Jawatankuasa AMOTeX dipengerusikan oleh Pengarah Amalan Perubatan, Bahagian Amalan Perubatan, KKM. Jawatankuasa ini akan menjalankan mesyuarat sebanyak dua (2) kali setahun dan hasil mesyuarat diangkat ke Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan. Disamping itu juga Jawatankuasa AMOTeX berfungsi dalam menyedia dan mengawal selia garis panduan, akta dan rujukan-rujukan lain yang berkaitan dengan AMOTeX.
Pengarah Amalan Perubatan
Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia
Timbalan Ketua Penolong Pegawai Perubatan
Ketua Sektor
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
Bahagian Perkembangan Perubatan
Bahagian Pengurusan Latihan
3 Penolong Pegawai Perubatan daripada disiplin berkaitan mengikut kluster bidang
Sekretariat Lembaga Pembantu Perubatan
Mempengerusikan mesyuarat seperti yang ditetapkan
Mencadangkan permohonan untuk pendaftaran kepada mesyuarat LPP untuk keputusan
Melulus, menolak atau mencadangkan kajian semula terhadap cadangan penambahbaikan terhadap AMOTeX
Melantik Ahli Jawatankuasa induk dan teknikal AMOTeX
Membuat semakan akhir setiap permohonan yang dicadangkan oleh jawatankuasa untuk dibentang kepada ahli mesyuarat LPP
Memohon penilaian semula oleh jawatankuasa induk bagi setiap permohonan mengikut keperluan
Membentang cadangan pendaftaran setiap permohonan kepada ahli mesyuarat LPP
Menyemak laporan Jawatankuasa dan diangkat kepada ahli mesyuarat LPP jika terdapat keperluan
Membangunkan garis panduan AMOTeX
Mengawal selia pematuhan terhadap kriteria pendaftaran AMOTeX
Menyelaras penyediaan kriteria, kaedah pendaftaran dan pemotongan nama AMOTeX
Bertindak sebagai ahli Jawatankuasa teknikal bidang kepakaran yang bertanggungjawab membuat semakan bagi setiap permohonan daripada kluster bidang kepakaran yang diterima
Membentangkan permohonan yang telah disemak kepada ahli jawatankuasa induk AMOTeX untuk sokongan.
Mendaftar Penolong Pegawai Perubatan yang diluluskan melalui mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan
Membentangkan laporan pencapaian berkaitan aktiviti Jawatankuasa dalam Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan sebanyak tiga kali setahun.
Mengelola dan menyelia rekod pendaftaran AMOTeX
Melaksanakan pemotongan nama, proses rayuan dan pemasukan semula selepas keputusan dalam mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan dibuat.
Menyelaras aduan dan disiplin berkaitan ahli AMOTeX berdaftar