BELAJAR LUKIS PELAN RUMAH 3D
BELAJAR LUKIS PELAN RUMAH 3D
Proses pembelajaran menggunakan aplikasi Sweet Home 3D.
Ia program percuma dari sumber terbuka.
Aplikasi boleh dipasang dalam sistem operasi Windows, Linux & Mac OS.
Ia mudah digunakan serta lengkap dengan fungsi 'rendering' iaitu proses menghasilkan foto dan video realistik.
Mulakan dengan memasang aplikasi versi Windows dalam komputer anda.
Klik di sini untuk muat turun e-buku 📙 Pemasangan Sweet Home 3D.pdf
atau tonton video 📹 10 minit 23 saat:
Kemudian tonton video berikut berdurasi 24 minit.
Ia menunjukkan cara guna fungsi asas seperti melukis dinding, menambah pintu & tingkap, mengubah tekstur lantai, menyusun perabot serta menghasilkan gambar realistik.
Video seterusnya menunjukkan cara membina struktur rumah setingkat lengkap dengan dinding, pintu, tingkap dan bumbung.
E-buku dengan penerangan lebih terperinci juga disediakan.
Ia termasuk cara-cara menggunakan pemalam (plugin) bagi mendapatkan hasil lebih cepat dan berkualiti.
Klik di sini untuk muat turun Belajar Lukis Pelan Rumah 3D.pdf.
Muat turun juga fail Pelan Asas.jpg bagi tujuan pembelajaran.
Selesai belajar, anda seharusnya mampu bina model 3D rumah pelbagai tingkat lengkap dengan bumbung.
Jika sudah mahir, berikut contoh gambar realistik atau imej 3D yang boleh dihasilkan.
Ruang Tamu
Ruang Tamu
Ruang Makan
Ruang TV
Bilik Tidur
Ruang Dapur
Bumbung
Pelbagai Tingkat
Pelan Lantai 3D
Klik pautan di bawah untuk lihat panduan pengguna di laman Sweet Home 3D.
Berikut penerangan ringkas panduan tersebut:
Introduction - pengenalan tentang aplikasi.
Installation - muat turun aplikasi mengikut sistem yang anda guna.
Interface - maklumat antara muka yang mempunyai 4 anak tetingkap.
Starting a new home - tetapan aplikasi boleh diubah dalam "Preferences".
Importing home blue print - fail imej pelan 2D boleh digunakan jika perlu.
Drawing walls - klik ikon Create walls untuk lukis dinding.
Editing walls - klik ikon Select untuk tamatkan mod melukis kemudian klik dua kali pada dinding untuk ubah ciri-cirinya jika perlu.
Adding doors, windows and furniture - Seret model 3D dari tetingkap katalog (1) kemudian lepaskan dalam tetingkap pelan rumah (3).
Importing 3D models - import model 3D sama ada yang disediakan dalam laman ini atau dari laman lain.
Drawing rooms - klik ikon Create rooms untuk cipta kawasan yang berlantai dan siling.
Adding levels - tambah aras jika binaan mempunyai dua tingkat atau lebih.
Editing 3D view - paparan 3D boleh diubah sama ada melalui pandangan udara (aerial view) atau lawatan maya (virtual visit).
Other features - fungsi lain yang disediakan adalah seperti meletak ukuran dan teks, mencetak ke fail PDF dan cipta foto/video realistik.
Terdapat banyak pemalam (plug-ins) disediakan untuk memudahkan kerja-kerja 3D anda.