LAKIS - Berkhidmat Untuk Ummah
LATAR BELAKANG
LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN ISLAM SERIAN (LAKIS)
Penubuhan
Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS) ditubuhkan secara rasmi di bawah Ordinan Lembaga Amanah Kebajikan (Charitable Trusts Ordinance) sebagai sebuah badan amanah yang mengurus kebajikan dan pembangunan masyarakat Islam di Bahagian Serian.
Peranan Utama
Mengurus kebajikan masyarakat Islam.
Mengurus aset dan amanah lembaga.
Menyelaras pengurusan fardu kifayah.
Memperkasa pembangunan sosioekonomi ummah.
Menjadi rakan strategik kepada agensi kerajaan dan komuniti.
VISI
Menjadi institusi pengurusan amanah kebajikan Islam yang profesional, telus dan inklusif di Bahagian Serian.
MISI
Mengoptimumkan pengurusan aset demi kelestarian ekonomi ummah.
Menyelaras perkhidmatan pengurusan fardu kifayah yang cekap dan sistematik.
Memperkukuh syiar Islam melalui pengimarahan masjid, pendidikan, kebajikan serta program pembangunan masyarakat.
Motto
“Berkhidmat Untuk Ummah”