KURIKULUM DAN TEMPLAT PELAPORAN
C03 PEMBUATAN DONUT
C04 PEMBUATAN BUN
C05 PEMBUATAN PIZA
NOSS
PEPERIKSAAN AKHIR
MUKASURAT DEPAN WIM ASAS ROTI
BERITA DAN INFO TERKINI
Penilaian Akhir Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Asas Roti Kohort 3 Tahun 2023
Tarikh: 17 Januari 2024, Rabu
Tempat: Bengkel Roti PPKI SMK Seri Samudera, SMKSS Seri Manjung Perak
Hari ini akan berlangsung Penilaian Akhir Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Asas Roti. Dua orang calon dari PPKI SMK Seri Samudera.
Semoga Wan Aidil dan Nabilah dapat menjawab soalan, menjalankan ujian amali dengan tenang dan lancar serta mendapat keputusan terampil dengan cemerlang.
Sesi taklimat awal oleh Pegawai Penilai Luar (PPL) sebelum calon mula menjawab soalan
Dua calon sedang menjawab soalan teori di dalam Penilaian Akhir Sijil SKM Modular
Projek Donut Jalur Gemilang Terbesar KVS PPKI SMK Seri Samudera
Tarikh: 15 September 2023, Jumaat
Tempat: Arena Samudera, SMK Seri Samudera Seri Manjung Perak
Usai sudah Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan ke-66 Tahun 2023 peringkat sekolah pada hari ini.
Sekalung penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa Sambutan Bulan Kebangsaan di bawah kelolaan Panitia Sejarah dan team PPKI SMK Seri Samudera yang telah berjaya menyiapkan replika Jalur Gemilang dengan menggunakan 448 biji donat.
Untuk team PPKI, ucapan tahniah dan syabas kepada Pn. Shuhailla Hassan Penolong Kanan Pendidikan Khas, cikgu Nik Rahayu Nik Yahya dan cikgu Norhamiza yang mengetuai gimik pelancaran dengan Projek Donut Jalur Gemilang Terbesar dibantu oleh murid-murid KVS PPKI, guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid. Waktu yang sedia ada sangat padat dengan program yang silih berganti, namun alhamdulillah dengan izin-Nya berjaya dilaksanakan. Pertandingan-pertandingan sempena bulan kebangsaan untuk PPKI turut dijayakan bersama. Terima kasih kepada semua pihak.
Dan tentunya tanpa kepercayaan, sokongan padu dan suntikan semangat daripada puan Sahila Shukor Pengetua Cemerlang SMKSS, pasti majlis ini takkan menjadi satu majlis yang meriah dan menjadi kenangan yang indah bagi semua warga sekolah. Tahniah dan terima kasih puan 🌹. Semoga SMK Seri Samudera akan terus mencapai kejayaan yang gemilang berpaksikan sahsiah yang baik dan kemenjadian murid yang cemerlang. Bersempena Hari Malaysia yang akan menjelang tiba, marilah kita bersama-sama kekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Teruskan menjaga kedaulatan negara, kepelbagaian kaum dan kesepaduan rakyat.
Serumpun bak serai, sesusun bak sirih
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
Selamat Hari Malaysia
Kosmo, 16 September 2023
Penafian dan Notis Hak Cipta
Hakcipta © KVS Pembuatan Roti, PPKI SMK Seri Samudera 2023
Hakcipta terpelihara. Semua aspek berkenaan laman portal meliputi tetapi tidak terhad kepada rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan aspek-aspek lain adalah hakcipta PPKI SMK Seri Samudera dan sekutunya atau penyedia kandungan dan teknologinya. Dengan mengakses laman portal ini sebarang aspek dari laman ini tidak boleh diterbit semula atau dipancarkan dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman, atau apa jua sistem penyimpanan data dan maklumat tanpa kebenaran bertulis dari pihak SMK Seri Samudera.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai daripada laman portal ini.