Semoga apa yang pihak KUWANIS nyatakan benar-benar dapat menjelaskan hasrat, niat dan harapan kami dan Dia memimpin hati kami dan mengerakkan usaha kami kearah wawasan yang kami bina demi agama kami, negara kami, pemimpin kami yang berdedikasi memimpin kami, gabungan persatuan-persatuan serta syarikat-syarikat yang bakal menjadi anggota kami dan khususnya kepada usahawan-usahawan, petani-petani, penternak-penternak, peladang-peladang kecil dan sederhana mahupun yang sudah ada ataupun yang baru ingin menceburi bidang-bidang yang dinyatakan. Semoga rangka idea yang pihak KUWANIS bentangkan ini akan dapat difahami dengan jelas dan mudah oleh panel dan bakal mentor ataupun fasilitator yang akan membimbing kami disepanjang perlaksanaan perjalanan koperasi ini nanti.
Sesuai dengan definisi koperasi itu sendiri di mana ianya adalah;
"SEBUAH PERTUBUHAN SOSIO EKONOMI YANG DITUBUHKAN BERASASKAN KEPERLUAN BERSAMA ANGGOTA-ANGGOTANYA MELALUI PENGGEMBLENGAN SUMBER-SUMBER DAN USAHA BAGI MENJALANKAN AKTIVITI EKONOMI DAN SOSIO MILIK BERSAMA SERTA DIKAWAL SECARA DEMOKRASI"
Hasil nasihat daripada pihak Pendaftar Pertubuhan, pihak KUWANIS telah ditubuhkan dibawah seliaan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Kami percaya sesungguhnya, kewujudan KUWANIS ini akan mampu memberi kami panduan serta bantuan dalam meningkatkan sosio ekonomi anggota-anggota KUWANIS ini di masa hadapan.
KUWANIS telah memilih beberapa jenis fungsi yang memiliki aktiviti-aktiviti yanga berkaian dengan pengoperasian seperti;
1. Fungsi Perkhidmatan; Aktiviti: Pelancongan, Pemasaran, Kontrak Pencucian Bangunan, Pendidikan, ICT, Katering, Dobi, Penyelaras Gerakan Koperasi (Kop. Atasan), Penganjur Acara / Program Promosi dan lain-lain.
2. Fungsi Pengguna; Aktiviti: Pasaraya, Pasar Mini / Kedai Runcit, Kantin, Restoran, Kedai Buku Sekolah dan lain-lain.
3. Fungsi Pertanian; Aktiviti: Perladangan, Tanaman, Perikanan, Ternakan, Bioteknologi, Industri Asas Tani dan lain-lain.
4. Fungsi Pembinaan; Aktiviti: Kontrak Pembangunan Daerah / Kampung / Mukim (KPD), Kontrak Pembinaan Jalanraya, Kontrak Membina Saliran & Perparitan, Kontrak Pembinaan Bangunan dan lain-lain.