Terima kasih kerana melayari Laman Rasmi SMF ACIS UiTM Shah Alam
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI SESI 2026/2027
GAMBARAN FAKULTI
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) berfungsi sebagai pusat pembelajaran utama yang berdedikasi untuk memajukan pengajian Islam dalam kerangka dunia moden. Dengan mengintegrasikan keilmuan Islam klasik dengan perspektif kontemporari, ACIS berusaha untuk mengukuhkan pemahaman tentang Islam yang kekal relevan dengan cabaran global dan keperluan masyarakat hari ini.
Fakulti ini menawarkan pelbagai program akademik yang menekankan pembangunan seimbang pengetahuan teori, kemahiran profesional dan karakter peribadi. Pendekatan holistik ini bertujuan untuk menghasilkan graduan yang bukan sahaja mahir dalam ilmu Islam dan dipandu oleh etika yang kukuh, tetapi juga mampu memberi sumbangan yang bermakna dalam pelbagai sektor, daripada akademia dan pembangunan komuniti hingga tadbir urus yang berteraskan nilai-nilai Islam.
Disokong oleh pendidik yang berpengalaman dan persekitaran pembelajaran yang kondusif, ACIS kekal komited untuk menjadi peneraju dalam penyelidikan, pendidikan dan pembangunan keilmuan Islam yang dinamik, progresif dan kontemporari.
SOROTAN TERKINI ACIS 🔥
🌟[PARLIMEN MAHASISWA UiTM SHAH ALAM]🌟
Kami daripada Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) ingin merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada para perwakilan yang terpilih untuk menyertai Parlimen Mahasiswa UiTM Shah Alam. Butiran persidangan adalah seperti berikut:
🗓️ Tarikh: 25 - 26 Oktober 2025
⏰ Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
🏫 Tempat: Dewan Senat, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam
📌 Diharapkan persidangan ini membawa hasil yang bermanfaat serta memberi impak besar kepada seluruh mahasiswa UiTM.
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI SESI 2026 / 2027
Penyertaan ini merupakan peluang keemasan buat mahasiswa ACIS yang berpotensi untuk mengasah bakat kepimpinan, memupuk nilai tanggungjawab, serta memperkukuh semangat berpasukan dalam organisasi fakulti.
📋 Kriteria Calon:
📍Minimum CGPA tidak kurang daripada 2.75
📍Terbuka kepada semua semester 1 hingga 4 sahaja
📍Tiada kesalahan tatatertib
📍Mempunyai qudwah hasanah seorang pemimpin
📍Berani mencuba sesuatu yang baharu
📍Bertanggungjawab dan berfikiran kritis
ISNIN | 6 OKTOBER 2025
📚 [ SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU 2025 ] 📚
Kami barisan Sekretariat Mahasiswa Fakulti ACIS ingin mengucapkan Selamat Kembali ke Kampus Buat Seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Shah Alam.
Tidak dilupakan juga ucapan Tahniah dan Selamat Datang buat Keluarga ACIS Ambilan Terbaharu.
Semoga sesi Oktober 2025 - Februari 2026 ini dapat diharungi dengan cemerlang dan selamat maju jaya.
ACIS ASPIRE TO INSPIRE
BERHULU CAMP
11 & 12 OKTOBER 2025
SMF, MIS, HIMS, IES
ALL EYES ON GLOBAL SUMUD FLOTILLA
Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (SMF ACIS) berdiri teguh menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin melalui “All Eyes on Global Sumud Flotilla” sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan kemanusiaan dan kebebasan.
Marilah kita bersama membuka mata dunia terhadap kezaliman yang berlaku serta menyalakan semangat keprihatinan dan kesatuan ummah. Setiap sokongan membawa makna yang besar dalam menegakkan hak dan maruah manusia.
Semoga kesedaran ini menyuburkan nilai kemanusiaan dan kasih sayang dalam diri setiap umat Islam.
Kami daripada Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) ingin merakamkan ucapan TAHNIAH & SYABAS kepada BARISAN yang telah dilantik dalam JAWATAN PENGURUSAN BAHARU di ACIS. Berikut merupakan senarai pengurusan terkini ACIS:
Prof. Dr. S. Salahudin Suyurno
Dekan
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Mulai: 01 Mei 2025
Prof Madya Dr Mohd Syahiran Abdul Latif
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik)
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Mulai: 15 Mei 2025
Ustaz Zawawi Temyati
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar)
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Mulai: 01 April 2025
Dr. Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mohamed Shith
Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jaringan Industri)
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Mulai: 15 Mei 2025
Puan Suriani Musa
Timbalan Pendaftar
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Kami berharap pelantikan ini akan membawa sinergi dan kemajuan yang lebih cemerlang kepada ACIS dalam mencapai visi dan misi akademik serta pengurusan yang unggul.
Sekian, terima kasih.
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
UiTM Shah Alam
Sesi 2025/2026
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
pada
02 Jun 2025 Bersamaan 5 Zulhijjah 1446H
Sembah takzim daripada barisan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) ACIS UiTM Shah Alam.
Kami daripada Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) ingin merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada para perwakilan yang terpilih untuk menyertai Parlimen Mahasiswa Kali ke-3 Sidang Pertama UiTM Shah Alam. Butiran persidangan adalah seperti berikut:
🗓️Tarikh: 17 - 18 Mei 2025
⏰Masa: 8:00 pagi - 6:00 petang
🏫Tempat: Dewan Senat, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam
📌 Diharapkan persidangan ini membawa hasil yang bermanfaat serta memberi impak besar kepada seluruh mahasiswa UiTM.
Sekian, terima kasih.
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
UiTM Shah Alam
Sesi 2025/2026
WAJAH DI SEBALIK KEUNGGULAN ACIS
"Kenali wajah di sebalik setiap kejayaan — inilah keluarga kepimpinan ACIS"