REGISTERED TEAM 2023
KPTM FC telah ditubuhkan pada tahun 2022 dibawah seliaan Kelab Proton Tanjong Malim. dimana pemain-pemain pasukan ini terdiri daripada kakitangan pengeluaran Proton Otomobil Nasional Tanjong Malim. Tujuan penubuhan asal KPTM FC adalah bagi mengharungi karnival sukan 6 penjuru (PROTON GAME). Barisan kejurulatihan KPTM FC terdiri dari staff PONSB Tanjong Malim sendiri yg bernaung di bawah KELAB BOLASEPAK TANJONG MALIM THUNDER (TMT FC). KPTM FC merupakan JUARA SULUNG LIGA MUALLIM 1.0 pada seasons 2022.
Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 2022 adalah gabungan antara staff UPSI dan Komuniti Hulu Bernam. Menyertai pelbagai kejohanan di dalam dan diluar Daerah Muallim.
Pasukan ini dimiliki oleh Syarikat Linas Berkat Enterprise pada tahun 2019. Pasukan ini sentiasa membuat perlawanan persahabatan di dalam dan di luar daerah. Pasukan ini terdiri daripada gabungan penduduk sekitar Tanjong Malim. Menyertai liga buat kali kedua bagi tahun ini.
Pasukan berwajah baharu dengan pengurusan baharu ini ditubuhkan pada awal tahun 2023. Pemain pasukan ini sebilangannya terdiri daripada kakitangan MDTM yang memiliki banyak pengalaman bermain pada peringkat tertinggi di dalam Liga PBT Malaysia.
Pasukan ini baharu ditubuhkan pada awal tahun 2022 yang dibarisi oleh kakitangan Hicom Teck See Sdn Bhd . Pasukan baharu yang memiliki pengurusan terbaik dan disiplin yang tinggi semasa menyertai perlawanan persahabatan dan menyertai liga.
Kelab yang baru sahaja ditubuhkan pada Disember 2022. Kelab Gedangsa Soccer ini ditubuhkan atas dasar mengisi masa lapang belia belia Gedangsa dengan satu aktiviti yang bermanfaat. Kehadiran kelab ini juga dapat memberi impak yang tinggi pada Komuniti Felda Gedangsa dengan menggilap bakat bakat muda yang berminat dengan bola sepak. Liga Muallim 1.0 ini juga menjadi satu platform untuk Kelab Gedangsa Soccer ini untuk menimba ilmu dan pengalaman bagi setiap pemain.
Pasukan ini merupakan antara pasukan terawal yang ada di dalam Daerah Tanjong Malim (nama sebelum Muallim). Pemain dan Pegawai pasukan ini terdiri daripada pelbagai kaum yang sentiasa memberi komitment semasa menyertai liga.
Pasukan baharu menyertai Liga Muallim pada tahun ini terdiri daripada warga Selisek di sempadan Pekan Behrang Stesen. Keakraban antara dua daerah yang terpisah dengan sungai bernam bertekad memberi impak dan cabaran terbaik kepada semua pasukan.
Merupakan pasukan baharu liga juga mempunyai pemain yang berpengalaman di dalam dan di luar daerah. Pasukan ini tidak boleh dipandang rendah kerana setiap perlawanan persahabatan, pasukan ini sentiasa memberi cabaran kepada pasukan lawan.