TS25

KLASIFIKASI FAIL : SKK. 600-5/1/16

GB menerima Watikah TS25 Kohort 6

Transformasi sekolah 2025 (ts25)

SK Kelibang dipilih sebagai sekolah di dalam TS25 Kohort 6 bermula 12 April 2021. Terdapat 10 modul yang akan dijalani beserta tugasan bagi tempoh 2021 - 2023. 

Guru Besar dan PK Pentadbiran akan menjalani kursus secara atas talian dari masa ke semasa di dalam tempoh berkenaan. 

Semoga seluruh warga SK Kelibang dapat bekerjasama dalam menjayakan TS25. 

APA ITU TS25?

Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

BAHAN RUJUKAN

SURAT PUNCA KUASA TS25

PENGENALAN TS25

TERMA RUJUKAN DAN PENGURUSAN TS25

Watikah Pelantikan TS25