 2 molekul gula ringkas. Biasanya ia terbina dari 3 hingga 10 molekul gula. Gabungan galaktosa, glukosa dan fruktosa ini terdapat pada bijirin dan kekacang. Usus sukar untuk menukarkan kepada gula ringkas dan ianya akan dicernakan oleh bakteria dengan penghasilan gas.
d) Polysaccharides
Juga dikenali sebagai karbohidrat komplek adalah gabungan lebih dari 10 hingga 3000 unit glukosa. Seperti kanji (starch), glikogen dan selulusa. Bentuk polysaccharides yang tak terurai dikategorikan sebagai "diet serat" jenis insoluble fibers dan soluble. Contoh nasi, kentang, pasta, kekacang dan roti.
e) Nucleotides
Ribosa
~Terdapat dalam RNA
Deoksiribosa
~Terdapat dalam DNA
Nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk membina dinding sel dan tissue, memperbaiki sel2, menghasilkan enzime melalui asid amino yang dicernakan dari protein. Sumber utama protein adalah daging, ayam, ikan, susu dan produk tenusu. Sumber dari tumbuhan pula kebanyakkannya terdapat dalam kacang, cendawan, seed, bijirin, gandum, jagung. Kajian menunjukkan kualiti dari sumber haiwan lebih baik namun harus pada jumlah yang sedikit berbanding dari sumber tumbuhan yang dikatakan lebih selamat. Kalori bagi 1 gram protein menyamai kalori karbohidrat iaitu sebanyak 4kcal. Walaupun protein dikatakan boleh digunakan sebagai sumber tenaga, namun badan akan memilih "lemak" sebagai pilihan kedua selepas glukosa. Jika pengambilan protein berlebihan, penghasilan "purine" akan meningkat (end-product) dan meningkatkan paras urik asid dalam darah seterusnya risiko penyakit "gout" dan masalah tekanan darah tinggi. Protein juga tidak menaikkan paras gula dan insulin dalam darah sama seperti lemak/minyak. Protein tidak akan disimpan dan akan ditukarkan menjadi lemak oleh hati jika berlebihan. Seperti glukosa, jika paras asid amino masih tinggi dalam darah selepas 3 ke 4 jam, tubuh akan menyahkan melalui air kecil untuk mengelakkan toxin berlaku dalam badan.
Fungsi lemak dan minyak pada tubuh badan seperti membina membran sel, menyerap vitamin dan mineral jenis lemak, penghasilan hormon dan juga sebagai sumber tenaga ketika glukosa tiada (ketosis) ataupun ketika ketoasidosis (diabetes kronik). Lemak memiliki nilai kalori tertinggi iaitu 1 gram sebanyak 9 kcal. Pengambilan sumber lemak atau minyak dari haiwan dan tumbuhan tidak akan meningkatkan paras gula dan insulin dalam darah, namun ianya bukan alasan untuk mengambil pada kadar yang banyak. Lemak/minyak akan diproses menjadi asid lemak (fatty acids) untuk digunakan oleh badan. Dalam bentuk ini, jika berlebihan atau terlalu lama, ianya akan diserap dan disimpan dalam sel untuk kegunaan ketika tiada sumber glukosa dan untuk mengelakkan asid lemak ini menjadi toxin.