Sekolah Kebangsaan Sri Bukit Pasir merupakan salah sebuah sekolah rendah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sekolah ini terletak di Pekan Bukit Pasir, daerah Muar. Pada tahun 2023, sekolah ini terdiri daripada 47 orang guru daripada pelbagai bidang dan 7 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Setakat tahun 2023, terdapat seramai 488 orang murid yang dibahagikan kepada 18 kelas aliran perdana dan 4 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangun potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani.
Melahirkan insan yang mempunyai budaya ilmu kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celik sains dan teknologi.
Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi.
Sentiasa Berusaha Kejayaan Tercipta
Continuous Effort Create Success
Mari kita bersama-sama
Menuntut ilmu yang mulia
Di sekolah yang ku cintai
Berusaha dan berbakti
Dengan hati yang tabah dan setia
Melangkah ke alam jaya
Rukun Negara yang berprinsip lima
Kami sentiasa berikrar
Sri Bukit Pasir namanya
Sekolah yang berjasa
Mari kita sama bersatu
Maju dan terus maju